PERMOHONAN UNDI POS PRN JOHOR (Apply Online myspr.spr.gov.my)
Kepada warga Johor yang tidak menetap di negeri Johor, permohonan undi pos luar negara dan dalam negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mula dibuka hari ini. Permohonan untuk mengundi secara pos itu dilaksanakan secara dalam talian.
Bagaimana cara undi pos dalam talian? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
TARIKH PRN JOHOR
Terdahulu SPR dilaporkan menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
TARIKH UNDI POS PRN JOHOR
Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara bagi untuk pengundi mengikut katagori dibuka mulai hari ini sehingga 18 Februari.:
- Kategori Borang 1B (warga Malaysia yang berada di luar negara)
- kategori Borang 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan)
Untuk kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan petugas media) pula dibuka mulai hari ini sehingga 24 Februari nanti
CARA PERMOHONAN UNDI POS PRN JOHOR
Untuk mengundi pos, anda seharusnya buat permohonan menenurusi MySPR terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
- Layari portal MySPR: https://myspr.spr.gov.my/login
- Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU. (sekiranya anda belum daftar lagi
- Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
- MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
- Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
- Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
- Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
- Klik menu STATUS SAYA.
- Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
- Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
- Setelah selesai, tekan butang HANTAR.
ARTIKEL LAIN
MySPR DAFTAR:SEMAKAN STATUS & KEMASKINI PEMILIH(Cara Tukar Tempat Mengundi)
Taman universiti skudai johor bahru
Saya sekarang berada dinegara Singapura berkerja.Bolehkah saya Undi online ? Terima kasih !