UPU ONLINE 2023/2024 (Cara Permohonan & Daftar Kali Pertama)

Utama / UPU ONLINE / UPU ONLINE 2023/2024 (Cara Permohonan & Daftar Kali Pertama)

UPU ONLINE 2023/2024 (Cara Permohonan & Daftar Kali Pertama)

Kepada Yang Menanti Panduan Permohonan UPU Online, bagi sesi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, permohonan kini telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada Panduan Mendaftar Kali Pertama Dan Memohon Kali Pertama, semoga membantu.

 

APA ITU UPU ONLINE

Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online merupakan satu sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke institusi pengajian tinggi seperti :-

  1. Universiti Awam (UA)
  2. Politeknik Premier
  3. Politeknik Konvensional
  4. Kolej Komuniti
  5. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

 

MAKLUMAN TERKINI PERMOHONAN UPU ONLINE SESI 2023/2024

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.

 

SYARAT KELAYAKN PERMOHONAN UPU ONLINE 2023

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mengikut katagori iaitu:

PERMOHONAN LEPASAN SPMPERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF
  • SPM 2022
  • SPM 2021 & SPM 2020
  • STPM 2022
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2022 / 2023
  • STAM 2022 & 2021
  • Diploma / Setaraf
  • Diploma UA / Politeknik
  • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
  • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
  • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)

 

SENARAI PROGRAM UPUONLINE 2023/2024

Anda boleh membuat carian program pengajian semasa yang ditawarkan untuk membuat permohonan dengan merujuk kepada :

 

PANDUAN PEMILIHAN PROGRAM UPU ONLINE

Berikut adalah merupakan panduan pemilihan program untuk dibuat permohonan iaitu:

  • Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan.
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

 

TARIKH PERMOHONAN UPU ONLINE SESI 2023/2024

Pemohononan boleh dibuat pada mengikut setiap fasa iaitu:

  • Fasa 1 : 7 Januari 2023 (12.00 Tengah Hari)  hingga 28 Mac 2023 (5.00 Petang)
  • Fasa 2 : 15 Mei 2023 (12.00 Tengah Hari) hingga 12 Jun 2023 (5.00 Petang)

NOTA: Boleh mohon program bertemuduga dan tidak bertemuduga

 

KADAR BAYARAN PROSES UNIT ID UPU

Untuk Mendaftar Anda Tidak Perlukan Nombor Unik ID BSN Tetapi Untuk Membuat Permohonan Anda Wajib Mempunyai Nombor Unik ID. untuk makluman anda, kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.

 

PANDUAN DAFTAR UPU ONLINE

1. Buka Laman Web UPU Online

2.Daftar Pengguna

  • Sebaga Pengguna Pertama Kali, Anda Perlu Mendaftar Terlebih Dahulu Dengan Menekan Butang ‘Daftar Akaun Baru’.

3.Baca Manual & Isi Butiran

  • Lengkapkan Butiran Yang Diminta Dalam Borang.
  • Semaklah Manual Pengguna Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Permohonan.

4.Semak Program Yang Ditawarkan

  • Semak Program Yang Ditawarkan.

 

DAFTAR UPU ONLINE KALI PERTAMA

Pemohon Dikehendaki Daftar Kali Pertama Bagi Mengakses Upuonline Di Https://Upu.Mohe.Gov.My/   Untuk Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam / Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, ILKA Dan Kolej Komuniti. Pemohon Wajib Memasukkan Enam (6) Item Berikut Untuk Membuat Daftar Kali Pertama  :

  • No Kad Pengenalan
  • Alamat E-Mel
  • Nama Ibu
  • Soalan Keselamatan
  • Kata Laluan (Pastikan Kata Laluan Mudah & Senang Diingat)
  • Pengesahan Kata Laluan

 

CARA PERMOHONAN UPU ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat permohonan, berikuta adalah merupakan cara lengkap permohonan iaitu:

  1. Layari pautan permohonan UPUOnline: https://upu.mohe.gov.my/
  2. Pantikan anda membuat semakan terhadap:
    • Semak katagori anda dan pastikan kategori anda betul.
    • Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline dan kirat merit disini.
    • Semak tren permohonan dan penawaran.
    • Semak laluan kerjaya.
  3. Isi permohonan UPUOnline.
  4. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  5. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  6. Lengkapkan borang permohonan. dan klik pada Simpan
  7. Seterusnya cetak slip permohonan anda sebagai bukti permohonan telah dibuat.

NOTA: Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.

 

TARIKH-TARIKH PENTING UPU ONLINE

Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting yang anda perlu ketahui yang melibatakan proses Temuduga, Fasa Kemaskini, Keputusan Permohonan & Rayuan seperti di bawah:

FASATEMUDUGA/UJIANPENGEMASKINIANHEBAHAN PERDANA DAN PERMOHONAN RAYUANHEBAHAN RAYUAN

LEPASAN SPM

Fasa 1 & Fasa 2Mei 2023 hingga Jun 2023Minggu Pertama Jun 2023Minggu Pertama Julai 2023Minggu Pertama Ogos 2023

LEPASAN STPM/SETARAF

Fasa 1 & Fasa 2Mei 2023 hingga Ogos 2023Minggu Keempat Julai 2023Minggu Pertama September 2023Minggu Ketiga Oktober 2023

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPUONLINE LEPASAN SPM 2023/2024

Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan UPUOnline lepasan SPM dan setaraf bagi sesi 2023/ 2024 adalah mulai 7 Julai 2023 (12.00 tengah hari), iaitu hari Jumaat.

 

TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN UPU

Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 8 Ogos 2023 hingga 11 Ogos 2023. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada mereka yang berjaya dan boleh dicetak setelah pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

 

TARIKH RAYUAN UPUONLINE

Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari mulai 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang

 

CARA RAYUAN UPUONLINE

Permohonan Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online, anda boleh merujuk portal rasmi UPU di pautan https://upu.mohe.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI NO PIN UNIK ID UPU BSN (Tarikh Beli Guna ATM & SMS)

8 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *