PERMOHONAN VISA UMRAH & ZIARAH ONLINE (Daftar visa.visitsaudi.com)

PERMOHONAN VISA UMRAH & ZIARAH ONLINE (Daftar visa.visitsaudi.com)

Buat pengetahuan anda, Kerajaan Arab Saudi telah memilih 49 negara yang layak untuk memohon eVisa Arab Saudi dan termasuknya adalah negara Malaysia. Ini bermaksud kepada rakyat Malaysia yang ingin membuat umrah tanpa agen boleh membuat permohonan Visa Umrah di eVisa Arab Saudi. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.


APA ITU eVISA ARAB SAUDI

eVisa Arab Saudi adalah satu portal dalam talian yang pantas dan mudah digunakan kepada pelawat antarabangsa dari 49 negara yang layak boleh memohon eVisa dan menemui layanan mesra rakyat Saudi yang kaya dengan warisan, budaya yang bertenaga, dan landskap yang pelbagai dan menakjubkan; dari pergunungan Abha ke pantai Laut Merah ke pasir yang bergeser di Empty Quarter.Ia meliputi aktiviti berkaitan pelancongan dan Umrah (tidak termasuk musim haji) dan tidak termasuk aktiviti lain seperti belajar.

 

MAKLUMAT TENTANG VISA ARAB SAUDI

Berikut adalah merupakan beberapa maklumat mengenai visa arab saudi:

  1. Permohonan dibuat melalui secara online melalui pautan: https://visa.visitsaudi.com/
  2. Semua pemohon boleh melawat kecuali yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan masuk ke Makkah dan Madinah.
  3. Tidak perlukan mahram.
  4. Boleh membuat Umrah secara sendiri dengan menempah hotel, tiket fight dan semuanya dengan aturan tersendiri.
  5. Harga : sekitar 470 Saudi Riyal.
  6. Tidak memerlukan maklumat penerbangan.
  7. Sah untuk tempoh setahun sahaja.
  8. Kemasukan berulang sepanjang setahun.
  9. Had jangka waktu berada di Arab Saudi 90 hari.
  10. Terbuka untuk sendiri atau berkumpulan.
  11. Had usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab.

 

CARA DAFTAR eVISA ARAB SAUDI

Untuk membuat permohonan eVisa ini, pasntikan anda daftar terlebih dahulu seperti berikut:

  1. Layari pautan eVisa: https://visa.visitsaudi.com/
  2. Daftar log masuk akaun anda (secure web – verification code dan had masa)
  3. Pastikan gambar jelas dengan meliputi:
    • Latar belakangkan warna putih
    • Berukuran passport
    • Format JPEG.
  4. Lengkapkan maklumat peribadi dan passport dengan lengkap.
  5. Masukkan maklumat tarikh jangkaan ketibaan
  6. Masukkan tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga seperti :
    • Acara
    • Keluarga
    • Santai
    • Umrah
  7. Lengkapkan maklumat menetap di saudi seperti Hotel atau residential.
  8. Masukkan maklumat Insurans perubatan
  9. Baca terma dan syarat yang tertera dan semak permohonan
  10. Buat pembayaran melalui kad debit atau kad kredit
  11. Tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan.
  12. Selesai

 

CARA PERMOHONAN eVISA ARAB SAUDI

Untuk membuat permohonan eVisa ini, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Lengkapmaklumat diri anda semasa pemprosesan dari pilihan yang dinyatakan di atas
  2. Patikan anda membuat semakan maklumat diri terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
  3. Kemudian jawab soal selidik dan muat naik foto. Pastikan anda memuat naik imbasan pasport anda. Dokumen lain juga diperlukan, tetapi ia bergantung kepada keadaan peribadi.

NOTA: eVisa ini sah selama 1 tahun selepas dikeluarkan dari tarikh kelulusan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut menegnai eVisa Arab Saudi, anda boleh layari website https://visa.visitsaudi.com/

 

ARTIKEL LAINĀ 

SENARAI AGENSI UMRAH BERDAFTAR TERKINI DI MALAYSIA (motac.gov.my/semakan/umrah)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *