CARA TOPUP RFID TOUCH n GO (Tambah Nilai Online & Lokasi Pembelian)

Utama / RFID / CARA TOPUP RFID TOUCH n GO (Tambah Nilai Online & Lokasi Pembelian)

CARA TOPUP RFID TOUCH n GO (Tambah Nilai Online & Lokasi Pembelian)

 

Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. Sekiranya anda telah membeli Tag FRID tersebut untuk menggunakannya anda seharusnya topup terlebih dahulu.Bagaimana cara untuk topup RFID Touch n Go? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU RFID

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.

 

CARA BELI RFID ONLINE

Untuk membeli RFID secara online, anda seharusnya install aplikasi Touch’n Go eWallet terlebih dahulu (Android / IOS) dan daftar sebagai pengguna kali pertama terlebih dahulu. Kemudian berikut adalah cara untuk beli RFID:

  1. Log masuk akaun Touch’n Go eWallet anda
  2. Pada menu utama klik pada ikon Toll
  3. Seterusnya pilih pada RFID
  4. Kemudian klik pada Order RFID Tag dan klik Buy Now
  5. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  6. Tunggu sehingga kad anda dihantar ke rumah
  7. Selesai

 

CARA PEMBAYARAN RFID KETIKA DI TOL

Pembayaran akan ditolak sekiranya:

  • Kereta anda mestilah memasuki dilorong yang tertulis MyRFID
  • Kemudian di tol itu RFDI tag/sticker anda akan di scan
  • Pintu palang dihadapan akan terbuka secara automatik

Nota: Anda dinasihatkan memandu kereta dilorong itu tidak lebih dari kelajuan 20km/j.

 

CARA TOPUP RFID TOUCH n GO

Berikut adalah cara untuk tambah nilai di Touch n Go eWallet :-

  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Pastikan anda sudah link RFID tag/sticker dengan akaun Touch n Go eWallet
  3. Klik pada Reload eWallet
  4. Masukkan jumlah sekurang-kurang RM10 ke atas dan klik Reload eWallet
  5. Pilih cara pembarayan anda inginkan:
    • Credit/Debit Card
    • FPX Online Banking
  6. Sekiranya anda pilih Credit/Debit Card
    • Isikan maklumat kad anda
    • Klik pada Save Card (sekiranya ingin guna pada masa akan datang)
    • Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan klik Submit
    • Selesai
  7. Sekiranya anda pilih FPX Online Banking
    • Pilih dan tekan bank pilihan anda.
    • Log masuk akaun bank pilihan anda
    • Masukkan TAC nombor yang anda terima melalui SMS dan klik Submit
    • Selesai

 

SOALAN LAZIM

Boleh ke bayar top up RFID menggunakan kaedah lain?

Tiada, buat masa sekarang ini hanya boleh topup RFID melalui Touch n Go eWallet sahaja.

 

Di mana boleh dapatkan Tag RFID selain daripada pembelian online?

Anda boleh dapatkan di tempat-tempat yang terpilih seperti berikut:

  • Tempat pemasangan yang terpilih di link rasmi RFID: https://rfid.touchngo.com.my/main
  • Touch ‘n Go eWallet
  • Portal Touch n GO RFID
  • Lazada
  • Shopee
  • BonusLink
  • Shell
  • Watsons
  • BHP Petrol
  • Maxis
  • iSustain

 

Bagaimana sekiranya dikenakan caj tol yang salah?

Anda boleh menghantar permohonan bayaran balik melalui link rasmi RFID. Pihak Touch n Go dan syarikat konsesi akan melakukan semakan terhadap transaksi tersebut dan memaklumkan kepada anda hasil semakan atau langkah-langkah seterusnya yang diperlukan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA PASANG SENDIRI PELEKAT Touch n’ Go RFID (Replace Sticker)

CARA BELI RFID ONLINE (Guna Apps Touch ‘n Go)

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *