CARA TUKAR WIFI NAME PASSWORD (Router Dlink Fiberhome)

Utama / CARA TUKAR WIFI NAME PASSWORD / CARA TUKAR WIFI NAME PASSWORD (Router Dlink Fiberhome)

CARA TUKAR WIFI NAME PASSWORD (Router Dlink Fiberhome)

Sekiranya anda pengguna unifi atau streamyx, semestinya anda ingin mengetahui cara untuk menukar nama Wifi dan Password anda atas sebab-sebab tertentu. Disini kami kongsikan cara tukar bagi router Dlink dan Fiberhome, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU TUKAR PASSWORD WIFI

Semestianya ada perlu tukar password anda atas sebab-sebab tertentu seperti berikut:

  • Penggunaan Wifi anda tanpa kebenaran.
  • Hadkan penggunaan Wifi di rumah anda.
  • Terlupa password Wifi anda.
  • Terlupa nama Wifi anda.
  • Sekiranya menggunakan router atau modem yang baru.

  

CARA TUKAR WIFI NAME DAN PASSWORD ROUTER FIBERHOME

Berikut adalah merupakan cara untuk menukar Wifi Name dan Password pada router Fiberhome:

  1. Muat Turun dan Isntall aplikasi FiberHome (Android / IOS)
  2. Buka aplikasi FiberHome dalam telefon anda
  3. Masukkan Password yang terdapat pada belakang Dlink Router FiberHome
  4. Tekan Next sehingga Menu utama
  5. Klik Pada Bahagian Tools > Advance Setting > My Wifi
    • Pada ruangan Wifi Name – anda boleh tukar nama Wifi yang anda inginkan
    • Pada ruangan Wifi Password – anda boleh tukar kata laluan yang anda inginkan
  6. Setelah siap tekan pada Save
  7. Router anda dalam proses restart. Anda boleh sambungkan wifi anda dengan nama wifi baru dan kata laluan yang baru.
  8. Selesai

 

CARA TUKAR WIFI NAME DAN PASSWORD ROUTER DLINK

Berikut adalah merupakan cara untuk menukar Wifi Name dan Password pada router Dlink:

  1. Sambung telefon/laptop dengan WIFI yang anda ingin tukar password tersebut.
  2. Buka Google Chrome anda dan taip ip address http://192.168.0.1
  3. Masukkan info login dan password (boleh lihat pada belakang router)
    • Pada bahagian login – masukkan admin/tmadmin”
    • Pada bahagian password pula – masukkan ADM@xxxx(last 4 digit MAC ID)
  4. Sekiranya ingin tukar nama Wifi pilih bahagian WLAN
    • Pada bahagian SSID – tukar pada nama wifi yang anda inginkan, klik Apply Changes
  5. Sekiranya ingin tukar Password klik pada Security
    • Pada bahagian Prse-Shared Key – tukar Password yang anda inginkan, klik  Apply Changes
  6. Router anda dalam proses restart. Anda boleh sambungkan wifi anda dengan nama wifi baru dan kata laluan yang baru.
  7. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

JENDELA COVERAGE CHECK (Semak Telco Celcom Digi)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *