SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SPiER-PDRM 2024(Sistem Pemprofilan Rekrutmen)

Utama / UJIAN SPiER-PDRM / SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SPiER-PDRM 2024(Sistem Pemprofilan Rekrutmen)

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SPiER-PDRM (Sistem Pemprofilan Rekrutmen)

Adakah anda membuat permohonan polis dan telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal pada tahun 2021 dikehendaki membuat semakan panggilan ujian SPIER-PDRM bermula 07 Februari hingga 28 Februari 2022 bagi calon Semenanjung.

Semakan ujian SPiER-PDRM 2022 bagi jawatan:

  • INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA),
  • KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI) DAN;
  • TELAH MELEPASI PEMERIKSAAN UJIAN FIZIKAL PADA TAHUN 2021

 

APA ITU SPiER-PDRM ?

Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) ini merupakan satu sistem yang menggunakan ujian psikologi sebagai satu kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan pengambilan pegawai baharu.

Aspek yang dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi di bawah KDN.

Pembangunan SPiER dianggotai Pegawai Psikologi KDN, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Pegawai Beruniform Jabatan atau agensi yang terlibat.

 

MATLAMAT UJIAN SPiER PDRM

SPiER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.

SPiER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

 

CARA PERLAKSANAAN

Ujian ini dijalankan melalui sesi ujian berkomputer.

SPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.

Dasar penilaian umumnya menumpukan pada 3 aspek berikut:

  • penilaian minat kerjaya
  • penilaian personaliti
  • penilaian nilai pekerjaan

 

SEMAKAN STATUS

Semakan status ujian SPIER-PDRM lulus atau gagal boleh dilakukan dalam sistem e-pengambilan PDRM di pautan yang telah dikongsikan di bawah

Hanya calon yang lulus ujian ini sahaja akan mendapat surat panggilan temu duga lisan yang boleh didapati di dalam e-pengambilan PDRM.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman sosial Facebook Unit Pengambilan PDRM.

sila layari laman web https://psikom.moha.gov.my/spier/ iaitu Ministry of Home Affairs (MOHA / KDN).

 

ARTIKEL LAIN

epengambilanpdrm.rmp.gov.my:CARA DAFTAR/REGISTER/LOGIN & PERMOHONAN KERJA POLIS 2022

CARA DAFTAR SSO PDRM ONLINE(Semakan Check Saman Polis Trafik)

CARA BAYAR SAMAN PDRM (Guna Mesin ATM Maybank)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *