CARA TUKAR NO HP SHOPEE(Update Mobile Phone Number)

Utama / CARA TUKAR NO HP SHOPEE / CARA TUKAR NO HP SHOPEE(Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP SHOPEE(Update Mobile Phone Number)

 

Kepada pengguna Shopee,  nombor telefon yang betul sangat penting  akan gunanya untuk sahkan akaun tu dimiliki oleh anda. Sebagai pengguna Shopee anda perlu sentiasa kemas kini nombor telefon terkini supaya mudah untuk mendapatkan kod verifikasi jika diperlukan. Bagaimana cara untuk kemaskini Nombor handphoen di Shopee? Disini kami kongsikan cara TUKAR NO HP SHOPEE , semoga membantu.

 

 

MUAT TURUN APLIKASI

Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi Shopee. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi

  • Google Play Store bagi pengguna android
  • Apple Store bagi penggunan IOS

 

CARA TUKAR NO HP SHOPEE

 

Sekiranya anda ingin kemaskini/tukar no handphone di akaun Shopee anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Shopee anda dan log masuk
  2. Pada paparan utama klik pada Me
  3. Kemudian tekan Account Setting
  4. Klik pada My Profile dan Kemudian tekan Phone
  5. Masukkan password Shopee anda untuk pengesahan
  6. Ikut langkah selanjutnya seperti yang diberi oleh Shopee.
  7. Terdapat sesetengah kes, Shopee akan minta anda untuk masukkan maklumat tambahan seperti :
    1. Expired date Kredit Kad yang telah didaftarkan
    2. Ataupun masukkan nombor akaun bank yang telah disahkan
  8. Selepas selesai pengesahan, anda boleh kemaskini nombor telefon yang baru. Kemudian kod verifkasi akan dihantar ke nombor baru untuk pengesahan
  9. Masukkan kod verifikasi dan tekan Continue untuk selesaikan proses. Nombor anda akan berubah secara terus selepas itu.

NOTA: Pastikan Nombor Telefon yang akan digunakan belum didaftarkan di akaun Shopee yang lain. Setiap Nombor telefon bimbit hanya boleh digunakan untuk 1 akaun Shopee sahaja.

 

 

GAGAL TUKAR/KEMASKINI NO HANDPHONE

 

Untuk melindungi akaun pengguna, Shopee melakukan serangkaian pemeriksaan untuk mengesahkan identiti pengguna atas permintaan untuk menukar nombor telefon mereka. Anda mungkin tidak dapat menukar nombor telefon anda kerana sebab berikut:

  • Nombor telefon baru telah didaftarkan di akaun lain (Anda boleh mencuba log masuk menggunakan nombor telefon anda untuk mengambil akaun)
  • Kata laluan yang dimasukkan atau terlupa kata laluan yang salah
  • Tarikh luput kad kredit yang salah dimasukkan
  • Nombor akaun bank penuh yang salah dimasukkan
  • Tidak ada kad kredit atau akaun bank yang sah yang didaftarkan dengan akaun Shopee anda
  • Nombor telefon yang tidak betul digunakan (nombor telefon mestilah nombor Malaysia)

Untuk memeriksa sama ada nombor telefon anda didaftarkan sebelumnya, klik ‘Forgot’ dan sistem Shopee akan menghantar OTP kepada anda untuk menukar kata laluan anda dan membolehkan anda mengakses akaun anda sekali lagi.

 

ARTIKEL LAIN

Jika perlukan bantuan,rujuk  NOMBOR SHOPEE CUSTOMER SERVICE MALAYSIA(+603-27779222)

Baca juga CARA DAFTAR SHOPEE SELLER MALAYSIA(Cara Jual Barang shopee.com.my)

 

5 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *