UPUOnline Semakan Permohonan Tarikh Penting 2024 2025

CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN

Kepada Yang Menanti Panduan Permohonan UPU Online, bagi sesi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, permohonan kini telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada Panduan Mendaftar Kali Pertama Dan membuat semakan UPUOnline, semoga membantu.

APA ITU UPUONLINE

Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online merupakan satu sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke institusi pengajian tinggi seperti :-

  1. Universiti Awam (UA)
  2. Politeknik Premier
  3. Politeknik Konvensional
  4. Kolej Komuniti
  5. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

MAKLUMAN TERKINI PERMOHONAN UPUONLINE SESI 2024/2025

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.

SYARAT KELAYAKN PERMOHONAN UPUONLINE 2024/2025

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mengikut katagori iaitu:

PERMOHONAN LEPASAN SPMPERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF

  • SPM 2023SPM 2021 & SPM 2022


  • STPM 2023Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2023 / 2024

  • STAM 2023 & 2022

  • Diploma / Setaraf

  • Diploma UA / Politeknik

  • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma

  • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan

  • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)

SENARAI PROGRAM UPUONLINE 2024/2025

Anda boleh membuat carian program pengajian semasa yang ditawarkan untuk membuat permohonan dengan merujuk kepada :

PANDUAN PEMILIHAN PROGRAM UPU ONLINE

Berikut adalah merupakan panduan pemilihan program untuk dibuat permohonan iaitu:

  • Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan.
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE SESI 2023/2024

Pemohononan boleh dibuat pada mengikut setiap fasa iaitu:

  • Fasa 1 : 29 Februari 2024 (12.00 Tengah Hari)  hingga 29 Mac 2024 (5.00 Petang)
  • Fasa 2 : 29 April 2024 (12.00 Tengah Hari) hingga 9 Jun 2024 (5.00 Petang)

NOTA: Boleh mohon program bertemuduga dan tidak bertemuduga

PANDUAN DAFTAR UPU ONLINE

1. Buka Laman Web UPU Online

2.Daftar Pengguna

  • Sebaga Pengguna Pertama Kali, Anda Perlu Mendaftar Terlebih Dahulu Dengan Menekan Butang ‘Daftar Akaun Baru’.

3.Baca Manual & Isi Butiran

  • Lengkapkan Butiran Yang Diminta Dalam Borang.
  • Semaklah Manual Pengguna Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Permohonan.

4.Semak Program Yang Ditawarkan

  • Semak Program Yang Ditawarkan.

DAFTAR UPUONLINE KALI PERTAMA

Pemohon Dikehendaki Daftar Kali Pertama Bagi Mengakses Upuonline Di Https://Upu.Mohe.Gov.My/   Untuk Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam / Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, ILKA Dan Kolej Komuniti. Pemohon Wajib Memasukkan Enam (6) Item Berikut Untuk Membuat Daftar Kali Pertama  :

  • No Kad Pengenalan
  • Alamat E-Mel
  • Nama Ibu
  • Soalan Keselamatan
  • Kata Laluan (Pastikan Kata Laluan Mudah & Senang Diingat)
  • Pengesahan Kata Laluan

CARA PERMOHONAN UPUONLINE

Kepada anda yang ingin membuat permohonan, berikuta adalah merupakan cara lengkap permohonan iaitu:

  1. Layari pautan permohonan UPUOnline: https://upu.mohe.gov.my/
  2. Pantikan anda membuat semakan terhadap:
    • Semak katagori anda dan pastikan kategori anda betul.
    • Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline dan kirat merit disini.
    • Semak tren permohonan dan penawaran.
    • Semak laluan kerjaya.
  3. Isi permohonan UPUOnline.
  4. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  5. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  6. Lengkapkan borang permohonan. dan klik pada Simpan
  7. Seterusnya cetak slip permohonan anda sebagai bukti permohonan telah dibuat.

NOTA: Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.

TARIKH-TARIKH PENTING SEMAKAN UPUONLINE

Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting yang anda perlu ketahui yang melibatakan proses Temuduga, Fasa Kemaskini, Keputusan Permohonan & Rayuan seperti di bawah:

SEMAKAN UPUONLINE

KEMASKINI UPUONLINE

Tempoh Kemaskini Bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 12.00 tengah hari sehingga 9 Jun 2024 (Ahad) jam 5.00 petang.

Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline Pemohon kategori SPM, STPM, dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga pada Fasa Pengemaskinian ini.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.

Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran di pilihan teratas.

Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Cara Kemaskini UPUOnline Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘. Log masuk seperti biasa. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

SEMAKAN UPUONLINE LEPASAN SPM

SEMAKAN UPUONLINE

SEMAKAN UPUONLINE LEPASAN STPM

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPUONLINE

Kepada pemohona yang ingin membuat semakan, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.

TARIKH SEMAKAN RAYUAN UPUONLINE

Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari

CARA RAYUAN UPUONLINE

Permohonan Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN UPUONLINE

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online, anda boleh merujuk portal rasmi UPU di pautan https://upu.mohe.gov.my/

ARTIKEL LAIN

3 thoughts on “UPUOnline Semakan Permohonan Tarikh Penting 2024 2025”

Leave a Comment