TEMUJANJI TNB ONLINE (Cara Booking Slot Urusan Di Kedai Tenaga)

TEMUJANJI TNB ONLINE (Cara Booking Slot Urusan Di Kedai Tenaga)

Adakah anda ingin berurusan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)? Terkini TNB menggalakkan pelanggannnya untuk membuat janji temu terlebih dahulu bagi menggurangkan waktu menunggu di Kedai Tenaga ketika musim pendemik ini.

Bagaimana cara ingin membuat temujanji urusan di Kaunter TNB? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

URUSAN TEMUJANJI KAUNTER TNB

 Berikut adalah emrupakan urusan yang boleh dilakukan di Kedai Tenaga TNB secara janji temu:

  • Rundingan Kes
  • Penukaran Tarif
  • Pertukaran penyewa
  • Permohonan bekalan
  • Penutupan akaun
  • Bayaran Balik Deposit
  • Bekalan Terputus
  • Bil
  • Servis-servis Lain

 

WAKTU OPERASI TEMUJANJI  TNB ONLINE

Waktu operasi slot JanjiTemu TNB adalah seperti berikut:

  1. Isnin – Jumaat (Kecuali pada cuti umum)
  2. Slot Pagi: 9.00 – 11.30
  3. Slot Tengah hari: 12.00 – 12.30

 

CARA BUAT TEMUJANJI TNB ONLINE (Cara Booking Slot Urusan Di Kedai Tenaga)

Sebagai peringatan, JanjiTemu secara online haruslah dibuat sekurang-kurangnya satu hari bekerja lebih awal. Berikut adalah cara untuk membuat janjitemu TNB:

  1. Layari portal JanjiTemu TNB: https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji
  2. Seterusnya tekan pada Book Now
  3. Satu pop up pemakluman tertera, klik pada Ok
  4. Kemudian pilih Negeri anda berada
  5. Senarai cawanagan Kedai Tenaga pada negeri anda pilihan akan terpapar. Pilih cawangan yang berhampiran dengan anda
  6. Pilih jenis urusan yang anda ingin lakukan
  7. Kemudian pilih Tarikh dan Slot Waktu JanjiTemu anda inginkan(sekiranya masih available), kemudian tekan Next.
  8. Isikan butiran diri anda seperti:
    • Nama Penuh
    • No Telefon
    • Email
  9. Kemudian Tick pada Terma & Syarat, dan tekan Book Now
  10. Pada laman seterusnya akan memaparkan QR Code atau nombor JanjiTemu anda serta maklumat tambahan lain berkenaan janjitemu tersebut
  11. Anda diberi pilihan untuk membatalkan janji temu ini dengan menekan pada Cancel Appoiment.
  12. Semasa di Kedai Tenaga yang dibuat janjitemu, hanya perlu menunjukkan kod QR tersebut kepada Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
  13. Selesai

NOTA: Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan dan Bil Elektrik.

 

PERINGATAN: Pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, imbasan kod MySejahtera dan penjarakkan fizikal 1 meter semasa berurusan di kaunter.

 

 MASALAH BERKAITAN TEMUJANJI TNB ONLINE

 Untuk sebarang permasalah dan pertanyaan mengenai akaun dan bil elektrik, sila hubungi 1-300-88-5454

 

 MAKLUMAT LANJUT

Sebagai alternatif, Perkhidmatan TNB juga tersedia untuk anda di Portal myTNB di www.mytnb.com.my atau dengan memuat turun aplikasi myTNB.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR BIL ELEKTRIK ONLINE(Guna Aplikasi myTNB & Maybank2u CIMB CLICKS RHB Bank Rakyat dan Public Bank iaitu melalui JOMPAY)

SEMAKAN BIL ELEKTRIK TNB ONLINE(Check Bill Guna MYTNB App)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *