URUS B50(PERMOHONAN PROGRAM PENGURUSAN DAN KETAHANAN KEWANGAN)

Utama / PROGRAM URUS / URUS B50(PERMOHONAN PROGRAM PENGURUSAN DAN KETAHANAN KEWANGAN)

URUS B50(PERMOHONAN PROGRAM PENGURUSAN DAN KETAHANAN KEWANGAN)

Adakah anda turut terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda di Malaysia?

Adakah saya layak program pengurusan dan ketahanan kewangan yang baharu sahaja diperkenalkan?

 

APA ITU URUS B50?

 

Program ini telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

URUS adalah untuk peminjam dari kumpulan B50, iaitu mereka yang:

  • Sudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
  • Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DAN
  • Mengalami
  • Kehilangan pekerjaan; ATAU
  • Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%

 

APAKAH BANTUAN YANG DITAWARKAN URUS B50?

Berikut adalah bantuan yang ditawarkan:

  • Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.
  • PFP akan merangkumi:
  1. Pengecualian faedah selama 3 bulan
  2. Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
  3. Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

 

CARA PERMOHONAN URUS B50

Anda boleh menghubungi pihak bank masing-masing mulai 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.Butiran permohonan selanjutnya akan dikongsikan oleh pihak Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan atau bank-bank berkenaan sebelum 15 November 2021.

 

SOALAN LAZIM

Apa itu URUS?

Ia merupakan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan

Apakah contoh bantuan yang disediakan?

Program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif bagi mereka yang terjejas di waktu pandemik ini.

Siapakah yang layak Program URUS?

Program ini turut merangkumi peminjam di dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan.

Apakah kemudahan kewangan yang ditawakan?

Pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan kadar faedah termasuk pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan.

Bilakah program pengurusan dan ketahanan kewangan dilaksanakan?

Bermula 15 November 2021 hingga  31 Mac 2022

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Layari akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai URUS.Untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan kewangan selanjutnya, sila hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

 

ARTIKEL LAIN

CARA MOHON MORATORIUM CIMB:BORANG PERMOHONAN(apply.cimb.com.my/papform/#/)

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *