CARA TRANSFER WANG KE TNG eWALLET (GUNA DUITNOW ID & NO AKAUN)

CARA TRANSFER WANG KE TNG eWALLET (GUNA DUITNOW ID & NO AKAUN)

CARA TRANSFER WANG KE TNG eWALLET

Pembayaran tanpa sentuhan amat digalakkan pada musim pendemik sekarang dan cara penggunaannya adalah sangat mudah. Salah satunya eWallet Malaysia yang dikenali sebagai TNG ewallet. Sebelum menggunakannya, anda seharusnya menambah nilai ke akaun TNG eWallet anda, tetapi bagaimana caranya? Disini kami akan kongsikan caranya menggunakan duit now dan no akaun TNG eWallet, semoga membantu.

                    

 

APA ITU DUITNOW TRANSFER

 

DuitNow Transfer membolehkan anda menghantar dana dari mana-mana platform perbankan internet atau eWallet Malaysia yang mengambil bahagian, ke Touch ’n Go eWallet anda dengan memasukkan DuitNow ID penerima atau nombor akaun Touch ’n Go eWallet anda.

 

CARA TRANSFER WANG KE TNG eWALLET GUNA DUITNOW ID

 

Untuk makluman ada, menggunakan cara tranfer wang ke akaun TNG eWallet anda menggunakan DuitNow adalah cara paling pantas. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplilasi TNG eWallet anda
  2. Pastikan anda berdaftar dengan DuitNow ID TNG eWallet anda. Caranya adalah seperti berikut:
    1. Pergi ke halaman profil anda, klik butang DuitNow
    2. Klik pada Pautkan eWallet dengan DuitNow
    3. Teruskan ke Aktifkan Touch N Go eWallet setelah anda membaca dan menyertujui Terma & Syarat.
    4. Anda akan menerima satu OTP di nombor telefon anda untuk tujuan pengesahan.
    5. Anda telah berjaya mendaftarkan no telefon anda sebagai DuitNow ID anda.
  3. Setelah berjaya mendaftar, anda kini boleh menghantar dana dari akaun perbankan internet anda dengan memasukkan nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Touch ‘n Go eWallet.

 

CARA TRANFER WANG TNG EWALLET GUNA NOMBOR AKAUN TNG eWALLET

 

Selain dari keadah di atas, anda juga boleh melakukan tranfer wang menggunakan no akaunTnG eWallet anda.  Cara nya adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  2. Nombor akaun TNG eWallet anda boleh didapati di halaman profil anda
  3. Setelah anda dapatkan no akaun TNG eWallet anda, menerusi perbankan internet nanti anda perlukan masuk no akaun ini.
  4. Tambah nilai anda selesai, melalu cara ini agak merumitkan sedikit kerana anda perlu mengingati no akaun TNG eWallet anda.

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah yuran dan caj yang terlibat?

Adalah percuma bagi pengguna kami untuk menerima wang melalui DuitNow Transfer.

 

Berapa lama masa yang diambil untuk saya menerima wang melalui DuitNow Transfer?

Penerima akan menerima dana dengan segera setelah transaksi DuitNow Transfer berjaya.

 

Apakah jumlah maksimum yang saya boleh terima melalui DuitNow Transfer?

Pengguna boleh menerima dana sehingga had eWallet mereka. Perlukan had yang lebih besar? Naik taraf ke tahap PREMIUM hari ini dan nikmati baki eWallet sehingga RM20,000.

 

Adakah saya akan menerima pemberitahuan mengenai status pembayaran yang diterima melalui DuitNow Transfer?

Ya, pemberitahuan dalam aplikasi akan dihantar untuk semua transaksi DuitNow Transfer yang berjaya. Sila pastikan anda telah membenarkan pemberitahuan dari kami dalam tetapan telefon anda.

 

Apa akan berlaku kepada DuitNow ID saya jika saya menukar nombor telefon bimbit saya?

Jika anda telah menukar nombor telefon bimbit anda dalam aplikasi Touch ’n Go eWallet, pendaftaran DuitNow ID anda akan dibatalkan secara automatik dan anda perlu mendaftar untuk DuitNow Transfer lagi.

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA DuitNow : SENARAI BANK, CARA DAFTAR DAN CARA MENGGUNAKAN DUITNOW

1 thought on “CARA TRANSFER WANG KE TNG eWALLET (GUNA DUITNOW ID & NO AKAUN)”

Leave a Comment