UOB ONLINE BANKING (Cara Transfer Duit Guna Aplikasi Mighty UOB)

Utama / UOB ONLINE BANKING / UOB ONLINE BANKING (Cara Transfer Duit Guna Aplikasi Mighty UOB)

UOB ONLINE BANKING (Cara Transfer Duit Guna Aplikasi Mighty UOB)

Sekiranya anda merupakan  pelanggan kepada UOB Bank, sudah semestinya anda ingin mengetahui bahawa UOB turut menawarkan perkhidmatan online banking atau perbankan internet untuk setiap pelanggannya di Malaysia. Dengan adanya perkhidmatan ini, para pelanggan dapat melakukan pelbagai transaksi kewangan secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda tentang cara daftar UOB Online banking, semoga membantu.

 

APA ITU UOB BANK

United Overseas Bank Limited (UOB) merupakan sebuah syarikat perbankan multinasional Singapura yang beribu pejabat di Singapura dengan cawangan kebanyakannya ditemui di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

 

PERKHIDMATAN UOB ONLINE BANKING

Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang ditawarkan menerusi sistem online banking ini, iaitu:

  • Pemindahan Dana UOB
    • Pindahkan dana dengan selamat dan serta-merta antara akaun UOB, sama ada antara akaun anda sendiri atau ke Akaun UOB orang lain.
  • Pindahan Dana IBG
    • Pindahkan dana antara akaun UOB anda ke akaun di bank peserta lain dalam rangkaian PayNet.
  • DuitNow
    • Pindahkan dana dengan serta-merta antara akaun UOB anda ke akaun di bank lain yang mengambil bahagian dalam rangkaian PayNet.
  • Pemindahan Mudah Alih
    • Hantar wang serta-merta dengan hanya nombor mudah alih penerima. Tiada nombor akaun diperlukan.
  • Pemindahan Luar Negara
    • Perlu memindahkan wang ke luar negara? Selesaikan dalam talian sahaja.
  • Pembayaran bil
    • Selesaikan bil anda dengan pantas dan tanpa kerumitan, sama ada bil kad kredit bulanan anda, pinjaman atau bil utiliti anda.
  • E-penyata
    • Penyata bank tanpa kertas, mudah dan tanpa kerumitan hanya dengan beberapa klik sahaja.

 

SYARAT DAFTAR UOB ONLINE BANKING

Untuk mendaftar akaun ini, semestinya terdapat beberapa syarat yang ditetapkan antaranya:

  • 18 tahun ke atas
  • Seorang individu atau pemegang akaun bersama (dengan syarat penandatangan sesiapa sahaja untuk menandatangani)
  • Mempunyai nombor telefon bimbit berdaftar untuk menerima SMS-OTP

 

CARA DAFTAR UOB ONLINE BANKING

Sekiranya anda memenuhi syarat, berikut adalah merupakan cara untuk memohon Perbankan Internet Peribadi (PIB) iaitu:

 

MUAT TURUN APLIKASI MIGHTY UOB

Bagi memudahkan lagi urusan anda, UOB Bank telah memperkenalkan satu aplikasi Mighty UOB yang memudahhkan pelanggannya membuat urusan perbankan internet: anda boleh memuat turun aplikasi pada pautan di bawah:

 

CARA  TRANFER DUIT GUNA APLIKASI MIGHTY UOB

Berikut adalah merupakan cara transfer menggunakan aplikasi Might UOB ini::

  1. Buka aplikasi Mighty UOB anda
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik ‘Transfer’
  4. Pilih ‘Transfer via DuitNow’
  5. Pilih akaun pendebitan anda
  6. Ketik pada ‘Pemindahan Baharu’ dan masukkan butiran ID Duit Now anda cth. Nombor ID Duit Now dan pilih ‘Teruskan’
  7. Masukkan amaun pindahan dan rujukan penerima dan pilih ‘Teruskan’
  8. Sahkan butiran pemindahan sebelum meminta Pengesahan.
  9. Pemindahan anda berjaya, anda boleh menyimpan ID Duit Now sebagai kegemaran atau berkongsi resit pemindahan anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai UOB Online Banking, anda boleh melayari website rasmi UOB Bank Malaysia 

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN UOB ONLINE BANKING:CARA REGISTER PIB UOB(uob.com.my)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *