PERMOHONAN VISA RAKYAT MALAYSIA(Apply Portal eVISA)

Utama / VISA / PERMOHONAN VISA RAKYAT MALAYSIA(Apply Portal eVISA)

PERMOHONAN VISA RAKYAT MALAYSIA(Apply Portal eVISA)

Sekiranya anda yang baru pertama kali mahu melancong ke mana-mana luar Negara tanpa menggunakan ejen pelancongan, semestinya anda membuat permohonan visa pelancong terlebih dahulu. Disini kami kongsikan cara membuat permohonanvisa secara online menggunakan eVisa, semoga membantu.

 

APA ITU eVISA

eVISA ialah aplikasi atas talian yang membolehkan membuat permohonanvisa elektronik secara atas talian dengan lebih mudah dan selesa.

 

JENIS VISA

Terdapat banyak jenisvisa, bergantung kepada sebab anda ke sesebuah negara. Berikut adalah jenis-jenisvisa yang perlu diketahui jika anda ke negara luar untuk bercuti atau bekerja:

  1. Visa Sekali Masuk
    • Anda hanya boleh memasuki negara tersebut sekali denganvisa ini walaupun tempoh sahnya lebih lama daripada tempoh lawatan anda. Setelah anda pulang, anda perlu memohonvisa yang baru.
  2. Visa Beberapa Kali Masuk
    • Anda boleh melawat negara tersebut beberapa kali yang anda inginkan dalam tempoh sahvisa tersebut. Pastikan anda mempunyai tujuan lawatan berulang sah, atau kemasukan anda mungkin ditolak.
  3. Visa Transit
    • Jika anda mempunyai perhentian atau persinggahan di negara yang memerlukan rakyat Malaysia memilikivisa, anda perlu memohon visatransit sebelum perjalanan anda, walaupun anda tidak akan keluar daripada lapangan terbang. Di Australia, rakyat Malaysia dikecualikan daripada visatransit jika anda hanya singgah buat tempoh kurang daripada 72 jam. Tetapi untuk Amerika Syarikat dan Kanada, anda perlu mempunyai visatransit.

 

TEMPOH PROSES PERMOHONAN VISA

Bergantung pada negara yang anda ingin lawati, proses permohonanvisa boleh mengambil masa dari sehari hingga empat minggu.

 

CARA PERMOHONAN VISA

Terdapat dua cara permohonan visaiaitu:

  1. Permohonaanvisa boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan.
  2. Permohonan juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Portal eVISA malaysiavisa.imi.gov.my https://malaysiavisa.imi.gov.my/evisa/evisa.jsp

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen diperlukan mengikut katagori permohonan:

Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)

  1. Dokumen yang diperlukan bagi permohonan VisaTanpa Rujukan (kelulusanvisa diberi oleh Pejabat Perwakilan Malaysia) adalah:
    • Pasport asal
    • Dua (2) salinan fotostat pasport
    • Dua (2) salinan fotostat borang permohonanvisa(Form IMM.47)
    • Dua (2) keping gambar berukuran pasport
    • Tiket penerbangan pergi dan balik asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan)
    • Penyata Bank / Cek Kembara
    • Surat jemputan (jika ada)
    • Bayaranvisa
  2. VisaTanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan sosial

Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)

  1. Dokumen yang diperlukan bagi permohonan VisaDengan Rujukan (visaakan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Pejabat Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:
    • Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
    • Pasport asal
    • Dua (2) salinan fotostat pasport
    • Dua (2) salinan fotostat borang permohonanvisa (Form IMM.47)
    • Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
    • Tiket penerbangan pergi dan balik asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan)
    • Bayaranvisa
  2. Nota:VisaDengan Rujukan diperlukan bagi kategori pelajar, ekspatriat, tanggungan ekspatriat, ikhtisas dan pekerja asing

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut bagi permohonan visa, sila layari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan https://www.imi.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN VISA UMRAH & ZIARAH ONLINE (Daftar visa.visitsaudi.com)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *