TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV (Cara Booking Slot Guna MySejahtera)

Utama / TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV / TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV (Cara Booking Slot Guna MySejahtera)

TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV (Cara Booking Slot Guna MySejahtera)

Kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, seharusnya membuat ujian saringan HIV terlebih dahulu. Pada musim pendemik ini, seharusnya anda membuat temujanji terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda.

Bagaimana cara untuk membuat temujanji ujian saringan HIV? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN SARINGAN HIV

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

 

MAKLUMAT PENTING TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV

Sebelum anda membuat temujanji, pastikan anda mengetahui bahawa:

  1. Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan, setiap Klinik Kesihatan mungkin ada sedikit perbezaan mengenai proses, tarikh temujanji, masa & dokumen.
  2. Sesetngah klinik perlu dibuat temujanji terlebih dahulu dan ada yang boleh walk-in.
  3. Penyelesaian terbaik adalah anda menghubungi atau bertanya terlebih dahulu di Klinik Kesihatan berhampiran anda

 

PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.

  1. Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  2. Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  3. Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.
  4. Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:
    • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
    • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
    • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.
  5. Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:
    • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
    • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
    • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

 

 

CARA BUAT TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV PRA-PERKAHWINAN MELALUI MYSEJAHTERA

Terkini anda boleh membuat temujanji ujian saringan HIV secara online melalui aplikasi MySejahtera. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera (PlayStore/AppleStore) anda dan klik Close
  2. Pada menu utama klik pada More
  3. Seterusnya klik pada Digital Healthcare > Clinic Appointment Booking
  4. Terdapat 4 pilihan Online Booking iaitu:
    • Quenemed – Selangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah & W. Persekutuan.
    • Encoremed – Kawasan KL sahaja iaitu ; KK Batu Muda, KK Jinjang,KK Petaling Bahagia, KK Sentul & KK Tanglin.
    • BookDoc – Perlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak & W. Persekutuan
    • Sistem Temu Janji Klinik KKM.
  5. Klik pada pilihan online booking anda dan ikuti proses selanjutnya sehingga selesai

 

ARTIKEL LAIN

BORANG NIKAH ONLINE SPPIM (Cara Permohonan Setiap Negeri)

SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN GUNA IC (CHECK BUJANG KE BERKAHWIN)

SEMAKAN REKOD JENAYAH PASANGAN SEBELUM KAHWIN (Guna Nombor IC)

SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN (Harga Mahar Mengikut Negeri)

JPN ESERVICES(PERMOHONAN CABUTAN/SALINAN SIJIL KELAHIRAN,KAD PENGENALAN KANAK-KANAK 12 TAHUN & PERKAHWINAN TANPA LESEN ONLINE)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *