SEMAKAN DAFTAR HAJI 2024 ONLINE KEPUTUSAN TAWARAN (Cara Jawab & Tarikh THiJARI)

Utama / TAWARAN HAJI ONLINE THIJARI / SEMAKAN DAFTAR HAJI 2024 ONLINE KEPUTUSAN TAWARAN (Cara Jawab & Tarikh THiJARI)

SEMAKAN DAFTAR HAJI 2024 ONLINE KEPUTUSAN TAWARAN (Cara Jawab & Tarikh THiJARI)

Kini Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1444H/ 2023M secara berperingkat. TH akan memberi tempoh kepada mereka selama 30 hari untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran. Ianya bagi membolehkan TH dapat mengetahui berapa ramai yang tolak atau tunda pemergian haji. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk semakan tawaran haji secara online menerusi portal Thijari, semoga membantu.

 

APA ITU THIJARI

THiJARI ialah sebuah aplikasi yang memaparkan maklumat berkaitan dengan Tabung Haji. Selain itu fungsi THiJARI adalah merupakan sebuah portal online yang memaparkan berita semasa dan updates mengenai musim haji.

Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini urusan akaun pendeposit termasuk pindahan wang, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi , direktori, berita dan promosi terkini.

 

MUAT TURUN APLIKASI THIAJRI

Anda juga seharusnya memuat turun (download) dan install aplikasi Thijari untuk memudahkan urusan anda seharian:

 

PERKHIDMATAN THIJARI

Melalui portal Thijari, berikut adalah merupakan perkhidmatan yang boleh anda akses iaitu:

1.Akaun Tabung Haji
  • Pertanyaan baki simpanan
  • Cetakan Penyata Akaun TH
  • Pemindahan wang antara akaun TH
2.Urusan Haji
  • Pendaftaran Haji
  • Semakan Status Pendaftaran Haji (status pendaftaran dan tawaran haji)
  • Semak Tawaran Haji
  • Check Surat “Flight Departure”
  • Semak Kursus Haji (Muat turun modul)
  • Rayuan Haji
3.Kelab TaHa
  • Pendaftaran Kelab TaHa/TaHa@U
  • Semakan Kelab TaHa

 

SEMAKAN PENDAFTARAN HAJI

Berikut adalah meupakan syarat kelayakan daftar haji iaitu:

  • Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM1,300
  • Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif (Satu pendaftaran sahaja yang dibenarkan)
  • Pendaftaran haji adalah tidak dibenarkan untuk mereka yang baru menunaikan ibadah haji dalam tempoh 5 tahun
  • Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN HAJI

Kepada anda yang telah mendaftar haji, berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan tawaran haji menerusi portal Thijari iaitu:

  1. Buka aplikasi Thijari atau layari pautan http://www.thijari.com.my/
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda
  3. Pada menu utama klik pada Perkhidmatan Haji
  4. Klik Semak Tawaran Haji
  5. Klik butang Semak Tawaran
  6. Keputusan tawaran anda akan dipaparkan.

 

CARA MENJAWAB KEPUTUSAN TAWARAN HAJI

Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran bagi tahun 2023, berikut adalah merupakan  langkah selanjutnya untuk menjawab surat tawaran tersebut iaitu:

  1. Buka aplikasi Thijari atau layari pautan http://www.thijari.com.my/
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda
  3. Pada menu utama klik pada Perkhidmatan Haji
  4. Klik Semak Tawaran Haji
  5. Klik butang Semak Tawaran
  6. Keputusan tawaran anda akan dipaparkan dan klik Ok
  7. Kemudian scroll ke bawah dan klik pada Terimaan Tawaran Haji
  8. Semak kembali maklumat, jika ada maklumat yang perlu dikemaskini, kemaskini maklumat tersebut dan klik pada Kemaskini Profil, kemudian klik Berikutnya. Anda juga boleh klik berikutnya jika tiada perubahan
  9. Klik pada Ya untuk teruskan proses
  10. Baca terma dan syarat yang menjawab tawaran dan klik pada Setuju dan klik Ya
  11. Pada bahagian ini anda boleh menajwab terimaan tawaran haji sama ada:
    • Terima tawaran haji
    • Tunda tawaran Haji
  12. Setelah buat pilihan klik berikutnya
  13. Kemudian tick pada Setuju menerima Bantuan Haji dari TH dan klik berikutnya
  14. Klik pada tambah ahli keluarga (sekiranya berkenaan) dan isikan maklumat yang diperlukan
  15. Seterusnya pilih pernerbangan, destinasi dan klik berikutnya
  16. Isikan maklumat 2 waris terdekat di malaysia dan klik berikutnya
  17. Seterusny baca dan fahami akta perlindungan data peribadi dan kticp pada perakuan dan klik berikutnya
  18. Semak kembali paparan maklumat yang telah dikemaskini, tick pada perakuan dan klik pada mohon tac
  19. Masukkan no tac yang diterima dan klik Hantar
  20. Selesai, Semak kembali paparan yang telah dikemaskini dan anda dikehendaki untuk memuat turun:
    • Muat Turun Surat Tawaran Haji.
    • Muat turun Surat Akuan terimaan
    • Muat Turun Status

 

TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT SETELAH MENERIMA TAWARAN AHJI

Berikut adalah merupakan antara tindakan yang perlu dilakukan setelah anda menerima tawaran haji iaitu:

  • Semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
  • Mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH yang berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik-klinik yang diiktiraf Kementerian kesihatan Malaysia.
  • Perlu melengkapkan dos penggalak vaksin Covid 19, digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu influenza dan pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.
  • Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, para bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran

ARTIKEL BERKAITAN

One comment

  1. Askm Tuan/Puan

    Dimana saya boleh dapat kan buku rekod rawatan kerana buku tersebut tiada atau telah habis di cawangan Bandar Baru Bangi. Tarikh akhir hantar rekod tersebut tidak alah sebelum 14/6/2023 ini. Jika tidak sempat untuk check kesihatan boleh kah tarikh tersebut dilanjutkan? Saya telah menjawab penerimaan surat tawaran untuk mengerjakan haji tahun ini insyaallah. Mohon bantuan segera. Sekian terima kasih

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *