CARA TOPUP TOUCH’n GO eWALLET (Reload Pin & Claim Percuma)

Utama / CARA TOPUP TOUCH’n GO eWALLET / CARA TOPUP TOUCH’n GO eWALLET (Reload Pin & Claim Percuma)

CARA TOPUP TOUCH’n GO eWALLET (Reload Pin & Claim Percuma)

Pembayaran tanpa sentuhan amat digalakkan pada musim pendemik sekarang dan cara penggunaannya adalah sangat mudah. Salah satunya eWallet Malaysia yang dikenali sebagai TNG ewallet. Sebelum menggunakannya, anda seharusnya menambah nilai (topup) ke akaun TNG eWallet anda, tetapi bagaimana caranya? Disini kami akan kongsikan cara reload pin atau topup Touch’n Go eWallet dan cara claim reload percuma, semoga membantu.

 

APA ITU TOUCH N GO (TnG)

Touch n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia. Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan.

 

MUAT TURUN APLIKASI TOUCH’n GO eWALLET

Pada permulaannya, anda dikehendaki muat turun  dan install aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu di telefon anda. Berikut adalah pautan aplikasi TnG eWallet:

 

CARA TOPUP/RELOAD PIN TOUCH’n GO eWALLET

Berikut adalah merupakan cara topup/reload anda:

  1. Seharusnya anda membeli terlebih dahulu Reload pin ini sama ada di:
    • 7-elevan
    • Watson
    • KK Super Mart
    • Petrol Stesen berhampiran anda (yang terpilih)
  2. Kemudian buka aplikasi Touch’n Go anda
  3. Pada paparan utama klik pada Reload
  4. Masukkan No Pin reload yang tertera pada slip pembelian anda tadi, klik done
  5. Seterusnya Klik pada Reload Now
  6. Tambah nilai anda selesai

 

CARA CLAIM RELOAD PIN PERCUMA TOUCH’n GO eWALLET

Berikut adalah cara untuk menebus reload pin percuma:

  1. Buka aplikasi Touch’n Go anda
  2. Scroll sedikit ke bawah dan klik pada ikon ‘A+ Rewards’
  3. Seterusnya klik pada butang ‘COLLECT’ untuk claim dan tuntut free dan percuma.
  4. Kemudian klik pada ‘USE IT’
  5. Nombor pin tambah nilai percuma dan topup free dari Tng akan terpapar. Klik pada butang ‘COPY AND REDEEM’
  6. Kemudian sila tekan ‘TNG EWALLET RELOAD PIN’
  7. Masukkan No Pin Tambah Nilai Percuma Tng yang telah anda copy dan salin sebelum ini
  8. Anda berjaya claim dan tuntut topup dan tambah nilai secara free dan percuma.
  9. Selesai

 

CARA TAMBAH NILAI BAKI TnG eWALLET (DuitNow Transfer MAE Maybank & CIMB Clicks OCTO)

Kepada anda yang ingin tambah nilai TnG anda secara online banking, berikut adalah merupakan caranya:

Tambah Nilai Baki TnG eWallet Guna MAE Maybank

  1. Salin nombor akaun DuitNow tranfer TnG eWallet dengan menekan pada reload dan klik pada butang salin
  2. Kemudian log masuk akaun MAE di telefon anda
  3. Pada laman menu utama klik pada Maybank2U (berada di bahagian bawah)
  4. Seterusnya klik pada Akaun Simpanan anda
  5. Pada laman seterusnya klik pada Transfer > Others > Banks
  6. Kemdian pada ruangan pencarian, cari Touch n Go dan klik padanya
  7. Kemudian anda perlu salin nombor akaun DuitNow tranfer TnG eWallet tadi pada ruangan yang tersedia dan klik continue
  8. Masukkan jumlah amaun tambah nilai yang ingin anda transfer, dak klik pada next
  9. Kemudian isikan rujukan penerima pada ruangan disediakan dan klik next
  10. Kemudian pilih jenis dan mod pindahan, setelahs selesai klik pada Continue
  11. Paparan akan menunjukkan maklumat transaksi. Sahkan, sekiranya betul klik pada Tranfer Now
  12. Kemudian klik pada Approve.
  13. Selesai, status tambah nilai anda akan terpapar

Tambah Nilai Baki TnG eWallet Guna CIMB Clicks OCTO

  1. Salin nombor akaun DuitNow tranfer TnG eWallet dengan menekan pada reload dan klik pada butang salin
  2. Kemudian log masuk akaun CIMB Clicks OCTO di telefon anda
  3. Pada laman menu utama klik pada Tranfer
  4. Seterusnya klik pada New Transfer dan pilih pada Bank Account/e-Wallet Number
  5. Kemdian pada ruangan pencarian, cari Touch n Go dan klik padanya
  6. Kemudian anda perlu salin nombor akaun DuitNow tranfer TnG eWallet tadi pada ruangan yang tersedia dan klik Next
  7. Kemudian pilih jenis akaun dan mod pindahan, setelah selesai klik pada Next
  8. Masukkan jumlah amaun tambah nilai yang ingin anda transfer, dak klik pada next
  9. Kemudian isikan rujukan penerima pada ruangan disediakan dan klik next
  10. Paparan akan menunjukkan maklumat transaksi. Sahkan, sekiranya betul klik pada Approve
  11. Selesai, status tambah nilai anda akan terpapar

 

BERAPA CAJ TAMBAHAN TAMBAH NILAI TOUCH N GO eWALLET GUNA KAD KREDIT?

Terkini Touch n Go eWallet telah mengemaskini polisi mereka dan mengenakan caj untuk tambah nilai kad kredit melebihi RM1,000 sebulan. Berikut adalah merupakan penerangannya:

Tujuan Caj Tambahan Topup TnG eWallet

  • Langkah ini dilihat untuk menyekat pengeluaran bagi kad kredit kepada tunai atau dihantar ke akaun bank. Peraturan ini tidak dikenakan kepada pengguna yang membuat tambah nilai menggunakan kad kredit untuk pembelian yang sebenar.

Tarikh kuatkusa Caj Tambahan Topup TnG eWallet

Kadar Caj Tambahan Topup TnG eWallet

  • Touch n Go eWallet akan meletakkan tambah nilai kad kredit manual melebihi RM1,000 di bawah kategori baki yang dibenarkan untuk penghantaran. Bermakna, caj pengurusan 1% akan dikenakan tanpa pengguna diberi pilihan untuk memilih baki “tidak boleh dihantar”.

 

ARTIKEL LAIN

5 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *