UBES 3.0 (Permohonan Pembiayaan Perniagaan Belia Terengganu Sehingga RM30000)

UBES 3.0 (Permohonan Pembiayaan Perniagaan Belia Terengganu Sehingga RM30000)

UBES 3.0

Berita baik kepada belia Negeri Terangganu, Kerajaan Negeri Terengganu telah membuka permohonan bagi Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) untuk menggalakkan para belia menceburi atau mengembangkan bidang perniagaan mereka,.

 

APA ITU UBES 3.0

Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) adalah program yang membantu belia di Negeri Terengganu untuk menceburi atau mengembangkan bidang perniagaan mereka. Ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai belia di Negeri Terengganu menceburi bidang perniagaan dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi penduduk di negeri tersebut.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN UBES

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan  adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 – 35 tahun.
  • Pemohon hendaklah Bumiputera dan beragama ISLAM.
  • Pemohon ialah rakyat Terengganu dan permohonan turut terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Terengganu (perantau).
  • Tahap pendidikan minima pemohon adalah SPM.
  • Pemohon lengkap 2 dos vaksin.
  • Pemohon berminat menjadi usahawan sepenuh masa.
  • Sekiranya pemohon telah berniaga, perniagaan pemohon mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi.

 

TARIKH PERMOHONAN UBES 3.0

Kepada belia yang berminat hendaklah membuat permohonan  secara atas talian sebelum 9 Januari 2022.

 

KADAR PEMBIAYAAN UBES 3.0

Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan  yang terdapat 3 katagori iaitu:

  • Pengembagan perniagaan: RM5,000 hingga RM30,000
  • Dana peralatan: RM5,000
  • Dana branding: RM2,000

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi belia yang berminat untuk membuat permohonan, pastikan dokumen seperti berikut disediakan untuk dimuat naik (upload) semasa membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan ibu/bapa (Jika Berkaitan)
  • Sijil lengkap vaksin (2 Dos).
  • Gambar profil.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf (jika berkaitan).
  • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) (jika berkaitan).

 

CARA PERMOHONAN UBES 3.0

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan dan telah sediakan dokumen yang diperlukan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan permohonan Google Form UBES
  2. Isi maklumat yang diperlukan pada ruangan dan klik Next.
  3. Muat naik (upload) dokumen yang diperlukan.
  4. Setelah lengkap, klik Submit untuk penghantaran permohonan.
  5. Permohonan anda telah berjaya dihantar

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan , anda boleh hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di talian 09-6242424.

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN i-FITRI 2022 (RM250 Hingga RM400 Untuk Rakyat Terengganu)

 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *