PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN RAWATAN HOSPITAL BAGI PESARA

Utama / TUNTUTAN PERJALANAN RAWATAN HOSPITAL / PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN RAWATAN HOSPITAL BAGI PESARA

PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN RAWATAN HOSPITAL BAGI PESARA 2024

Mungkin ada pesara-pesara jabatan kerajaan yang tidak mengetahui Cara Mohon Tuntutan Perjalanan Rawatan Hospital Bagi Pesara  dan mereka mempunyai kemudahan untuk membuat tuntutan perjalanan hospital kerajaan berpakar.

Di sini kami akan kongsikan info rasmi daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) tentang cara membuat permohonan tuntutan tersebut untuk makluman dan kebaikan bersama.

 

TUNTUTAN PERJALANAN RAWATAN HOSPITAL BAGI PESARA 

Menurut maklumat dari Portal JPA Pencen, sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau ahli keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan info dan maklumat mengenai syarat kelayakan cara mohon tuntutan perjalanan rawatan hospital bagi pesara

 

  • Tuntutan adalah terhad kepada jarak perjalanan melebihi 25 km daripada rumah kediaman ke Hospital Kerajaan berpakar yang dirujuk oleh hospital/ klinik Kerajaan berhampiran rumah kediaman.
  • Tuntutan ini tidak termasuk tuntutan rawatan dialisis yang berjadual.
  • Hanya tertakluk kepada Pesara Awam Persekutuan yang tanggungan perubatan serta rawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Persekutuan)

 

PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN RAWATAN HOSPITAL BAGI PESARA 2023

Bagi pesara yang ingin membuat permohonan tuntutan, anda perlulah menyediakan dokumen dan dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjalanan berkenaan untuk tujuan tuntutan bayaran balik :

 

Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Aras 2, SkyTech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor

No. tel: 03-8887 8777

 

DOKUMEN YANG DIPERUKAN

  1. Borang JPA.BP.UBAT.B04 (boleh didapati di pautan senarai borang laman web Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau klik sahaja di sini – http://www.jpapencen.gov.my/…/PDF/UBAT/JPA.BP.UBAT.B04.pdf
  2. Surat rujukan daripada Pakar Perubatan Kerajaan yang merujuk pesara Awam Persekutuan ke Hospital Kerajaan berpakar – contohnya surat rujukan daripada pakar perubatan Kerajaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh utk pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara;
  3. Dokumen asal ‘Slip Kehadiran’ semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan berpakar;
  4. Salinan Kad Pesara;
  5. Salinan Kad Pengenalan Pesara;
  6. Salinan Kad Pengenalan Pesakit (bagi tanggungan pesara Awam Persekutuan yang layak menerima rawatan percuma); dan
  7. Resit asal tol, parking (jika memandu sendiri), resit tiket bas/ kereta api, kapal terbang (untuk pesakit yang menggunakan pengangkutan awam)

 

Maklumat Lanjut Tentang Tuntutan Perjalanan Hospital Bagi Pesara

Untuk makluman lanjut boleh rujuk saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO (Jadual Bulanan SOCSO)

 

 

3 Comments

  1. Saya dan isteri pesara kerajaan.
    Isteri menerima rawatan di luar kawasan.
    Setiap kali perjalanan kami naik kenderaan sendiri.
    Persoalan: bagaimana cara tuntutan. Saya sebagai pengiring isteri yang menerima rawatan.
    Sekian terima kasih

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *