TRANSFER DUIT EWALLET BANK(Pindah Wang)

BAGAIMANAKAH CARA TRANSFER DUIT DALAM EWALLET TNG KE AKAUN BANK?

Pada masa kini, penggunaan pembayaran secara online amat menggalakkan. Semestinya anda mempunya aplikasi eWallet. Salah satunya adalah TnG eWallet yang akan digunakan untuk membuat pembayaran. Tetepi untuk menggunakannya seharusnya anda menambah nilai dalam aplikasi eWallet tersebut. Bagaimana sekiranya anda membuat reload terlalu banyak dan ingin tranfer kembali ke akaun bank anda, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara transfer duit dalam TnG ewallet ke akaun bank anda, semoga membantu.

APA ITU TnG eWALLET

Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain

  • Tambah nilai prabayar telefon anda
  • Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
  • Beli tiket wayang
  • Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

CARA TAMBAH NILAI TnG eWALLET

Berikut adalah merupakan cara untuk topup akaun TnG eWallet melalui perbankan internet:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  2. Klik pada +Reload eWallet
  3. Masukkan jumlah tambah nilai yang anda inginkan dan klik pada Reload eWallet
  4. Seterusnya klik pada FPX Online Banking, dan pilih Bank yang anda inginkan
  5. Ikuti langkah pembayaran online banking anda hingga selesai
  6. Anda akan melihat jumlah baki eWallet anda selepas pembayaran selesai

CARA TRANSFER DUIT DARI EWALLET KE DALAM AKAUN BANK

Sekiranya anda ingin mengeluarkan wang dari Tng eWallet untuk ditunaikan, anda seharusnya tranfer ke akaun bank anda terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:

  1. Download apps ‘Maybank QRPayBiz’ (Android / IOS)
  2. Log masuk akan anda. Sekiranya anda pengguna baharu, klik pada ‘REGISTER’
  3. Isikan no kad pengenalan dan dan tarikh lahir anda
  4. Setelah siap proses pendaftaran, anda boleh log masuk kembali akaun anda
  5. Seterusnya klik 3 line yang berada dekat paparan kiri atas tu]
  6. Klik ‘Settings’ & ‘Static QR’
  7. Seterusnya paparan OR Code tertera, anda screenshot dan save dalam gallery.
  8. Kemudian buka aplikasi TnG eWallet anda dan pilih ‘Scan’
  9. Klik icon gambar yang berapan pada kanan atas aplikasi ewallet & upload QR Code yang anda dah screenshot tadi.
  10. Seterusnya ikuti arahan selajutnya sehinga selesai anda membuat pindahan ke akaun bank anda.
  11. Selesai

ARTIKEL LAIN

CARA TRANSFER WANG KE TNG eWALLET (GUNA DUITNOW ID & NO AKAUN)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *