1 KAKI BERAPA METER (1 Meter Berapa Kaki)

Utama / 1 KAKI BERAPA METER / 1 KAKI BERAPA METER (1 Meter Berapa Kaki)

1 KAKI BERAPA METER (1 Meter Berapa Kaki)

Terdapat banyak jenis ukuran yang digunakan untuk mengukur panjang, termasuklah unit kaki, sentimeter, ela, inci dan pelbagai lagi. Adakah anda ingin mengetahui formula pengiraan daripada ukuran 1 kaki berapa meter? Disini kami akan kongsikan kepada anda, smoga membantu.

 

APA ITU UKURAN UNIT KAKI

Kaki (simbol piawai: ft) ialah unit panjang dalam sistem ukuran adat empayar British dan Amerika Syarikat. Simbol perdana yang digunakan bagi unit kaki adalah (′). Ukuran satu (1) kaki terdiri daripada 12 inci, dan satu ela terdiri daripada tiga kaki.

Dari segi sejarah, “kaki” adalah sebahagian daripada banyak sistem unit tempatan, termasuk sistem Yunani, Rom, Cina, Perancis dan Inggeris.

Panjangnya berbeza-beza dari negara ke negara, dari bandar ke bandar, dan kadang-kadang dari perdagangan ke perdagangan. Amerika Syarikat ialah satu-satunya negara perindustrian yang menggunakan unit kaki antarabangsa berbanding meter dalam aktiviti komersial, kejuruteraan dan piawaiannya.

Unit “kaki” diiktiraf secara sah di United Kingdom; papan tanda jalan mesti menggunakan unit imperial (namun, jarak pada papan tanda jalan sentiasa ditanda dalam batu atau ela, bukan kaki), manakala penggunaannya meluas di kalangan orang awam British sebagai ukuran ketinggian.

 

SIMBOL UKURAN UNIT KAKI

Simbol inci & kaki adalah seperti berikut:

 

1 KAKI BERAPA METER?

Kepada anda yang mempunyai persoalan 1 kaki bersamaan beberapa meter (m), berikut adalah merupakan jawapannnya:

  • 1 kaki adalah bersamaan dengan 0.3048 meter.

 

MACAM MANA PENENTUAN 1 KAKI KEPADA METER?

Pada tahun 1959 perjanjian untuk ela dan paun (antara Syarikat Amerika dan negara-negara Komanwel) ditakrifkan bahawa satu ela tepat 0.9144 meter, yang seterusnya ditakrifkan bahawa satu kaki tepat 0.3048 meter.

 

CARA PENGGIRAAN KAKI KEPADA METER

Setelah anda mengetahui bahawa 1 kaki adalah bersamaan dengan 0.3048 meter, anda hanya perlu mendarabkan nombor tersebut seperrti berikut:

  • Contoh 10 kaki
  • 10 kaki x 0.3048m = 3.048 meter

 

1 METER BERAPA KAKI?

Bagi penentuan penukaran dari 1 meter kepada kaki biasanya digenabkan menjadi 3.3 kaki. Tetapi bacaan yang tepat untuk 1 meter bersamaan dengan 3.28084 kaki

  • 1meter=3.28 kaki

 

KALKULATOR ONLINE

Bagi memudahkan urusan penukaran unit ukuran ini, anda juga boleh meenggunakan pekhidmatan kalkulator online. Berikut adalah merupakan antara kalkulator online yang boleh anda cuba iaitu:

 

ARTIKEL LAIN:

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *