PERMOHONAN TNB PROTEGE READY TO WORK(Elaun Sehingga RM2000)

PERMOHONAN TNB PROTEGE READY TO WORK(Elaun Sehingga RM2000)

Berita baik untuk anda, Pengambilan Terkini Protege TNB Ready For Work kini telah dibuka! Calon yang berminat boleh memohon sekarang.Banyak keistimewaan yang akan diperoleh antaranya :

 

  • Elaun latihan sehingga RM2000.
  • Peluang diserap bekerja secara tetap.
  • Kelayakan ijazah sarjana muda
  • Keutamaan diberikan kepada golongan B40 dan M40

 

APA ITU TNB PROTEGE ?

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Tujuan utama PROTEGE adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROTEGE melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.

Antara instrumen penting di bawah PROTEGE untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTEGE – Ready To Work (PROTEGE -RTW).

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang, serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

 

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon, Anda boleh ke pautan yang dikongsikan  berikut berikut:

https://jobs.tnb.com.my/job/PROGRAM-PROT%C3%89G%C3%89-Ready-To-Work-TNB-FASA-7-2022/758237501/

 

STRUKTUR LATIHAN

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTEGE-RTW adalah 12 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:

  1. a) Soft-skills Training
  2. b) On-the-Job Training

 

FAEDAH PENYERTAAN

  • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan Cuti Tahunan
  • Potongan PERKESO & EiS
  • Bayaran balik rawatan perubatan

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2022

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info, anda boleh layari:

https://jobs.tnb.com.my/job/PROGRAM-PROT%C3%89G%C3%89-Ready-To-Work-TNB-FASA-7-2022/758237501/

 

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI TNB ONLINE (Cara Booking Slot Urusan Di Kedai Tenaga)

SEMAKAN BIL ELEKTRIK TNB ONLINE(Check Bill Guna MYTNB App)

CARA BAYAR BIL ELEKTRIK ONLINE(Guna Aplikasi myTNB & Maybank2u CIMB CLICKS RHB Bank Rakyat dan Public Bank iaitu melalui JOMPAY)

 

 

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *