CARA TOPUP & BELI APP GOOGLE PLAY (Semak Harga Aplikasi)

CARA TOPUP & BELI APP GOOGLE PLAY (Semak Harga Aplikasi)

CARA TOPUP & BELI APP GOOGLE PLAY

Sebelum ini Google dan 7-Eleven sedia bekerjasama dan menawarkan kad tambah-nilai untuk pengguna. Terkini pihak Google turut telah menambah ciri membuat pembayaran Google Play melalui 7-Eleven. seterusnya menambah kredit ke akaun anda untuk digunakan ketika membeli di Google Play.

 

Bagaimana cara untuk TOPUP & BELI APP GOOGLE PLAY ? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

CARA TOPUP GOOGLE PLAY

 

Dengan an ciri terbaru ini, anda diberikan pilihan pembayaran melalui 7-Eleven, selain daripada pilihan pembayaran menggunakan kad kredit dan debit, atau bil telekomunikasi. Langkah ini sekaligus memudahkan lagi pengguna yang tidak mempunyai kad kredit atau debit untuk melakukan pembelian melalui Google Play Store.  Berikut adalah panduan tambah topup dengan membuat pembayaran di 7-Elevan:

  1. Buka akaun Play Store anda
  2. Klik pada tiga garis di atas bahagian kiri
  3. Seterusnya pilih pada bahagian Payment Methods
  4. Kemudian klik pada Buy Google Play Credit at The 7-Elevan
  5. Pilih jumlah yang anda ingin. Terdapat 5 pilihan tambah nilai iaitu Rm10, Rm20, Rm50, Rm100 dan Rm200
  6. Sekiranya bahagian GooglePay menunjukkan 7-Elevan, klik pada Get Payment Code
  7. Anda akan terima Payment Code di gmail anda.
    1. NOTA: Tempoh pembayaran di 7-Elevan adalah dalam tempoh 7 hari selepas anda terima emaiL Payment Code
  8. Setelah anda menerima email payment code, pergi ke 7-Elevan berhampiran anda untuk membuat pembayaran
  9. Semasa di kaunter, tunjukan Payment Code tersebut kepada cashier, dan kemudian membuat bayaran tambah nilai yang anda pilih.
  10. Setelah selesai membuat pembayaran, anda akan terima email pengesahan pembayaran dan jumlah tambah nilai anda tertera pada akaun Google Play anda.

 

CARA BELI APP DI GOOGLE PLAY

 

Setelah anda menambah nilai dalam akaun Google Play anda, berikut adalah cara untuk membuat pembelian app di Google Play:

  1. Pilih aplikasi yang anda inginkan yang terdapat pada Google Play atau pembelian dalam aplikasi games anda.
  2. Sekiranya aplikasi berbayar atau pembelian dalam games anda akan tertera harganya
  3. Klik pada aplikasi berbayar tersebut, pada GooglePay pilih pada Google Play Balance
  4. Seterusnya klik pada 1-Tab Buy
  5. Kemudian masukkan kod pin anda atau pun fingerprint anda sebagai pengesahan
  6. Selesai,baki akaun Google Play anda akan ditolak selepas membuat pembelian tersebut.

 

ARTIKEL LAIN

SISM40:CARA DAFTAR/REGISTER/PERMOHONAN SKIM INTERNET SELANGOR M40

PETA JENDELA:SEMAKAN STATUS LIPUTAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI(Check Jalur Lebar/Selular/SiaranTV/4G)

Leave a Comment