CARA BUAT UJIAN MAMOGRAM (PERMOHONAN SUBSIDI 2023)

Utama / PROGRAM MAMOGRAM LPPKN / CARA BUAT UJIAN MAMOGRAM (PERMOHONAN SUBSIDI 2023)

CARA BUAT UJIAN MAMOGRAM (PERMOHONAN SUBSIDI 2023)

 

Kanser Payudara merupakan kanser pembunuh utama wanita di Malaysia. Oleh itu, wanita berumur 35 tahun ke atas digalakkan menjalani ujian mamogram selain dari pemeriksaan sendiri payudara dan pemeriksaan klinikal payudara. Dalam belanjawan 2022, kerajaan memperuntukan sebanyak RM 11.5 juta dalam program pencegahan kesihatan remaja wanita

 

APA ITU PROGRAM MAMOGRAM?

PROGRAM MAMOGRAM  adalah untuk menggalakkan wanita dalam kategori layak melakukan ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara.

 

SIAPA YANG LAYAK ?

Wanita yang layak mendapat subsidi ini adalah warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang berumur 40 – 69 tahun dengan pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah sebulan dan menepati kriteria berikut iaitu:

  • mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara
    atau
  • wanita yang dirujuk untuk ujian diagnostik mamogram
    atau
  • ujian mamogram saringan sebelum memulakan Terapi Hormon Gantian
    atau

ujian mamogram ulangan bagi program subsidi

PROGRAM MAMOGRAM LPPKN

 

 

KRITERIA BAGI WANITA BERISIKO TINGGI

Jika mempunyai salah satu faktor yang berikut :

  • mempunyai sejarah keluarga menghidapi kanser payudara,
  • ibu, kakak, adik perempuan atau anak perempuan menghidapi kanser payudara sebelum usia 50 tahun dan
  • Dua orang saudara atau lebih sebelah ibu atau bapa mempunyai kanser payudara (nenek, ibu saudara, anak saudara perempuan)
  • pernah mempunyai atypia pada biopsi payudara

atau

  • pernah menghidapi kanser payudara atau kanser ovari

atau

memerima rawatan terapi hormon gantian

atau

Jika mempunyai dua faktor yang berikut

  • mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser awal
  • Ibu, kakak, adik perempuan atau anak atau anak perempuan menghidap kanser ovari sebelum usia 50 tahun dan
  • Dua orang saudara atau lebih sebelah ibu atau bapa mempunyai kanser ovari (nenek, ibu saudara, anak saudara perempuan)
  • tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama selepas usia 30 tahun, atau
  • haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun, atau
  • menopaus pada usia lebih 56 tahun, atau
  • BMI lebih dari 30

 

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI

Wanita yang berminat boleh memohon melalui klinik-klinik LPPKN di seluruh negara. Pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik LPPKN terlebih dahulu sebelum dirujuk untuk menjalani ujian mamogram.

 

CARA DAFTAR PERMOHONAN BARU

Pemohon boleh akses ke laman web http://mamogram.lppkn.gov.my/KlinikLPPKN/Application/GetSubsidi.aspx

Langkah pertama :

Pemohon akan membaca maklumat proses permohonan

Langkah kedua:

Pemohon akan membaca maklumat mengenai program momogram

Langkah ketiga:

Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan

Langkah keempat:

Pemohon perlu menilai kritiria kelayakan

Langkah kelima:

Pemohon akan mengesahkan borang permohonan

 

Kekerapan Ujian

1 tahun sekali dalam kategori layak

 

PUSAT-PUSAT MAMOGRAM PROGRAM MAMOGRAM 

Sila rujuk kepada mana-mana klinik LPPKN yang berhampiran untuk mendapatkan senarai pusat-pusat mamogram swasta yang menyertai Program Subsidi Ujian Mamogram ini.

Wanita boleh memilih sendiri pusat-pusat mamogram tersebut mengikut kesesuaian.

 

 

MAKLUMAT LANJUT:

Layari laman : http://mamogram.lppkn.gov.my/

Talian Meja Bantuan: 03-2613 7555 Samb 1109

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL:BANTUAN MODAL PERNIAGAAN UNTUK WANITA

TEMANNITA TEKUN ONLINE(BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN)

TALIAN KASIH:CARA HUBUNGI NO TELEFON BILIK GERAKAN JKM SETIAP NEGERI(SENARAI NOMBOR)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *