CARA DAFTAR WISE SABAH (Register Ibu Tunggal)

CARA DAFTAR WISE SABAH (Register Ibu Tunggal)

 

Kepada ibu tunggal yang berada di Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah telah memperkenalkan satu laman web yang dikenali sebagai Wise Sabah untuk didaftakan status anda sebagai ibu tunggal.

Bagaimana cara untuk daftar WiseSabah? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU WISE SABAH

Wise Sabah merupakan satu laman web bertujuan untuk pengumpulan data wanita dan ibu tunggal di negeri ini Sabah sahaja. Untuk makluman, BUKAN untuk Permohonan Bantuan Sabah Prihatin atau apa-apa permohonan bantuan lain

 

KATAGORI IBU TUNGGAL

Berikut adalah merupakan katagori ibu tunggal iaitu:

  • Balu (kematian suami)
  • Penceraian
  • Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah
  • Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat
  • Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja)

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut dokumen sokongan yang anda perlu sediakan terlebih dahulu:

  • Balu (kematian suami) – Sijil Mati Suami dan Sijil Kahwin / Sijil Lahir Anak
  • Penceraian – Sijil Penceraian
  • Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah – Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah
  • Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat – Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah dan Sijil Lahir Anak / Surat Pengangkatan Anak
  • Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja) – Sijil Kahwin dan Surat Akuan Suami Sakit uzur daripada Hospital Kerajaan

NOTA: Dokumen sokongan bergantung kepada jenis katagori ibu tunggal

 

CARA DAFTAR WISE SABAH

Sekiranya anda katagori salah satu ibu tunggal, berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Layari pautan rasmi WiseSabah: https://wise.sabah.gov.my/
  2. Klik pada bahagian Daftar
  3. Masukkan butiran yang diperlukan:
    • No Kad Pengenalan
    • Nama Penuh
    • Alamat Email
  4. Setelah lengkap klik pada Daftar.
  5. Lengkapkan segalan maklumat yang diperlukan
  6. Muat naik dokumen seperti senarai di atas
  7. Selesai

Nota:

  • Pendaftaran tanpa dokumen sokongan tidak akan diproses.
  • Sila muat naik lampiran No. Kad Pengenalan Ibu Tunggal (Muka depan dan belakang) dan dokumen sokongan kategori Ibu Tunggal yang telah dinyatakan di dalam sistem.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai WiseSabah, anda boleh layari pautan rasmi Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah di pautan https://wanita.sabah.gov.my/content/pendaftaran-ibu-tunggal

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *