TUKAR NO TELEFON MAYBANK (Cara Update Nombor Tac & Kemaskini Online)

Utama / TUKAR NO TELEFON MAYBANK / TUKAR NO TELEFON MAYBANK (Cara Update Nombor Tac & Kemaskini Online)

TUKAR NO TELEFON MAYBANK (Cara Update Nombor Tac & Kemaskini Online)

Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank . Bank ini merupakan rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia, dengan operasi-operasi perbankan penting di Singapura, Indonesia dan Filipina. Bank ini juga telah mempunyai kepentingan besar dalam Perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank. Maybank merupakan bank yang terbesar di Malaysia dengan memiliki lebih daripada 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan luar negara dan pejabat. Selain itu juga, Maybank juga menawarkan perkhidmatan perbankan atas talian.

 

 

 

TUKAR NO TELEFON MAYBANK UNTUK URUSAN Maybank2u

Jika anda merupakan pengguna Maybank, sudah anda mengetahui bahawa dengan menggunakan Maybank2u, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti perbankan anda secara online seperti menyemak baki dan melakukan pemindahan wang. Namun kepada pengguna Maybank yang sudah membuat penukaran nombor telefon yang baharu, anda mungkin tidak tahu bagaimana cara tukar no telefon Maybank? Pada hari ini kami akan menjelaskan kepada anda tentang cara untuk tukar no telefon Maybank bagi urusan Maybank2u.

 

 

 

PENDAFTARAN NOMBOR TELEFON BUAT KALI PERTAMA

Jika anda belum lagi mendaftarkan nombor telefon, anda boleh ikuti Langkah melakukan pendaftaran nombor telefon buat kali pertama.

  • Anda perlu ke mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan
  • Pergi ke kaunter khidmad pelanggan
  • Maklumkan anda ingin melakukan pendaftaran nombor telefon anda
  • Anda perlu melengkapkan borang Electronic Banking Services (EBS).
  • Lengkapkan dengan maklumat yangbetul dan tepat.
  • serahkan borang anda kepada pegawai bank untuk tujuan pemprosesan.

 

 

 

TUKAR NO TELEFON MAYBANK

Pada hari ini, kami akan kongsikan 2 cara untuk mengemaskini dan menukar nombor telefon bagi urusan Maybank2u.

CARA PERTAMA : TUKAR NOMBOR TELEFON MELALUI CAWANGAN MAYBANK

  1. Anda harus ke cawangan mana-mana Maybank yang terdekat.
  2. Anda perlu ke kaunter
  3. Minta borang permohonan untuk menukar nombor telefon bimbit anda.
  4. Isi dan lengkapkan borang permohonan tersebut.
  5. Semak sebelum hantar.
  6. Apabila sudah selesai anda perlu menyerahkan borang tersebut kepada kakitangan Maybank.

 

CARA KEDUA : TUKAR NOMBOR TELEFON MELALUI ATM MAYBANK

  1. Anda harus ke cawangan Maybank yang berdekatan
  2. Pilih salah satu mesin ATM yang disediakan.
  3. Masukkan kad ATM anda ke dalam slot kad.
  4. Kemudian, masukkan 6 angka nombor pin anda.
  5. Pada paparan Menu Utama,  pilih Maybank2u.
  6. Kemudian anda harus memilih Phone Banking
  7. Kemudian klik pada ATM SMS Alerts.
  8. Klik pada kemas kini M2U TAC Mobile
  9. Tekan Update M2U TAC Mobile.
  10. Kemudian masukan nombor telefon anda yang baru ke dalam ruangan yang disediakan.
  11. Semak semula nombor telefon untuk mengelakan kesalahan
  12. Tekan butang enter

 

 

MAKSUD TAC DAN KEPENTINGAN TAC

Transaction Authorization Code (TAC) adalah kod 6 digit unik yang merupakan salah satu elemen penting semasa anda ingin melakukan transaksi perbankan online bersama Maybank2u.

TAC merupakan satu lapisan pengesahan identiti tambahan yang membantu untuk mengesahkan identiti dan tujuan keselamatan semasa anda melakukan transaksi online di maybank2u

 

ARTIKEL LAIN

Ini cara REGISTER MAE MAYBANK ( cara daftar & aktifkan online)

Aktifkan dan LOGIN MAE MAYBANK : CARA GUNA MAYBANK MAE

Belajar juga CARA MAIN KUTU MAYBANK

Anda juga boleh buat CHECK BALANCE MyASNB & MAYBANK2U

39 Comments

  1. Saya gagal deposit ke luno …TAC dari maybank2u tak muncul …sedangkan proses utk TAC berjaya ..tunggu sampai 4 minit …tak muncul juga ….ulang hampir 12 kali …masih gagal….apasal ye ….

  2. Tukar no otp online mybank2 0143547034
    Urursan potongan bayaran dari bil semasa . .saya xsempat apoiment dgn bank ….kerja blh cuti…

  3. pengesahan tukar no tel lama 0177904941 kepada no tel yg baru 0107011631.dah buat transaksi tujar no tel dimesin Atm

  4. Assalamualaikum boleh tolong tukar nombor telefon Maybank Sya atas nama Sya Junaidi bin jastin ini no baru Sya 0165132748

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *