TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN STO IMI(Janji Temu Pasport)

BAGAIMANAKAH CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN STO IMI?

Sebelum pandemik melanda Malaysia, urusan di imigresen tidak memerlukan temujanji. Namun musim sekarang anda perlu membuat temujanji jika ada urusan dengan pihak imigresen. Oleh itu, jika ingin berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia, anda perlu buat temujanji secara online terlebih dahulu di sto.imi.gov.my. Disini kami akan kongsikan cara memaut temujanji terkini menggunakan STO, semoga membantu

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN STO

Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan terpilih yang ditawarkan berkaitan dengan:

  • Pekerja Asing
  • Perkhidmatan Ekspatriat
  • Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas
  • Perkhidmatan UTC.
  • Pembaharuan pasport

CARA BUAT JANJI TEMU IMIGRESEN NEGERI/CAWANGAN

Anda boleh ikuti Langkah-langkah seperti yang dikongsikan di bawah

  1. Anda perlu layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang khas untuk Sistem Temujanji Online (STO)
  2. Terdapat 4 pilihan iaitu:
    • Pilih Menu Book My Appointment untuk mula membuat permohonan janji temu.
    • Pilih Menu Search My Appointment untuk menyemak janji temu yang telah dibuat. Slip janji temu boleh dicetak.
    • Pilih Menu Reschedule My Appointment untuk menyemak penjadualan semula janji temu.
    • Pilih Menu Cancel My Appointment untuk membatalkan janji temu akan datang.
  3. Klik pada menu Book My Appointment
  4. Pilih Kategori Pemohon dari senarai dan
    • Isi Nombor Pengenalan Diri Pemohon (Nombor MyKad untuk Warganegara dan Nombor Pasport untuk bukan Warganegara)
    • Isikan Nama Penuh.
  5. Sila pilih Negeri bagi Jabatan Imigresen daripada senarai yang disediakan.
  6. Sila pilih Cawangan bagi Pejabat Imigresen daripada senarai yang disediakan.
  7. Pilih Perkhidmatan yang diperlukan untuk janji temu.
  8. Pilih Slot Pagi atau Petang dari senarai mengikut Slot masa.
  9. Sila tunggu paparan senarai Tarikh yang ada kekosongan untuk tempoh 3 bulan akan datang.
  10. Pilih Tarikh dari senarai.
  11. Tekan butang Next untuk teruskan.
  12. Isi semua maklumat yang diperlukan.
    • Alamat Pemohon
    • Bandar
    • Poskod
    • Negeri
    • Nombor Telefon
    • E-mel.
  13.  Tekan butang Next untuk set janji temu.
  14. Sila baca Terma & Syarat, tandakan kotak untuk meneruskan proses, tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan janji temu.
  15. Slip temujanji STO akan dipaparkan dan anda perlu cetak
  16. Bawa SLIP TEMUJANJI STO yang dicetak ini semasa temujanji

Selain itu, JPN pon kena juga buat TEMUJANJI ONLINE JPN

TERMA DAN SYARAT SEBELUM TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).
  2. Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain
  3. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
  4. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
  5. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  6. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  7. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  8. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  9. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  10. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
  11. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di http://eapp.imi.gov.my/spo

13 thoughts on “TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN STO IMI(Janji Temu Pasport)”

  1. Sya dah buat temu janji dan dah pilih tarikh yg ada kekosongan tapi, kenapa bila sya antar terus keluar penjadwalan semula

    Balas
  2. Semua saya penuh fill in , tarik sudah pilih tetapi selalu bagi saya
    Semak semula
    Tarikh Temujanji

    Macam mana sekerang?

    Lim KY

    Balas
  3. Pagi sto,
    Saya dah buat temu janji 1 bulan lepas dan dah pilih tarikh yang ada kekosongan hingga ini hati, Kenapa bila saya antar terus keluar penjadwalan semula… Macam tak ada cek dan Jawaban??? Makasih

    Balas
  4. Pagi Sto,
    Saya dah buat temu janji 1 bulan lepas dan dah pilih tarikh yang ada kekosongan hingga ini hari kali – kali try , Kenapa bila saya antar terus keluar penjadwalan semula… Macam tak ada cek dan Jawaban??? Makasih

    Balas
  5. Apelah punya sistem suruh buat temujanji online tapi langsung tak keluar slot tarikh. Nak sambung visa ni .takkanlah nak jadi kosong pulak.makin menyusahkan rakyat.

    Balas

Leave a Comment