CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI (Guna JomPay Biller Code)

Utama / TRANSFER DUIT TABUNG HAJI / CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI (Guna JomPay Biller Code)

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI (Guna JomPay Biller Code)

Adakah anda mempunyai akaun dengan tabung haji? Sekiranya ya sudah semestinya anda ingin mengetahui cara untuk tambah nilai ke dalam akaun tabung haji anda. Terkini anda tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke kaunter tabung haji semata-mata ingin tambah nilai ke akaun anda kerana anda boleh transfer secara online sahaja. Disini kami kongsikan cara transfer duit ke akaun tabung haji anda menggunakan JomPay, semoga membantu.

 

APA ITU JOMPAY

JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

 

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI

Anda boleh transfer duit ke Akaun TH anda secara online menggunakan JomPAY pada bila-bila masa melalui perbankan internet. Berikut adalah merupakan caranya:

Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Guna CIMB Clicks

  1. Pastikan anda mempunyai akaun CIMB yang berdaftar dengan CIMB Clicks. Sekiranya belum rujuk cara daftar CIMB Clicks DI SINI
  2. Layari pautan CIMB Clicks: https://www.cimbclicks.com.my/
  3. Log Masuk akaun CIMB Clicks anda
  4. Seterusnya kli pada PAY > BILLS
  5. Pada ruangan TO – taipkan Tabung Haji dan Pilih Lembaga Tabung Haji
  6. Kemudian tertera satu Pop Up yang perlu anda isikan:
    • Bill Account Number
    • TH Acct Holder Ic Number
  7. Sahkan maklumat anda, pastikan betul dan tepat.
  8. Tick pada Save As Favourite (sekiranya perlu) kerana ia akan memudahkan urusan transfer ke TH anda di masa lain.
  9. Masukkan Jumlah dan Tarikh transfer duit anda ingin lakukan
  10. Seterusnya klik pada Proceed To Payment
  11. Selesai

 Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Guna Maybank2u

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Maybank yang berdaftar dengan Maybank2u. Sekiranya belum rujuk cara daftar Maybank2u DI SINI
  2. Layari pautan Maybank2u: https://www.maybank2u.com.my/
  3. Log Masuk akaun Maybank2u anda
  4. Pilih Account & Banking dan klik pada Tranfer
  5. Seterunya pilih pada Tabung Haji > Maybank To TH Own Account Tranfer
  6. Masukkan Jumlah Tranfer duit yang anda inginkan, klik Continue
  7. Seterusnya klik pada Request For TAC, masukkan no TAC yang diterima dan klik Confirm
  8. Selesai

 Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Guna Jompay

  1. Pendeposit perlu log masuk ke perbankan internet pilihan
  2. Pilih JomPAY
  3. Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
    • Biller Code – 60228
    • Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
    • Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
    • Ref-2 – Nombor Telefon Bimbit Pengirim
    • Amaun (RM) – isikan jumlah yang ingin diisi
  4. Ikuti proses selanjutnya hingga selesai

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK (Link ke CIMB CLICK/Maybank2U Online)

CARA AKTIFKAN THIJARI(Akaun Tabung Haji Online)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *