TEMUJANJI ZAKAT SELANGOR(Cara Tempah & Booking Slot)

Utama / TEMUJANJI ZAKAT SELANGOR / TEMUJANJI ZAKAT SELANGOR(Cara Tempah & Booking Slot)

TEMUJANJI ZAKAT SELANGOR(Cara Tempah & Booking Slot Khidmat Taksir Zakat zakatselangor.com.my/janjitemu)

Buat masa pendemik kini, Lembaga Zakat Selangor sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan pelanggan. Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, kehadiran ke cawangan-cawangan LZS hanyalah melalui janji temu.

 

Bagaimana cara untuk membuat temujanji Lembaga Zakat Selengor? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

PERINGATAN : Pastikan status anda di dalam aplikasi MySejahtera adalah Risiko Rendah/Low Risk atau Kontak Kasual Tidak Bergejala SAHAJA . LZS berhak menolak dan membatalkan janji temu sekiranya anda gagal mengemukakan bukti status di dalam aplikasi MySejahtera anda.

 

CARA BUAT TEMUJANJI ZAKAT SELANGOR(Cara Tempah & Booking Slot Khidmat Taksir Zakat zakatselangor.com.my/janjitemu)

 

 

Sekiranya anda ingin membuat janji temu untuk urusan anda dengan LZS, berikut adalah caranya:

  1. Layari laman pautan janji temu LZS: https://zakatselangor.timetap.com
  2. Pilih lokasi cawangan yang berhampiran dengan anda. Tekan seterusnya.
  3. Pilih tarikh yang anda inginkan ( Tarikh yang available yang berwarna biru sahaja)
  4. Pilih Masa yang anda inginkan, tekan Seterusnya
  5. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    1. Name Penuh
    2. Emel
    3. Nombor Telefon
    4. Tujuan
  6. Seterusnya klik pada Saya Setuju
  7. Maklumat temujanji akan dipaparkan
  8. Selesai

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah urusan yang boleh dibuat secara janji temu LZS?

 

Antara urusan yang ditawarkan adalah:

  • Pertanyaan / Pengambilan Cek / Tunai
  • Bayaran Ekspres Zakat / Fidyah / Wakaf / Sedekah
  • Pengambilan / Penyerahan Borang Bantuan
  • Pertanyaan Agihan
  • Pertanyaan / Taksiran Kiraan Zakat

 

Apakah waktu operasi janji temu LZS?

 

Waktu operasi bagi cawangan Zakat Selangor adalah berdasarkan hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

 

Bilakah waktu yang boleh dibuat janji temu LZS ini?

 

Untuk membuat janji temu LZS, anda kena membuat 4 jam sebelum masa janji temu anda bergantung kepada kekosongan slot pada waktu tersebut. Sebaiknya membuat temujanji selewat-lewatnya sehari sebelum masa yang anda inginkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai janji temu LZS, anda boleh:

  • Hubungi Talian Zakat Selangor: 1 300 88 4343.
  • Hubungi melalui Live Chat di www.zakatselangor.com.my

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN eZAKAT PAY: CARA DAFTAR DAN BAYAR ZAKAT ONLINE ZAKAT SELANGOR

SEMAKAN STATUS TAWAS SELANGOR(Penyata & Kad Simanja)

4 Comments

  1. Assalamualaikum wbt .
    Mohon temujanji di kaunter Lembaga Zakat Selangor ( caw K.Sel) .
    Tujuan :
    1.Penghantaran Borang Modal Niaga
    2 Kemaskini Asnaf 2021 secara manual utk Kariah B59.
    Masa: 10.00 pagi
    Hari : Isnin
    Masa : 10: 00 pagi.
    Drp : PAKB59

  2. Mohon bantuan kecemasan untuk ank2..utuk bayar yuran PIBG sekolah..dan bantuan sementara mendapat kan pekerjaan..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *