CARA TUKAR TAMBAH ALAMAT DELIVERY (TikTok Shop Shopee Lazada)

CARA TUKAR TAMBAH ALAMAT DELIVERY (TikTok Shop Shopee Lazada)

Seperti yang kita sedia maklum,pembelian online amat menggalakan pada masa terkini kerana barangan yang dipesan akan terus dihantar ke rumah anda. Antara platform yang biasa kita dengar adalah TikTok Shop, Shopee dan Lazada. Tetapi bagaimana jika anda ingin menukar atau menambah alamat rumah baharu dalam platform tersebut? Melalui artikel ini kami akan kongsikan kepada anda cara tukar dan tambah alamat delivery, semoga membantu.

CARA TUKAR TAMBAH ALAMAT DELIVERY TIKTOK SHOP

Kepada anda yang gemar membeli melaui platform TikTiok, berikut adalah merupakan cara tukar dan tambah alamat rumah anda iaitu:

Tambah Alamat Delivery TikTok

  1. Buka Aplikasi TikTok dan log masuk akan anda
  2. Pada halaman utama, klik pada Shop
  3. Kemudian klik pada Tab Menu (tiga garis bertindih) di atas bucu kanan dan klik pada Address
  4. Paparan akan menunjukkan alamat anda yang sedia ada. Untuk tambah alamat baharu, klik pada + Add Address
  5. Kemudian isikan sahaja alamat baharu anda pada ruangan tersedia. Setelah lengkap klik pada Save.
  6. Selesai, anda telah berjaya menambah alamat baharu anda

Tukar Alamat Delivery TikTok

  1. Buka Aplikasi TikTok dan log masuk akan anda
  2. Pada halaman utama, klik pada Shop
  3. Kemudian klik pada Tab Menu (tiga garis bertindih) di atas bucu kanan dan klik pada Address
  4. Paparan akan menunjukkan alamat anda yang sedia ada.
  5. Untuk menukar atau tetapkan kepada default kepada alamat yang anda ingin, klik pada Edit pada alamat tersebut
  6. Pada bahagian Set As Default, leretkan ke kanan sehingga bertukar warna biru
  7. Selesai, anda telah berjaya tetapkan alamat utama penghantaran anda

CARA TUKAR TAMBAH ALAMAT DELIVERY SHOPEE

Kepada anda yang gemar membeli melaui platform Shopee, berikut adalah merupakan cara tukar dan tambah alamat rumah anda iaitu:

Tambah Alamat Delivery Shopee

  1. Buka Aplikasi Shopee dan log masuk akan anda
  2. Pada halaman utama, klik pada Me
  3. Kemudian klik pada Setting dan klik pada My Address
  4. Paparan akan menunjukkan alamat anda yang sedia ada. Untuk tambah alamat baharu, klik pada Add New Address
  5. Kemudian isikan sahaja alamat baharu anda pada ruangan tersedia. Setelah lengkap klik pada Save.
  6. Selesai, anda telah berjaya menambah alamat baharu anda

Tukar Alamat Delivery Shopee

  1. Buka Aplikasi Shopee dan log masuk akan anda
  2. Pada halaman utama, klik pada Shop
  3. Kemudian klik pada Tab Menu (tiga garis bertindih) di atas bucu kanan dan klik pada Address
  4. Paparan akan menunjukkan alamat anda yang sedia ada.
  5. Untuk menukar atau tetapkan kepada default kepada alamat yang anda ingin, klik pada alamat tersebut
  6. Pada bahagian Set As Default Address, leretkan ke kanan sehingga bertukar warna biru
  7. Selesai, anda telah berjaya tetapkan alamat utama penghantaran anda

CARA TUKARTAMBAH ALAMAT DELIVERY LAZADA

Kepada anda yang gemar membeli melaui platform Lazada, berikut adalah merupakan cara tukar dan tambah alamat rumah anda iaitu:

Tambah Alamat Delivery Lazada

  1. Buka Aplikasi Lazada dan log masuk akan anda
  2. Pada halaman utama, klik pada Account
  3. Kemudian klik pada Setting dan klik pada Address Book
  4. Paparan akan menunjukkan alamat anda yang sedia ada. Untuk tambah alamat baharu, klik pada + Add Address
  5. Kemudian isikan sahaja alamat baharu anda pada ruangan tersedia. Setelah lengkap klik pada Save.
  6. Selesai, anda telah berjaya menambah alamat baharu anda

Tukar Alamat Delivery Lazada

  1. Buka Aplikasi Lazada dan log masuk akan anda
  2. Pada halaman utama, klik pada Account
  3. Kemudian klik pada Setting dan klik pada Address Book
  4. Paparan akan menunjukkan alamat anda yang sedia ada.
  5. Untuk menukar atau tetapkan kepada default kepada alamat yang anda ingin, klik pada Edit di alamat tersebut
  6. Pada bahagian Default Shipping Address, Klik pada On
  7. Selesai, anda telah berjaya tetapkan alamat utama penghantaran anda

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment