TEMUJANJI ONLINE PERKESO:CARA BUAT JANJI TEMU SOCSO(MyTEMUJANJI PERKESO)

Utama / MyTEMUJANJI PERKESO / TEMUJANJI ONLINE PERKESO:CARA BUAT JANJI TEMU SOCSO(MyTEMUJANJI PERKESO)

TEMUJANJI ONLINE PERKESO:CARA BUAT JANJI TEMU SOCSO(MyTEMUJANJI PERKESO)

 

Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan PERKESO, segala urusan di kaunter PERKESO adalah secara janji temu berjadual. Sehubungan dengan itu,PERKESO telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem temujanji di dalam talian iaitu MyTemujanji PERKESO.

 

Bagaimana cara ingin membuat temujanji urusan PERKESO? Disini kami kongsikan cara ingin membuat temujanji berjadual dengan pihak PERKESO.

 

PENGOPERASIAN KUANTER PERKESO

 

Memandangkan dalam tempoh PKP Fasa 1, pengoperasian kaunter PERKESO adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran majikan/pekerja/skim pekerjaan sendiri
  2. Pembayaran caruman, tunggakan caruman dan FCLB
  3. Penyerahan borang faedah (kecuali pencen ilat)
  4. Aduan dan pertanyaan berkaitan orang berinsurans atau waris
  5. Pertanyaan (Semakan caruman/ status tuntutan/ SIP/ SPS)
  6. Lain-lain perkhidmatan selain perkhidmatan yang dinyatakan

 

CARA MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE PERKESO

Sebagai peringatan, pemohon perlu berada di pejabat PERKESO sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum waktu temu janji. PERKESO berhak untuk membatalkan temu janji sekiranya lewat. Permohonan baharu perlu dibuat semula. Untuk membuat permohonan temujanji online, berikut adalah caranya:

  1. Layaripautan temujanji online: mytemujanji.perkeso.gov.my
  2. Klik pada TEMPAHAN TEMUJANJI
  3. Baca Terma dan Syarat yang dinyatakan. Kemudian Klik pada ruangan yang disediakan.
  4. Isikan MAKLUMAT pada eBorang yang terpapar seperti:
    1. Isikan Nama Penuh (Seperti dalam Kad Pengenalan / Passport).
    2. Kerakyatan
  • Nombor Kad Pengenalan (Seperti dalam Kad Pengenalan / Passport).
  1. No Telefon anda(pastikan yang aktif)
  2. Negeri (Negeri yang anda berada)
  3. Pejabat PERKESO (berhampiran anda)
  • TARIKH temujanji yang anda inginkan
  • MASA temujanji yang anda inginkan
  1. Tekan HANTAR. Pemohonan anda telah selesai
  2. Cetak SLIP temujanji untuk rujukan di kaunter.

 

 

CARA MEMBUAT SEMAKAN TEMUJANJI PERKESO

Kepada pemohon yang teleh membuat temujanji boleh membuat semakan dengan:

  1. Layaripautan temujanji online: mytemujanji.perkeso.gov.my
  2. Klik pada SEMAKAN TEMU JANJI
  3. Masukkan KERAKYATAN anda KAD PENGENALAN anda
  4. Tekan SEMAK
  5. Rekod temu janji anda akan di paparkan.

 

SOALAN LAZIM

 

Bagaimana sekiranya  permohonan janjitemu PERKESO jatuh pada hari kelepasan Am?

Permohonan akan terbatal sekiranya tarikh temu janji jatuh pada tarikh cuti kelepasan am, cuti peristiwa atau cuti yang diumumkan oleh kerajaan secara mengejut dan permohonan baharu perlu dibuat semula

 

Apakah dokumen yang perlu dibawa?

Pemohon perlu memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap semasa hadir ke pejabat PERKESO semasa sesi temu janji. Borang-borang dan senarai semak boleh diperolehi melalui pautan https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/sumber/borang-borang.html

 

Adakah dikenakan bayaran jika membuat permohonan temujanji PERKESO online?

Permohonan melalui temu janji atas talian ini adalah percuma dan PERKESO tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan dengan tuntutan faedah, bayaran caruman termasuklah permohanan temu janji atas talian.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebaran maklumat lanju dan pertanyaan, anda boleh layari web rasmi PERKESO: https://www.perkeso.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CLAIM DUIT SOCSO :CARA TUNTUTAN PERKESO (Kes Kematian,Kemalangan,Accident,Cacat)

TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO (Jadual Bulanan SOCSO)

6 Comments

  1. Mohon semakan status tuntutan ‘Hilang Upaya Sementara’ untuk saya – Nor Azman bin Mohd (700809-01-6179)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *