TEMUJANJI MAYBANK ONLINE(Booking Dulu Guna MAE)

Utama / TEMUJANJI MAYBANK ONLINE / TEMUJANJI MAYBANK ONLINE(Booking Dulu Guna MAE)

TEMUJANJI MAYBANK ONLINE(Booking Dulu Guna Maybank2u/Aplikasi MAE & Buat Urusan di Kaunter Bank)

 

Jika ada urusan di kaunter Maybank,anda perlu buat temujanji Maybank Online terlebih dahulu.Bagaimanakah cara untuk buat temujanji Maybank Online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

SENARAI JENIS PERKHIDMATAN DI KAUNTER MAYBANK(TEMUJANJI MAYBANK ONLINE)

Sebelum anda membuat temujanji, seharusnya anda haru mengetahui urusan perkhidmatan yang disediakan melalui temujanji ini.  Berikut adalah merupakan jenis perkhidmatan yang yang disediakan melalui temujanji Maybank online:

  • Pembukaan akaun bank, kad debit, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun.
  • Online banking, pengaktifan pembukaan akaun online.
  • Kad kredit, pelaburan, insurans, pinjaman, dan pembiayaan.
  • Deposit tetap dan ASNB.
  • Urusan niaga perbankan dan perkhidmatan kaunter lain.
  • Sewa beli dan urusan kenderaan.
  • Simpanan premium.
  • Pinjaman dan pembiayaan SME.

 MUAT TURUN APLIKASI MAE

Untuk membuat temujanji Maybank  menggunakan aplikasi, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi MAE di telefon anda. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi MAE:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS 

CARA BUAT TEMUJANJI MAYBANK ONLINE( BUAT APPOITMENT)

Sekiranya anda mempunya urusan seperti tersenarai di atas dan telah install aplikasi MAE, anda boleh membuat temujanji Maybank  tanpa perlu Mendaftar atau Login akaun. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Pada halaman utama, klik pada More.
  3. Klik pada icon Maybank EzyQ.
  4. Seterusnya laman Make An Appointment akan terpapar.
  5. Tick pada jenis perkhidmatan yang anda ingin lakukan.
  6. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • State – Negeri
    • District – Daerah
    • Branch – Cawangan
    • Address – Alamat
    • Date Of Appointment – Tarikh Temujanji
    • Preferred Time – Waktu Yang Sesuai
    • Name – Nama Penuh
    • ID Type – Nombor Kad Pengenalan/Passport
    • Contact Number – Nombor Telefon
    • Email – Email yang aktif
  7. Setelah lengkap semuanya, tick pada I’m Not A Robot dan tekan Submit.
  8. Permohonan Temujanji Maybank online anda Selesai.
  9. Semak email anda pengesahan anda untuk Nombor Rujukan temujanji. Pastikan anda print atau Screenshot Paparan Temujanji anda untuk rujukan. (Jika perlu)
  10. Apabila sampai di cawangan, sila tunjuk Nombor Rujukan kepada staf untuk temujanji anda.

NOTA: Wanita hamil, warga emas, dan OKU akan terus diberi keutamaan perkhidmatan dan layanan khas walaupun tanpa temujanji.

 

CARA BUAT TEMUJANJI MAYBANK ONLINE(Guna website (Maybank2u)

Selain daripada cara di atas ,anda juga boleh membuat temujanji Maybank dengan menggunakan webiste rasmi Maybank2u. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan rasmi Maybank2u: https://www.maybank2u.com.my.
  2. Pada paparan utama klik pada EzyQ.
  3. Seterusnya laman Make An Appointment akan terpapar.
  4. Tick pada jenis perkhidmatan yang anda ingin lakukan.
  5. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • State – Negeri
    • District – Daerah
    • Branch – Cawangan
    • Address – Alamat
    • Date Of Appointment – Tarikh Temujanji
    • Preferred Time – Waktu Yang Sesuai
    • Name – Nama Penuh
    • ID Type – Nombor Kad Pengenalan/Passport
    • Contact Number – Nombor Telefon
    • Email – Email yang aktif
  6. Setelah lengkap semuanya, tick pada CAPTCHA yang tertera dan tekan Submit
  7. Permohonan Temujanji Maybank anda Selesai.
  8. Semak email anda pengesahan anda untuk Nombor Rujukan temujanji. Pastikan anda print atau Screenshot Paparan Temujanji anda untuk rujukan. (Jika perlu)
  9. Apabila sampai di cawangan, sila tunjuk Nombor Rujukan kepada staf untuk temujanji anda.

NOTA: Wanita hamil, warga emas, dan OKU akan terus diberi keutamaan perkhidmatan dan layanan khas walaupun tanpa temujanji.

 

 CARA CHANGE/CANCEL TEMUJANJI MAYBANK ONLINE

Bagaimana ingin cancel temujanji atau ingin menukar tarikh temujanji Maybank? Persoalan ini mungkin terjadi kepada anda sekiranya terdapat halangan untuk hadir pada slot temunjanji yang telah dibuat. Berikut adalah merupakan cara untuk change/cancel temujanji Maybank anda:

  1. Buka aplikasi MAE atau layari web Maybank2u https://www.maybank.my/ezyq.
  2. Pada paparan utama, klik pada Manage.
  3. Seterusnya anda dibawa ke Manage Your Appointment.
  4. Masukkan Nombor Rujukan temujanji anda.
  5. Seterusnya tick pada kotak I’m Not A Robot dan tekan Submit
  6. Maklumat temujanji anda terpapar pada Manage Your Appointment.
  7. Pilih pilihan anda sama ada:
    • Change –  untuk menjadualkan semula temujanji anda.
    • Cancel – untuk pmembatalkan temujanji.
  8. Permohonan anda utk change/cancel selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai temujanji Maybank online, anda boleh:

  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank: 1-300-88-6688.
  • Layari website rasmi Maybank: https://www.maybank.com/en/index.page

 

 ARTIKEL LAIN

WAKTU OPERASI BANK(Maybank CIMB BSN Bank Islam RHB)

 

 

 

51 Comments

  1. Saya nak pertukaran temu janji sebab ari tu saya daftar temu janji di bank Ipoh..boleh ke saya tukar kan temu janji di Kuala kangsar

  2. Nak buat kad dah rosak , Dan online banking.. kalau dpt hari Ini sebab esk keja.. tapi Sy dkt erea kota Padawan Kuching bt10..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *