UPU ONLINE 2023/2024 (Cara Permohonan & Daftar Kali Pertama)
Kepada Yang Menanti Panduan Permohonan UPU Online, bagi sesi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, permohonan kini telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada Panduan Mendaftar Kali Pertama Dan Memohon Kali Pertama, semoga membantu.
APA ITU UPU ONLINE
Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online merupakan satu sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke institusi pengajian tinggi seperti :-
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik Premier
- Politeknik Konvensional
- Kolej Komuniti
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
MAKLUMAN TERKINI PERMOHONAN UPU ONLINE SESI 2023/2024
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).
Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.
SYARAT KELAYAKN PERMOHONAN UPU ONLINE 2023
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mengikut katagori iaitu:
PERMOHONAN LEPASAN SPM | PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF |
SPM 2022 SPM 2021 & SPM 2020 |
|
SENARAI PROGRAM UPUONLINE 2023/2024
Anda boleh membuat carian program pengajian semasa yang ditawarkan untuk membuat permohonan dengan merujuk kepada :
PANDUAN PEMILIHAN PROGRAM UPU ONLINE
Berikut adalah merupakan panduan pemilihan program untuk dibuat permohonan iaitu:
- Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan.
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
TARIKH PERMOHONAN UPU ONLINE SESI 2023/2024
Pemohononan boleh dibuat pada mengikut setiap fasa iaitu:
- Fasa 1 : 7 Januari 2023 (12.00 Tengah Hari) hingga 28 Mac 2023 (5.00 Petang)
- Fasa 2 : 15 Mei 2023 (12.00 Tengah Hari) hingga 12 Jun 2023 (5.00 Petang)
NOTA: Boleh mohon program bertemuduga dan tidak bertemuduga
KADAR BAYARAN PROSES UNIT ID UPU
Untuk Mendaftar Anda Tidak Perlukan Nombor Unik ID BSN Tetapi Untuk Membuat Permohonan Anda Wajib Mempunyai Nombor Unik ID. untuk makluman anda, kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.
PANDUAN DAFTAR UPU ONLINE
1. Buka Laman Web UPU Online
- Anda Boleh Layari Laman Web UPU Online Di Https://Upu.Moe.Gov.My
2.Daftar Pengguna
- Sebaga Pengguna Pertama Kali, Anda Perlu Mendaftar Terlebih Dahulu Dengan Menekan Butang ‘Daftar Akaun Baru’.
3.Baca Manual & Isi Butiran
- Lengkapkan Butiran Yang Diminta Dalam Borang.
- Semaklah Manual Pengguna Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Permohonan.
4.Semak Program Yang Ditawarkan
- Semak Program Yang Ditawarkan.
DAFTAR UPU ONLINE KALI PERTAMA
Pemohon Dikehendaki Daftar Kali Pertama Bagi Mengakses Upuonline Di Https://Upu.Mohe.Gov.My/ Untuk Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam / Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, ILKA Dan Kolej Komuniti. Pemohon Wajib Memasukkan Enam (6) Item Berikut Untuk Membuat Daftar Kali Pertama :
- No Kad Pengenalan
- Alamat E-Mel
- Nama Ibu
- Soalan Keselamatan
- Kata Laluan (Pastikan Kata Laluan Mudah & Senang Diingat)
- Pengesahan Kata Laluan
CARA PERMOHONAN UPU ONLINE
Kepada anda yang ingin membuat permohonan, berikuta adalah merupakan cara lengkap permohonan iaitu:
- Layari pautan permohonan UPUOnline: https://upu.mohe.gov.my/
- Pantikan anda membuat semakan terhadap:
- Isi permohonan UPUOnline.
- Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan. dan klik pada Simpan
- Seterusnya cetak slip permohonan anda sebagai bukti permohonan telah dibuat.
NOTA: Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.
TARIKH-TARIKH PENTING UPU ONLINE
Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting yang anda perlu ketahui yang melibatakan proses Temuduga, Fasa Kemaskini, Keputusan Permohonan & Rayuan seperti di bawah:
FASA | TEMUDUGA/UJIAN | PENGEMASKINIAN | HEBAHAN PERDANA DAN PERMOHONAN RAYUAN | HEBAHAN RAYUAN |
LEPASAN SPM | ||||
Fasa 1 & Fasa 2 | Mei 2023 hingga Jun 2023 | Minggu Pertama Jun 2023 | Minggu Pertama Julai 2023 | Minggu Pertama Ogos 2023 |
LEPASAN STPM/SETARAF | ||||
Fasa 1 & Fasa 2 | Mei 2023 hingga Ogos 2023 | Minggu Keempat Julai 2023 | Minggu Pertama September 2023 | Minggu Ketiga Oktober 2023 |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online, anda boleh merujuk portal rasmi UPU di pautan https://upu.mohe.gov.my/
ARTIKEL LAIN
CARA BELI NO PIN UNIK ID UPU BSN (Tarikh Beli Guna ATM & SMS)
saya bsh tiada rekod
Bkss saya tiada dalam rekod
tiada dalam rekod