Bagaimanakah Cara Apply Balance Transfer Credit Card Maybank?
Seperti namanya, pelan transfer baki membolehkan anda memindahkan baki tertunggak dari satu kad kredit ke kad kredit lain – dan membayar mereka secara ansuran pada kadar faedah yang rendah. Terkadang, ia boleh jadi pada kadar faedah 0% – situasi yang menguntungkan pemegang kad.Berikut adalah tawaran Kempen Balance Transfer Credit Card Maybank:
Tawaran Kempen
- Tempoh Kempen: 22 April 2024 hingga 31 Julai 2024
- Faedah Tawaran:
- Pemindahan baki dari kredit kad bank lain ke Maybank Balance Transfer/-i dengan kadar faedah 0% setahun selama 12 bulan.
- Caj pengurusan atau faedah 0%.
- Caj upfront satu kali akan ditangguhkan.
Terma dan Syarat
- Kadar Faedah/Pengurusan:
- 0% setahun
- Caj Upfront Satu Kali:
- Dispensasi
- Tempoh Bayaran:
- 12 bulan
- Jumlah Minimum:
- RM1,000
- Jumlah Maksimum:
- RM50,000 (bergantung kepada 90% had kredit yang tersedia)
Catatan Penting
- Dispensasi Caj Upfront:
- Caj upfront satu kali yang biasanya 3% dari jumlah yang diluluskan akan ditangguhkan semasa tempoh kempen.
- Permohonan Pemindahan Baki:
- Permohonan Pemindahan Baki perlu diluluskan dalam tempoh kempen.
Permohonan Balance Transfer Credit Card Maybank
- Permohonan Pemindahan Baki/-i:
- Semua permohonan Pemindahan Baki/-i perlu dibuat sebelum tarikh penyata kitaran bil kad kredit anda! Anda boleh menyemak tarikh penyata anda dengan mudah melalui aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.
Pastikan untuk menyemak terma-terma lengkap dan syarat-syarat untuk memastikan kelayakan anda sebelum membuat permohonan. Dapatkan manfaat daripada tawaran istimewa ini dan atur kewangan anda dengan lebih berkesan bersama Maybank.
Cara Apply Balance Transfer Credit Card Maybank Guna MAE
Untuk memohon Balance Transfer menggunakan Maybank MAE:
- Klik pada menu ‘Account’.
- Pilih ‘Cards’.
- Pilih kad kredit dari senarai yang anda ingin lakukan balance transfer.
- Klik pada pilihan ‘Balance Transfer’.
- Tekan ‘Get Started’.
- Pilih pelan yang sesuai untuk balance transfer anda.
- Pilih hutang dari kad kredit bank yang ingin anda selesaikan.
- Pilih jenis kad yang anda ingin transfer baki.
- Masukkan nombor kad kredit bank yang hendak anda selesaikan.
- Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan dan tekan ‘Continue’.
- Sahkan butiran anda dan tekan ‘Continue’.
- Klik ‘Confirm’.
- Lakukan proses Approved Secure2u jika diperlukan dan tunggu proses selesai.
Artikel Lain
Salary Financing Maybank(Apply Syarat Kelebihan)