CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA(Hantar Wang Ke Indonesia & Lain-Lain)

Utama / CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGAR / CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA(Hantar Wang Ke Indonesia & Lain-Lain)

CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA(Hantar Wang Ke Indonesia & Lain-Lain)

Buat pengetahuan anda yang mungkin perlukan perkhidmatan pemindahan wang/ transfer duit dari Malaysia ke luar negara dengan kadar cepat, sebenarnya terdapat banyak cara memindahkan wang dengan caj servis yang lebih berbaloi.

Bagaimana cara ingin transfer duit dari Malaysia ke Luar Negara? Disini kami kongsikan cara menggunakan MoneyGram, Western Union, PayPal ,Telegraphic Transfer,Pos Malaysia dan Valyou, semoga membantu.

CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA GUNA MONEYGRAM

MoneyGram menyediakan servis pemindahan wang ke luar negara antara terpantas di dunia dengan anggaran masa sekitar 10 minit diperlukan dan sekiranya terdapat kesulitan, maksimum masa yang diambil hanya sekitar 3 hari. Had tranfer menngunakan MoneyGram sehingga USD10,000 (RM41,685)  dalam satu-satu masa.

Terdapat  7 Langkah tranfer  wang Menggunakan MoneyGram:

  1. Semak anggaran kos untuk pemindahan via MoneyGram’s online fee estimator
  2. Pergi ke kiosn ejen. Boleh semak lokasi ejen MoneyGram di: MoneyGram’s agent locator
  3. Isi borang Pemindahan Wang (money transfer) sebelum diserahkan kepada MoneyGram bersama dengan dokumen sokongan seperti salinan passport/MyKad atau Lesen Memandu. Serahkan wang yang ingin dipindah. Bayaran fi yang sepatutnya akan dikenakan.
  4. Dapat resit perkhidmatan dan No Rujukan.
  5. Maklumlah kepada penerima wang dan beri mereka No Rujukan.
  6. Seterusnya, penerima perlu ke ejen MoneyGram, isi borang Penerimaan dan lengkapkan butiran diri.
  7. Apabila semua butiran ini disahkan, penerima akan menerima wang dalam bentuk tunai dengan jumlah yang dikirim.

 

CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA GUNA WESTERN UNION

Western Union merupakan penyedia servis pemindahan wang yang paling popular di seluruh dunia. Western Union juga boleh digunakan di mesin ATM dan kiosk di seluruh dunia. Transaksi melalui WU ini juga melibatkan 150 jenis mata wang dan mengambil masa antara 1 hari ke 5 hari waktu bekerja bergantung kepada bank dan lokasi.

Terdapat 3 cara untuk tranfer wang menggunakan Western Union:

  1. In Person – lakukan transaksi di kiosk ejen Western Union
  2. Buat Secara Online & Collect Tunai di Kiosk – isi butiran yang diperlukan di website Western Union, dan pergi ke kiosn ejen untuk membuat pembayaran.
  3. Online Transfer – lakukan transaksi keseluruhan di atas talian (online)

Nota: Di Malaysia, anda hanya boleh memilih ‘direct transfer’ ke akaun bank penerima atau menerima wang secara tunai di cawangan Western Union. Namun, di negara luar, mereka menawarkan transaksi pemindahan ke nombor smartphone sebagai pilihan alternatif.

 

CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA GUNA PAYPAL

PayPal  tidak asing lagi bagi mereka yang selalu melakukan transaksi pembelian dari luar negara. Menggunakan Paypal merupakan satu cara yang paling mudah dan selamat untuk memindahkan wang ke luar negara. Untuk menggukannya, penghantar dan penerima haruslah mempunyai akau PayPal. Sekerinya belum rujuk DISINI (MEY LINK DAFTAR PAYPAL) untuk mendaftar akaun PayPal secara percuma.

Terdapat 3 Langkah untuk tranfer menggunakan PayPal:

  1. Login akaun PayPal anda. Masukkan alamat email atau no telefon bimbit penerima.
  2. Masukkan jumlah wang yang ingin dibayar
  3. Penerima akan menerima notifikasi PayPal dalam masa singkat. Melalui akaun PayPal, anda dapat melihat status transaksi semasa. Penerima juga boleh memilih cara penerima duit mereka sama ada menggunakan akaun PayPal atau dipindahkan ke dalam akaun bank, kredit kad atau menerima cek daripada PayPal.

NOTA: Menghantar wang melalui PayPal adalah yang paling selamat kerana setiap transaksi akan dilindungi oleh enkripsi terkini dan dipantau 24 jam daripada penipuan.

 

CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA GUNA Telegrafik Bank

Pemindahan Telegrafik / Telegraphic Transfer (TT) melibatkan wire transfer, bank transfer, atau Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunications (SWIFT). Terdapat sedikit fi tambahan akan dikenakan berdasarkan jumlah amaun yang dipindahkan.

TT lebih selamat melalui jaringan SWIFT dan Transaction Authorisation Code (TAC). Untuk situasi ini, anda perlukan lebih butiran tentang penerima seperti alamat bank penerima, nombor akaun International Banking Account Number (IBAN) dan Kod SWIFT Bank. Jumlah yang boleh dipindahkan juga terhad bergantung kepada status kerakyatan anda.

Proses pemindahan tetap boleh dilakuakan dalam hari yang sama di antara jam 9.30 pagi dan 4.30 petang. Berikut adalah cara Melakukan Pemindahan Telegrafik Bank (TT):

  1. Login ke akaun online banking bank anda.
  2. Di Menu, Pilih International Telegraphic Transfer. Setiap website bank berlaintan aturan Menu.
  3. Istiharkan amaun yang ingin dipindahkan, status kerakyatan anda, tujuan pindahan dan hubungan anda dengan penerima.
  4. Sediakan butiran yang diperluakan seperti nama penerima, alamat penerima, nama bank penerima, alamat bank penerima, kod SWIFT dan no IBAN.

 

CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA GUNA POS MALAYSIA

Untuk makluman anda, tidak semua cawangan Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran wang ke luar negara. Anda perlu menyemak terlebih dahulu senarai pejabat Pos yang sediakan servis sebegini DI SINI

Berikut adalah merupakan cara Penghantaran Wang di Pejabat Pos

  1. Pergi ke Pejabat Pos yang menawarkan servis penghantaran wang.
  2. Isi borang yang diperlukan dan buat pembayaran.
  3. Dapat nombor Money Transfer Control Number (MTCN) dan hantar kepada penerima.
  4. Penerima perlu ke pejabar Pos di negara mereka dan perlu mengisi borang penerimaan wang.
  5. Penerima perlu menyerahkan borang yang lengkap diisi dan bukti identiti di negara mereka sebelum menerima wang.

NOTA: Pihak Pos turut menawarkan perkhidmatan Western Union.

 

CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA GUNA VALYOU

Valyou juga adalah penyedia servis pemindahan wang secara digital. Kelebihan Valyou ialah anda boleh memindahkan wang secara terus ke akaun e-wallet penerima (penghantar dan penerima perlu ada Valyou Mobile Wallet). Namun, cara ini hanya boleh digunakan di beberapa negara seperti Bangladesh, Cambodia, Nepal dan Pakistan.

Berikut adalah cara Pemindahan Wang Ke Luar Negara Dengan Valyou:

  1. Penghantar/penerima perlu ke cawangan yang terdekat
  2. Melalui penghantaran atas talian
  3. Melalui akaun e-wallet Valyou

 

ARTIKEL LAIN

CARA TRANSFER DUIT GUNA MESIN ATM/DEPOSIT (MAYBANK / CIMB / BSN / RHB/ BANK ISLAM)

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAYBANK2U/CIMB CLICKS/RHB NOW)

CARA GUNA DuitNow : SENARAI BANK, CARA DAFTAR DAN CARA MENGGUNAKAN DUITNOW

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *