Temujanji JPN(Cara Buat Appointment Online MyJanjiTemu)

Utama / Temujanji JPN / Temujanji JPN(Cara Buat Appointment Online MyJanjiTemu)

Temujanji JPN(Cara Buat Appointment Online MyJanjiTemu)

 

Untuk makluman anda,semua perkhidmatan urusniaga di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya boleh dilakukan dengan permohonan temujanji JPN online terlebih dahulu.

APA ITU JABATAN PENDAFTARAN NEGARA?

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.

JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas.

Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.

 

APA ITU MyJanjiTemu JPN?

Sepanjang tempoh PKP yang masih berkuatkuasa, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.

Semua perkhidmatan urusniaga JPN perlu dilakukan dengan membuat temujanji terlebih dahulu.

Pejabat JPN yang disenaraikan dalam pilihan boleh dipilih mengikut lokasi anda.

SENARAI PERKHIDMATAN KAUNTER YANG DITAWARKAN JPN

Perkhidmatan kaunter yang ditawarkan JPN antaranya termasuklah:

  • Daftar kelahiran anak
  • Mohon kad pengenalan
  • Mohon anak angkat
  • Mohon kahwin bukan Islam
  • Mohon cerai bukan Islam
  • Daftar kematian ahli keluarga
  • Mohon warganegara Malaysia

 

CARA PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE JPN

Berikut adalah Cara Permohonan Temujanji JPN Online:

  1. Sila layari https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ atau scan kod QR di atas
  2. Klik pada butang MULA TEMPAHAN
  3. Isikan butiran pada semua tempat kosong yang tersedia.
  4. Pilih tarikh dan cawangan JPN untuk menetapkan tarikh dan masa janji temu.
  5. Screenshot dan simpan Slip Temujanji untuk ditunjukkan kepada pegawai JPN di kaunter yang telah dipilih mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

CARA KEMASKINI TEMUJANJI ONLINE JPN(Perubahan Tarikh & Masa Temujanji)

Untuk makluman, tarikh dan masa janjitemu tidak boleh diubah.

Anda perlu memohon semula janji temu baru. Sila pilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi Pejabat JPN.

ISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)

AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

 

SEMAKAN STATUS KAUNTER PEJABAT JPN YANG BEROPERASI

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

 

SOALAN LAZIM 

Adakah urusan pendaftaran kelahiran/kematian/anak angkat/perkahwinan/ perceraian dan kewarganegaraan perlu janjitemu online JPN?

Ya

Boleh ke saya hadir ke JPN secara walk-in  untuk membuat urusan perkhidmatan kaunter JPN?

Tidak boleh,anda perlu membuat janjitemu onlie JPN terlebih dahulu

Berapa nombor telefon bilik gerakan JPN semasa PKP?

Berikut adalah senarai nombor telefon bilik gerakan JPN:

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTYAAN

Jika berlalu sebarang gangguan pada sistem MyJanjiTemu JPN,anda  boleh hantarkan emel kepada [email protected].

Jika anda perlukan info lanjut,sila layari https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR BORANG PERKAHWINAN JPN ONLINE(JPN Marriage Registration)

6 Comments

  1. Name saya Yap Kian Wee,
    IC:710906-05-5419 diatas name saya tidak Dibenarkan Mengeluar ke luar negara,boleh semak Mengapa ?
    Terima kasih.

    016-2611 744

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *