TEMUJANJI PTPTN ONLINE(Cara Tempah & Booking Slot e-JanjiTemu)

Utama / TEMUJANJI PTPTN ONLINE / TEMUJANJI PTPTN ONLINE(Cara Tempah & Booking Slot e-JanjiTemu)

TEMUJANJI PTPTN ONLINE(Cara Tempah & Booking Slot e-JanjiTemu)

Terkini PTPTN telah pun beroperasi di seluruh negara kecuali bagi daerah yang  dalam tempoh PKPD. Adakah anda ingin membuat urusan di cawangan PTPTN? Sekiranya ya, anda dikehendaki membuat temujanji terlebih dahulu. Bagaimana cara untuk membuat temujanji PTPTN secara online? Di sini kami kongsikan caranya menggunakan e-JanjiTemu PTPTN, semoga membantu

APA ITU e-JANJITEMU PTPTN

Kemudahan e-JanjiTemu PTPTN merupakan kemudahan online bagi membolehkan pelanggan yang ingin berurusan dengan pegawai PTPTN di kaunter Pejabat PTPTN Negeri atau cawangan yang berdekatan membuat janji temu terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter berkenaan.

Waktu operasi kaunter temujani PTPTN bermula pada 9.00 pagi hingga 1.00 petang melalui pelanggan yang membuat temujani sahaja.

 

PERKHIDMATAN MELALUI e-JANJITEMU PTPTN

Urusan yang dibenarkan untuk membuat janji temu di kaunter ialah:

  • Urusan Penghantaran Borang Pembatalan/ Pertukaran Alamat/ Kemaskini No akaun
  • Urusan Takaful Pinjaman/ SSPN
  • Penutupan SSPN
  • Rundingan Penstrukturan
  • Penghantaran cek potongan gaji majikan/cek bendahari (pinjaman/ simpanan)
  • Pendaftaran penama SSPN
  • Permohonan Penangguhan disebabkan masih belajar
  • Pembatalan Direct Debit

MAKLUMAN PENTING

Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda mengetahui tentang:

  1. Pastikan mencetak/ muat turun/ screenshot slip tempahan dan sila kemukakan semasa hadir ke Pejabat PTPTN yang dipilih.
  2. Mestilah memakai pelitup muka dan tidak bergejala* semasa hadir ke Pejabat PTPTN. *Tidak bergejala bermaksud suhu badan anda tidak melebihi 37.5 darjah Celsius manakala status di MySejahtera ialah “Low Risk” atau “Casual Contact Low Risk”.
  3. Sekiranya tuan/puan tidak dapat menghadiri janji temu pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, janji temu ini terbatal dan perlu membuat tempahan baru.
  4. Pelanggan yang telah mempunyai janji temu namun dari kawasan yang sedang dikuatkuasakan PKPD adalah tidak dibenarkan berurusan di PTPTN.
  5. Pastikan kebenaran daripada pihak berkuasa diperolehi sekiranya tinggal di luar kawasan.
  6. Pastikan tuan/puan hadir tepat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

PERHATIAN: Slip tempahan e-JanjiTemu tidak boleh digunakan untuk tujuan merentas daerah/negeri. Pejabat PTPTN berhak untuk tidak menerima pelanggan yang hadir dari luar daerah/negeri.

 

CARA PERMOHONAN TEMUJANJI PTPTN ONLINE(Cara Tempah & Booking Slot e-JanjiTemu)

Untuk membuat tempahan slot temu janji. Pastikan permohonan selewat-lewatnya sehari sebelum janji temu yang anda kehendaki. Berikut adalah cara membuat janji temu PTPTN:

  1. Layari pautan e-JanjiTemu PTPTN: https://ejanjitemu.ptptn.gov.my
  2. Scroll sedikit ke bawah dan klik pada Tempah Slot Anda (berwarna kuning)
  3. Isikan maklumat janjitemu yang dikehendaki
  4. Isikan butiran diri anda.
  5. Semak kembali maklumat anda dan sahkan.
  6. Muat turun slip tempahan janjitemu anda untuk ditunjukkan pada pegawai bertugas kaunter PTPTN pada hari yang ditetapkan
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai temujanji PTPTN Online, sila rujuk:

  • Hubungi Careline: 03-2193 3000
  • ptptn.gov.my (Live Chat)

 

ARTIKEL LAIN

PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA:CARA PERMOHONAN/DOKUMEN DIPERLUKAN & SEMAKAN STATUS

SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN (CARA CHECK & DAPATKAN NO ONLINE)

PTPTN ONLINE : SEMAKAN BAKI & BAYARAN BALIK

 

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *