CARA TUKAR NO PLAT KENDERAAN BAHARU LAMA(Permohonan Interchange/Pemindahan)

CARA TUKAR NO PLAT KENDERAAN BAHARU LAMA(Permohonan Interchange/Pemindahan)

SYG40, AL1, AKU8055 dan banyak lagi antara nombor plat kenderaan yang mempunyai maksud tertentu. Setiap pemilik kenderaan pastinya mengimpikan no plat yang bermakna kepada mereka.

Proses pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan perkara yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan proses memindahkan nombor pendaftaran daripada kenderaan motor yang telah didaftarkan (asal) kepada kenderaan motor yang belum didaftarkan(baru) serta menguntukkan nombor pendaftaran baru kepada kenderaan tersebut.

Syarat Permohonan Tukar No Plat Kenderaan

  • Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau wakil.
  • Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
  • Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
  • Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
  • Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
  • Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
  • Fi yang telah ditetapkan.

Dokumen yang perlu dikemukakan:

KENDERAAN BAHARU

  • 2 (dua) salinan  Borang Senarai Semak eDaftar.
  • 2 (dua) salinan  Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
  • Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  • Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
  • Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
  • Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
  • Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
  • Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
  • Fi yang telah ditetapkan.

KENDERAAN LAMA

  • 2 (dua) salinan  Borang JPJ K1E.
  • 2 (dua) salinan  Borang JPJ K1A.
  • Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
  • Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
  • Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
  • Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).

Cara Permohonan Pemindahan No Plat Kenderaan

 

  1. Beli nombor plate pilihan anda.
  2. Lakukan pemeriksaan puspakom pada kenderaan anda.
  3. Berkunjung ke cawangan JPJ berdekatan anda.
  4. Pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu : https://temujanjijpj.com/

Nota : Slot temujanji kini hanya dibuka untuk transaksi Pelesenan & Kenderaan Perdagangan Sahaja.

  1. Anda boleh merujuk secara atas talian di : https://www.jpj.gov.my/

Nota: Kebanyakan urusan tidak dapat dijalankan sepanjang PKP

Panduan Permohonan Tempahan Nombor Plat Kenderaan

Terdapat pelbagai kategori nombor pendaftaran. Antara nombor yang menjadi rebutan individu VIP adalah nombor plat 1 sehingga 10.

Selain itu, terdapat juga kategori nombor-nombor menariik seperti 11,222,8888 dan lain-lain. Untuk kategori nombor popular pula ialah 20,40,373,1001,3355 dan lain-lain.

Cara Permohonan Tempahan Nombor Plat Kenderaan

 

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan

  • Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.
  • Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A).
  • Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-
  1.         Individu :

            Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/                Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

  1.          Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

             Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat                       pemilik) atau

iii.         Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

             Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

  1.        Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

           Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

  1.         Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.
  • Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

Soalan Lazim

  1. Sekiranya saya membuat pertukaran nombor plat kereta lama ke kereta baru, apakah no plat yang terkini di kereta lama saya?

Anda boleh memohon untuk menggunakan nombor terkini sahaja untuk kereta lama. Jika anda ada nombor pilihan juga, anda boleh urus dengan pihak JPJ.

  1. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk proses tukar nombor plat tersebut?

RM110 dikenakan untuk setiap proses tukar nombor plat. Caj yang dikenakan adalah tertaluk dengan perubahan semasa.

Semoga artikel ini dapat membantu anda memahami proses pertukaran nombor plat. Teruskan menyokong perkongsian kami yang lain.

ARTIKEL LAIN

MySikap JPJ: CARA DAFTAR ONLINE & LOGIN KALI PERTAMA

CARA CHECK BAYAR SAMAN MySIKAP(public.jpj.gov.my)

CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)

18 thoughts on “CARA TUKAR NO PLAT KENDERAAN BAHARU LAMA(Permohonan Interchange/Pemindahan)”

  1. Boleh tak tukar no pendaftaran kereta ke nombor baru.

    Maksud VS???? Tak nak , nak masuk no VV???? . Tanpa membeli motor

    vs buang , Ganti Vv

    Balas
  2. Apakah saya boleh menukar nombor pendaftaran asal kereta saya kepada nombor pendaftaran baru? (Contoh : JFT 5873 tukar kepada JGW 4027)

    Balas
  3. Soalan pertama.
    Saya ada 2 buah motorsikal atas nama sendiri.boleh ke saya swap no plat tersebut? Motosikal 1 kepada motosikal 2 dan motosikal 2 kepada motosikal 1.

    Soalan kedua.
    Jika boleh,apa prosedur yang perlu saya lakukan dan caj yg dikenakan?

    Balas
    • Sama soalan saya macam cik Tanya ,saya pun nak buat macam tu juga,2 kereta atas nama saya nak pindah kan no plate,A to B Dan B to A,boleh buat cam tu ke,,

      Balas
  4. Saya hendak transfer no plate kereta yg di pakai ke sebuah motorsikal baru.

    Kereta yg dipakai hendak diberi nombot plate kereta lama yg telah dilupuskan.

    Boleh ke mcm tu?

    Balas
  5. Kereta saya telah di istihar “Total Loss” oleh pihak insurance, boleh tak ssya guna nombor tersebut untuk kereta baru (second hand).

    Balas
  6. Saya telah membeli satu no plat dan ingin di tukarkan dengan no plat sediada pada kenderaan lama(kereta) saya. Manakala kenderaan baru(Motorsikal) saya pula ingin didaftarkan no plat yang telah didaftarkan di kenderaan lama(kereta) saya. Kemusykilannya disini, adakah satu syarat wajib pertukaran no plat antara kenderaan lama dan baru memerlukan pemeriksaan puspakom? Bagaimana sekiranya kenderaan lama itu telah lama tidak berfungsi dan kelihatan semakin bertambah uzur?

    Balas
  7. hi tuan , nak tanya berkaitan dengan nom plate kereta lama tukar ke kereta baharu

    adakah tempoh untuk tamatkan nom plate kereta .

    sekian terima kasih .

    Balas
  8. AFE800 – pd kereta rexton
    AMH7568 – pd kereta city

    situasi :
    kita beli motor dan buang no.kereta city – AMH7568

    nk mnt tlg sgt utk no. AFE800 d masukkn ke kereta city

    dgn kereta rexton declare scrab

    Balas
  9. saya nak ambil nombor pendaftaran kereta lama untuk motosikal baharu dan kereta lama tersebut hendak dilupuskan, adakah kereta lama itu masih perlu dibuat pepemeriksaan puspakom dan didaftarkan dengan nombor baharu?

    Balas

Leave a Comment