UJIAN DASS(Check Depression Anxiety Stress Scale)

APA ITU UJIAN DASS?

Pernahkah anda berasa tertekan dan kemurungan? Dalam menghadapi pandemik dan PKP ini, mungkin ramai antara kita yang mengalami stres melampau hingga menyebabkan kemurungan. Mungkin anda salah seorang daripadanya. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengukur tahap stres dan kemurungan ini melalui Ujian DASS.

Depression Anxiety Stress Scale atau Ujian DASS ialah satu intrumen ujian saringan bertulis untuk mengenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stress seseorang.

Dengan menjalankan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada anda stress, bimbang, atau kemurungan. Penekanan semula disini ialah, diingat bahawa DASS bukanlah diagnosis, namun dokumen ini boleh digunakan untuk merujuk masalah yang dihadapi oleh individu tersebut kepada klinik kesihatan / pakar.

SEMAKAN STATUS TAHAP KEMURUNGAN KERISAUAN DAN STRESS SESEORANG]

Anda perlu menandakan pada skala yang disediakan keadaan anda dua (2) minggu yang lepas

  1. Intrumen Ujian saringan ini mengandungi 21 soalan.
  2. Anda perlu menjawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan, iaitu
  • Tidak Pernah
  • Jarang
  • Kerap
  • Sangat Kerap.
  1. Jawab soalan dengan memilih SATU jawapan mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan situasi diri anda.
  2. Tiada jawapan betul atau salah.

UJIAN DASS(DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALE ) ONLINE

Jika anda ingin membuat semakan status tahap kesihatan mental, anda boleh menggunakan link di bawah ini untuk menjawab secara online:

Keputusan Ujian Saringan Kesihatan Mental online ini akan dikeluarkan selepas sahaja anda selesai menjawab semua intrumen soalan yang diberikan.

Selain itu juga, anda boleh klik pada Link berikut untuk memulakan Ujian Kemurungan ini secara Online.

DASS (Depression Anxiety Stress Scales) TEST – ORANG AWAM

Makluman: Diadaptasi oleh Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya / Adapted by Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

UJIAN DASS(DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALE ) BERTULIS

Selain menjawab secara online, ands boleh merujuk kepada link berikut untuk mencetak Ujian Saringan Kesihatan Minda Sihat ini dan menjawabnya secara manual.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Muat turun Borang Ujian DASS versi PDF
  • Cetak borang
  • Baca arahan
  • Jawab soalan
  • Jawab kira markah skor
  • Semak skor saringan

ARTIKEL LAIN 

CARA DAFTAR MyUBAT : DAFTAR, SEMAK, PANTAU STATUS BEKALAN DAN TEMUJANJI

TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN ONLINE:CARA BUAT APPOIMENT(Klinik Kesihatan & Gigi Kerajaan)

Share your love

4 Comments

  1. Kadang kadang rasa macam tiba tiba je nak marah orang , sakit dada pastu tiba tiba down . Nak bernafas pun rasa susah . Bende niyh bukan jarang tapi selalu , kadang kadang masa bercakap pun rasa lelah .

  2. kadang ii rasa macam tiba ii je nak marah org,lepastu rasa gelisah walaupun tak buat pape. tangan rasa bergetar. takleh control perasaan. saya rasa mcm tak sempurna. rasa tak lengkap. pernah sekali kawan saya menjerit atau tengking saya, saya rasa ketakutan tapi saya diam je. kawan saya pernah ckp dia benci saya, dan saya ckplah..klau kau benci aku, aku pun benci diri aku sendiri. saya bukan apa. tapi saya mcm pelik. bila saya rapat dengan org, saya rasa takut dan saya susah untuk mempercayai org ii even tu parents saya.

  3. saya tidak tahu apa yang perlu saya comment , tapi selepas saya buat ujian dass saya rasa tak percaya or tak sangka yang tahap kemurungan dan stress saya teruk . since 4 tahun lepas saya selalu ingin duduk bersendirian , dan tidak suka bergaul dengan orang tidak suka bercakap dengan orang , saya selalu teringin nak merasa angin pantai bila saya rasa diri saya tak ada mood/sedih . saya selalu pendam perasaan sebenar saya tanpa saya ceritakan sebenar2nya keadaan perasaan saya . saya rasa sedih , marah tak tahu kenapa . kadang saya termenung dengan pikiran kosong tanpa berfikir apa2 dan mood saya sentiasa berubah . saya juga suka bandingkan diri saya dengan orang lain tanpa orang lain bandingkan diri saya , saya langsung tak ada kepercayaan diri dan pendirian keatas diri saya . And now diri saya kerap berasa pening dan sukar untuk bernafas even tak buat apa2 pun dan keadaan ni kerap2 berlaku akhir2 ni .

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *