CHECK RESULT UPU ONLINE 2023-2024(Semak Layak Ke Gagal)

Utama / UPU ONLINE / CHECK RESULT UPU ONLINE 2023-2024(Semak Layak Ke Gagal)

CHECK RESULT UPU ONLINE 2023-2024(Semak Layak Ke Gagal)

Maklumat permohonan UPU bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dirujuk melalui perkongsian ini. Untuk Semakan keputusan UPU termasuk keputusan rayuan, ianya boleh disemak melalui kaedah atas talian/ online dan melalui Aplikasi UPU Pocket 2.0. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara check result UPU, semoga membantu.

 

APA ITU UPU ONLINE?

Setiap tahun Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Pelajar (BPKP) akan membuka sistem UPU Online kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat application ke pusat pengajian tinggi dalam negara. Tujuan utama sistem UPU dibina adalah untuk memudahkan pelajar membuat application secara atas talian.

 

PROSES PEMILIHAN PELAJAR KE UPU

Proses pemilihan kemasukan lepasan SPM & STPM/ setaraf akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

 

CHECK RESULT  UPUONLINE (Semak Layak Ke Gagal)

Kepada pemohon yang ingin membuat semakan keputusan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan:
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2023/2024

Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan UPUOnline lepasan SPM dan setaraf bagi sesi 2023/ 2024 adalah mulai 7 Julai 2023 (12.00 tengah hari), iaitu hari Jumaat.

 

TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN UPU ONLINE LEPASAN SPM 2023/2024

Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 8 Ogos 2023 hingga 11 Ogos 2023. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada mereka yang berjaya dan boleh dicetak setelah pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

 

CHECK PERMOHONAN RAYUAN UPU(E-RAYUAN UPUONLINE)

Permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

 

MUAT TURUN UPUPOCKET 2.0

Pengguna telefon pintar boleh memuat turun/ download aplikasi UPUPocket 2.0 di :

Di antara maklumat dan panduan yang terdapat di aplikasi UPU Pocket termasuklah :

  1. Semakan Status UPU
    • Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
  2. e-Panduan
    • e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
  3. Kalendar Akademik
    • Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline.
  4. Aduan Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline.
    • Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.
  5. Alamat UA
    • Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan

 

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SMS

  • Taipkan upu jarak result jarak no kad pengenalan dan sms ke 15888

 

SEBAB-SEBAB GAGAL PERMOHONAN UPU

Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-

  • Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  • Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Memohon program luar bidang aliran
  • Tidak melepasi temuduga
  • Markah merit rendah Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi

 

SISTEM MAKLUM BALAS UPUONLINE

telah disediakan bagi membolehkan pemohon untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPUOnline. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan dan masalah yang dihadapi dengan mengakses pautan berikut:-

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

  • Portal Rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my/
  • Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)

 

ARTIKEL LAIN

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *