BAGAIMANAKAH CARA CHECK PANGKAT JURURAWAT (KKM)?
Pada kebiasaannya semasa mengunjungi Hospital atau klinik dibawah kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semestinya anda akan berurusan dengan Jururawat. Mesti terdapat persoalan bermain difikiran anda apakah pangkah yag terdapat pada setiap jururawat yang mempunyai perbezaan warna. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai senarai pangkat jururawat di KKM, semoga membantu.
PROFESYEN JURURAWAT
Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.
DESKRIPSI TUGAS JURURAWAT
Berikut adalah merupakan deskripsi tugas asas yang ditetapkan oleh SPA iaitu:
- Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
- Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
- Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
- Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
- Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
- Membuat pesanan bekalan peralatan.
- Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
KADAR GAJI JURURAWAT
Berikut adalah merupakan kadar gaji permulaan bagi jawatan Jururawat di KKM mengikut Gred iaitu:
GRED | GAJI PERMULAAN (RM) |
U48 | 5211.00 |
U44 | 3611.00 |
U42 | 2429.00 |
U41 | 2429.00 |
U40 | 5192.00 |
U38 | 4418.00 |
U36 | 3590.00 |
U32 | 2331.00 |
U29 | 1797.00 |
U28 | 2728.00 |
U26 | 2599.00 |
U24 | 2356.00 |
U19 | 1360.00 |
* Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
JENIS SENARAI ELAUN TETAP JURURAWAT KKM MENGIKUT PANGKAT
Berikut adalah merupakan jenis elaun tetap bagi jururawat iaitu:
- Elaun tetap Khidmat Awam (Bagi Gred 19 – 42)
- Elaun tetap keraian (Bagi Gred 42 dan ke atas)
- Imbuhan Tetap Perumahan
- Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (15% Bagi Gred 40 ke bawah, 5% bagi Gred 41 ke atas)
SENARAI PANGKAT JURURAWAT (KKM)
Berikut adalah merupakan senarai pangkat jururawat di bawah KKM iaitu:
Penyelia Jururawat |
|
Ketua Jururawat |
|
Jururawat terlatih (Perempuan) |
|
Jururawat terlatih (Lelaki) |
|
Jururawat Pergigian |
|
Jururawat Masyarakat |
|
Pembantu Perawatan Kesihatan |
|
ARTIKEL LAIN: