Program Pinjaman Pelajaran MARA 2024
Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini membuka pintu kepada pelajar cemerlang untuk menyertai Program Universiti Terbaik Dunia (WTU) 2024. Program ini menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada mereka yang bercita-cita melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka luar negara.
Apa itu World’s Top Universities (WTU)?
World’s Top Universities (WTU) merupakan inisiatif pinjaman pelajaran yang diselenggarakan di bawah MARA. Ia bertujuan memastikan generasi akan datang dilengkapi dengan kemahiran profesional yang diperlukan untuk menyumbang kepada ekonomi negara, sekaligus menambah jumlah tenaga kerja berdaya saing tinggi di arena global.
Keistimewaan Pinjaman Boleh Ubah
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) membolehkan jumlah pinjaman pelajaran yang diterima untuk dikurangkan berdasarkan prestasi akademik pelajar selepas tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan oleh MARA.
Syarat Kelayakan
Untuk memohon, calon perlu mematuhi syarat kelayakan umum dan khusus yang telah ditetapkan:
Syarat Umum:
- Pemohon atau salah seorang ibu atau bapa adalah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Usia pemohon tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2024.
- Tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan dari penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama.
- Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak muflis.
- Tidak disenaraikan dalam senarai hitam MARA atau terlibat dalam tindakan undang-undang MARA.
- Memiliki kesihatan yang baik tanpa penyakit kronik yang menghalang pengajian.
Syarat Khusus:
- Memiliki surat tawaran pengajian untuk tahun 2024.
- Melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 12 bulan.
- Memenuhi kelayakan akademik yang ditetapkan untuk kursus yang dipilih.
- Menunjukkan status sosioekonomi keluarga dengan pendapatan tidak melebihi RM600,000 setahun.
- Memiliki kebolehan dalam bahasa mengikut spesifikasi kursus tertentu seperti IELTS, TOEFL, atau SAT.
- Mengikuti pengajian sepenuh masa yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau badan profesional yang relevan.
Permohonan WTU MARA 2024
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MyEduloan di laman web MARA mulai 15 Julai 2024 hingga 29 Julai 2024. Calon perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Panduan Permohonan.
Proses Penilaian dan Keputusan
Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan diproses untuk disenarai pendek bagi sesi temuduga atau ujian kelayakan. Keputusan akhir akan diumumkan melalui e-mel atau SMS kepada pemohon.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai WTU MARA 2024, sila layari laman web MARA atau hubungi melalui e-mel [email protected] untuk pertanyaan berkaitan program, dan [email protected] untuk bantuan teknikal semasa permohonan.
Sumber: Laman Web MARA
Artikel Lain
Semakan Permohonan Kolej Profesional MARA KPM