CARA BUAT REPORT POLIS ONLINE(Laporan ereporting.rmp.gov.my)

Utama / REPORT POLIS ONLINE / CARA BUAT REPORT POLIS ONLINE(Laporan ereporting.rmp.gov.my)

CARA BUAT REPORT POLIS ONLINE(Laporan ereporting.rmp.gov.my)

 

Boleh ke buat report polis secara online? Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan kemudahan kepada orang awam membuat laporan polis secara online melalui internet.

Portal ini disediakan untuk mengajar cara buat laporan polis.Oleh itu,kemudahan ini disediakan untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang terkait dengan jenayah.

Ketahui juga CARA DAFTAR SSO PDRM ONLINE (Semakan Check Saman Polis Trafik)

 

CARA BUAT REPORT POLIS ONLINE(Laporan Polis)

Untuk cara buat laporan polis online, pertama sekali, anda hendaklah pergi ke potal e-reporting . Untuk daftar e-reporting, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu pada pautan Daftar Pengguna .

REPORT 1

 

Selepas berjaya mendaftar, anda boleh mula mengakses laman e-reporting dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Selepas itu, satu kotak dialog akan dipaparkan seperti rajah di bawah yang memerlukan anda menanda pada 2 kotak.

Ia adalah sebagai pengesahan bahawa anda adalah berumur 18 tahun dan ke atas serta laporan yang akan anda buat tidak melibatkan unsur jenayah. Selepas itu, klik pada butang Sambung.

REPORT 2

Kemudian, satu lagi kotak dialog pilihan terpapar sebelum anda boleh membuat laporan polis. Untuk pilihan ini, anda tidak boleh menanda pada salah satu pilihan dalam kotak merah seperti yang ditanda pada rajah di bawah.

BUAT REPORT POLIS ONLINE

Ini kerana pilihan kotak itu melibatkan laporan berunsur jenayah atau memerlukan siasatan lanjut oleh polis. Portal e-reporting hanya membenarkan laporan yang bukan berunsur jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh polis seperti laporan hilang atau tercicir kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit atau kad ATM, hilang telefon bimbit, komputer riba, cukai jalan dan kes pembantu rumah lari dari majikan.

REPORT 3

Selepas selesai menanda bahagian ini, klik pada butang OK.

Selesai menjawab dan menanda soalan-soalan awal itu, barulah anda dapat mengakses laman utama portal e-reporting. Laman muka pertama e-reporting memaparkan Butiran Peribadi iaitu maklumat peribadi anda yang telah dimasukkan semasa anda mendaftar.

Untuk memulakan laporan, klik pada butang Seterusnya.

REPORT 4

Butang Seterusnya akan membawa anda ke laman muka Butiran Kejadian.

REPORT 5

Di sini anda boleh memasukkan butiran lokasi kejadian termasuklah lokasi, masa dan tarikh yang anda percayai berlakunya keciciran Kad Pengenalan anda.

 

JENIS LAPORAN POLIS DALAM e-REPORTING

Jenis laporan polis yang boleh dibuat melalui sistem ini adalah seperti berikut:

  • Hilang/tercicir kad pengenalan.
  • Hilang/tercicir lesen memandu.
  • Hilang/tercicir kad kredit/ATM.
  • Hilang telefon bimbit.
  • Hilang komputer riba (laptop).
  • Hilang cukai jalan.
  • Pembantu rumah lari-Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
    Kehilangan kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

 

CARA BUAT LAPORAN POLIS MELALUI e-REPORTING

Penggunaan sistem ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx
  2. Klik ‘Daftar Pengguna’ dan isi maklumat yang diperlukan diikuti dengan butang ‘Daftar.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Login.’
  4. Semak butiran pengguna.
  5. Masukkan butiran kejadian.
  6. Masukkan keterangan kejadian.
  7. Hantar butiran laporan tersebut.
  8. Cetak dan pengguna akan menerima salinan laporan tersebut menerusi email.
  9. Bawa laporan polis tersebut ke agensi yang berkaitan.

 

 

99 Comments

    • Pembuli emosi, mental dan penderaan fizikal kene dtg balai utk buat laporan.. dikatakan mereka yg buat jenayah ni.. dalam akta undang2 malaysia takde lagi hukuman untuk nuat tangkapan pada pesalah macam melainkan mangsa memfailkan report untuk perbuatan mereka cth biasanya pembuli emosi ni suka bercakap ungkit waktu lalu kita kan.. bermakna kita boleh memfailkan tuntutan hukum dengan kompoun atas kesalahan menjatuhkan imej mangsa dikhalayak ramai..dan ada pesalah pembuli emosi .embabitkan org lain hingga mendatangkan kecederaan fizikal pada sasaran.. mangsa boleh menuntut hukuman kompoun dan kanun keseksaan pada pembuli emosi kerana menyebabkan orang lain mendatangkan cedera fizikal pd mangsa… dan tuntutan hukum kanun keseksaan bagi penderaan fizikal.. lepas tut minta perlindungan keselamatan dengan jabatan hal ehwal wanita dan jkm juga jika mangsa ialah wanita dan kanak-kanak ..

    • Saya nak beli kereta. Baru. Saya dah daftar nama mohd firdaus bin mohd sukri. DDY5580.saya nak lamborghini saya nak buat semua monyet. Terlompat po monkey. Saya pilih colour. Biru lamborghini gallardo. Kunci ia tak bagi menate. Putri usus goreng gendut. Bila berhari suruh polis tangkap azreen. Khareez. Gari tangan kepala botak. Cing. 013-96545695419.09-7191919.nowskrgla.

  1. Macam Mana untuk buat cover report …suami kaki dadah &pukul…Saya nk buat report tapi bila dekat smpai balai polis…Saya x sampai hati n berat sngt

    • Saya Syamsul anuar bin musa.. nak buat laporan… Dekat tempat rumah saya ni… Selalu sangat ada budak² melepak minum air ketum… Dekat area port Klang… Taman kem.. E 1-1 pelabuhan Klang…

    • Saya harap puan dah buat report sebab tak ada wanita dalam dunia yang layak diperlakukan sebegini oleh suami yang sepatutnya bimbing kita 🙁

  2. Selamat petang.. boleh buat laporan polis terhadap tindakan scammer terhadap sy.. ??? Dari semalam lagi ..dia paksa sy untuk buat loan duit… Dah sy bagi duit prosedur untuk kerajaan terhadap lesen company dia … Yg dia bagi… ??? ..dia bagi alasan lg yang nama,ic sy tak cukup kuat .. dia minta lg produser untuk kerajaan lg sebanyak Rm1950… Sy xnak bagi dia… Pastu dia paksa sy bayar juga sebab sy punya loan dah approve dia ckp…??? Tapi wang loan belum sampai2 lagi kat tangan Sy…. Sy nak cancel … Dia kata dia dah approve… Sy minta wang tu … Dia kata nak Rm1950 tu first… Boleh ke mana-mana polis … Boleh bantu saya settle kn kes ini… terima kasih

    • Report je terus,dah nampak sangat scam.Pinjaman yang tulen tidak akan minta sepuluh sen pun untuk apa jua tujuan.Kalau ada unsur ancaman secara bertulis atau lisan, bagitau polis sekali,selain kena 420KK bagi dia kena 503/506KK baru tahu

      • Hi, situasi sya mcmni,
        saya ad buat loan, but then org tu minta duit pndahuluan, tpi sya xbagi,, sya ckp trus cancel loan, thenn sya block org tu, esoknya kwn dia text sya kata sya biadap sbb block trus and dia ckp dia akn hntr detail sya dkt ah long bagi ah long cri dkt tmpt krja.. so mcmni prlukan sya buat report polis trus ? Sebb duit pun xmsuk dlm acc, cuma personal detail sya tu ad hntr dkt drg, sya tkut drg guna untk bnda bukan2..

  3. Abaikan saja chat dia last nya dia akan berhenti sendiri..saya pernah kena dengan scam macam ni..mula dia minta 300.lepas tu minta lagi 1k..saya pun jawab,kalau saya ada duit sebanyak tu saya takkan buat loan ..dan saya kata nak cancel je.tpi dia ckap loan saya dah dapat ..saya jawab balik..awak ambiklah 1k tu dari loan saya 5k tu..lebihnya awak bank ke acc saya..dia jawab tak boleh,ni mesti pakai duit awak juga..saya jawab balik,awak ni nak scam saya ke?..apa lagi dia tunjuk bukti gmbar org yg dah pernah berjaya buat loan….mulai dari hari tu saya abaikan je chat dia..adalah dalam seminggu saya tengok tanpa balas chat..last nye dia bosan

    • saye kene benda yang same. ade scammer ugut nak viralkan video saye di facebook, instagram, dan telegram. die dah mintak duit dengan saye hampir RM6000. Saye dah bayar semue yang die nak tapi die masih mengugut. tolong saya. saya masih student. saya tak tau nak cari duit dekat mane. apa tindakan yang patut saye buat ?

      • Sya prnh terkena.vd call bogel.Dia ugut sya.sbb dia dh dpt Snap gmbar muka sya.tpi dlm masa yg sama.sya dh bukan record skrin.dan sya tgu.masa dia ugut sya.sya rasa mrh sya.sya rasa,sya lebih gila n tak waras.tpi sya buat mcm org btl2 tak waras.n ugut dibalik.krna sya ada video direcord.sya ucap terima kasih.dan sya bagitau dia.sya dh mampu buat duit dgn modal free dri record tue.sebar di dlm lawan web bokep xhamster.msti byk org knl lawan web tue kan.bru 4 minit berlalu.slalu sya sebar.dia mrh .dan sumpah sya.end last.sya tak sempat bls.krna nom wsp sya di terus block.

      • saya pon sama.. luluh sangat hati sebab banyak amount tu.. takde semangat sampai tekak pahit berhari hari.. SAYA PON STUDENT DAN KENA SCAM ORANG MENYAMAR KERJA LAZADA AMOUNT 8k.. saya sedih sangat sebab pinjam kawan then parents saya yang ganti…

  4. Saya Nk Buat Report Pasal Scam Jual Diamond Gmes Online

    Sya Dh Bnyk kli kna Scam

    Nombor Scam : 60 11-2688 1767

    Bukti Chat Semua Sya Ad

  5. Tuan,saya kehilangan kad pengenalan pada 16hb December 2021.saya telah pergi ke balai polis berhampiran tetapi pegawai bertugas menyuruh saya pulang ke rumah dan gunakan sistem e-reporting.masalahnya saya telah mencuba berkali2 tapi tidak berjaya.

    • Puan, boleh saya tahu kesudahan isu puan? Sbb saya nk buat laporan online pon tak lepas, bahagian “Balai repot polis dihantar” tu xde pilihan untuk dipilih pon, tp bahagian tu madotori. haishh…

  6. Assalamualaikum, baru2 ni sye jual airpods pro dri apps mudah.my dan dpt respond dri seller yg sye xtau pon dye scammer…. mse nk buat payment tu sye sruh bayar mcm duit tax dri bank lain lepastu after h+dh bayar pnyer bayar sye msih agy xdpt pulangan wang sperti yg dijanjikan……even apps mudah.my pon sye dh xpercaya sbb cust service mudah.my smpai chat sye dkt WA dan dye kata after sye buat last payment bernilai RM200 sye dpt pulangan balik sbnyak RM1260 tp syg duit sye msih xdpt dan smpaikan no tel sye telah diberi kepada captain james flair… berikut yg dikatakan dri mudah.my jawatan tersebut adalah srg FBI dye ditugaskan utk mnyelesaikan pelepasan wang sye…. tp dye sye dpt msg melalui gmail dri SCOTIABANK utk bayar lagy RM440 dimana sye dh kesentukan wang dn xbleh nk bayar jumlah sebanyak itu…. sampai sekarang wang sye sebanyak RM2K tergantung mcm tu…. Harap Tuan/Puan memberi kerjasama utk bantu sye…. jika saya bernasib baik mngkin wang sye akn dpt smula wang sye sbnyak RM2k…..xkot scammer sekarang….

  7. I nak report polis . Nombor di Pulau Pinang ( 012-5721871 ) ialah pencuri selalu guna bomoh Africa mahu kasih Agong mati dan kasih orang kaya mati mahu angkat dia orang punya rumah dan curi dia orang punya thumb print untuk membikin document jadi orang punya rumah bagi nama dia .

  8. Dalam tuan,sy nak buat report ugutan…ada ugut Sy sebar gmbr saya d media sosial,smpi skrg dia sllu ugut Sy..klmrn dia cht sy..ikut dia g hotel…sy takut tuan..dia prnh wrning sy..😭..klu sy x ikut ckp dia ,dia up gmbr sy…😭😭..apa perlu sy buat..

  9. Ada org Daripada FB ambil gambar saya Dan hantar kenalan dlm FB friends Dan membuat hasutan dan kenyataan Yang membimbangkan . Saya dah Telefon suruhanjaya telecommunikasi dan tak Boleh buat apa2 sebab Fb international company . Dah report kat FB tak jugak buat apa2 . Macam-mana nak handle and report org ini

  10. Boleh tak buat laporan pasal duit kene curi dekat bank. Habis duit kene amik dengan scammer. Maxis line punye😢

  11. Assalamualaikum…saya nak buat aduan …petang semalam Selasa=07/03/2022…suami saya terima panggilan yang dia tidak simpan nombor berkenaan…Kemudian anak yang angkat panggilan itu di beri nya pada saya untuk menjawab…Orang yang telefon itu seorang lelaki bercakap dia adalah peguam …dia sebut nama suami dan no ic atas nama pembelian motor di sebuah kedai serta nama bapa sedara suami juga di sebut nama penuh juga no ic…tetapi suami tidak tahu siapa punya motor (MBB8609)…kata nya nk tarik motor sebab tak bayar..atau jika tidak jelas kan ..lelaki itu berckp akan hantar 2 orang untuk datang berjumpa dengan suami saya…jika tidak akan di bawa nya suami ke balai polis…pendek kan cerita ini no telefon lelaki tersebut 011-60840723 dan lelaki itu menyuruh suami selesai kan hal berkenaan motor tersebut dibernya no fone lain iaitu 017-4073417…Di harap pihak berkuasa PDRM dapat menyelesaikan hal2 tersebut…pagi ini pun suami saya dapat panggilan no lain iaitu 06-2250604 ..harapan saya supaya pihak berkuasa membanteras scammer2 yang berleluasa di Malaysia ini…Sekian,Terima Kasih…

  12. Boleh ke nak buat report psl J&T ? Rasa2 ramai dah terkena dgn J&T. Ribu rnggit orang rugi kalau accumulate semua. Claim apa pun ckp kosong je j&t vavi

  13. Macam mana report scammer,saya beli scooter electric tapi ni scammer asyik mau saya bank in duit sudah 4ribu ,dia cakap boleh refund pun mau kena duit jugak,saya malas tengok

  14. Assalamualikum / salam sejahtera Tuan,
    Saya hendak buat report tentang kekasaran dalam rumahtangga. suami saya pukul saya dan halau saya dr rumah.

  15. Untuk syarikat penghantar barang J&T yg mengambil barang kita (cukup dengan gambar barang sya dan tangan si penghantar dan membuat ‘delivered’ di aplikasi shoppee’ tapi barang sya tak terima dan pembayaran dah diterima oleh si penjual.

  16. Macam mana nak report scammer barang kemas? Saya dah buat pembayaran, tapi selepas pembayaran dibuat tiada update dan saya call kepada organisasi tersebut, katanya orang tersebut scammers

  17. Laporan semasa;
    1)Saya CCID FAizAl bin Daud,dan no badan 135375,
    ,Seperti mana yg di ambil atau siasatan yg telah Sya. Buat dan keilmuan yg sahabat saya diri Mekah dan meser UTK menjejak dan mengenal pasti dan kes ini benar2 berlaku dan apa yg saya dapati di lokasi ladang Fortun sbd Bhd.parit yg menuju ke sungai,UTK bahagian Marudi.keterangan ini adalah benar dan dgn bukti yg nyata saya perolehi dari jarak 500m.sya mohon UTK unit PDRM atau jpm mahu pun rela dan pihak jabatan agama Islam.utk pembersihan dan memindah hasat ya telah di tukar menjadi tabah dan akar mahu pun batu.operasi akan bergerak serta merta,maklumat ibu pejabat polis di raja Malaysia (PDRM) dan agensi terlibat.terima kasih laporan di buat CCID Faizal 135375
    2)Saya faizal bin Daud,melaporkan bahawa adik saya yg bernama
    Normahirah Binti Daud dan anak nya, telah gagal di hubungi hampir 3 bulan.selepas saja tamat persandingan pengantin anak buah sya.kata2 terakhir beliau.balik Miri kerja,dan apa bila di hubungi dan ke tempat kediaman beliau tak ada.dah perbagai cara UTK kami hubungi beliau namun gagal.di sini saya minta semua unit bertindak UTK pergi melihat lokasi seperti mana yg telah di katakan dlm laporan petama.

  18. saya dapat call dari no 0137196577 dia kata dari celcom dan minta no otp yang dia send pada saya…

  19. Su Muhammad Faiz sy telah ditipu lesen memandu kenderaan online oleh itu mereka menawar kan pembayaran sebanyak rm1650 mulai itu sy pecaya selepas itu mereka memberi tahu sy mengatakan pihak jpj perlu membuat pembayaran sebanyak rm1530 atas alasan sekatan untuk pelepasan untuk mengeluarkan lesen kenderaan terbabit sy mohon jasa tuan agar dapat membenteras kes ini tuan ,puan agar tidak akan kena di luar sana

  20. Pihak polis kena segera megambil tindakan berkaitan scamer,,dah berlua luasa. Saya kena..Namanya nurul najiha..Mintak bantuan anak sakit ada di hospital. kesian dan simpati saya bagi lah..Lepas tu melarat , jadi abang gambar dan kata kata lucah..saya layan saja dah tahu scmer..Yg jahat nya mana gambar kita dan kata dia scn nak bagi isteri..saya blok fb dan no hp..2 minggu lepas tu ada nama yang sama nak kawan ..tunjuk barang baik..saya dah agak ..saya layan je..baru saya blok fb dan hp..

  21. Boleh ke klau saya nak buat report polis atas lelaki taknak tangungjawab dia dah janji tapi dia berdiam diri, bt bodo lepastu ibu bapa dia dah setuju untuk bertangungjawab tapi bila dah lepas bersalin dorang lari dari apa yg dorang janji ,saya tanya ni sbb saya btul ii taktauu sama ada blh ke tidak saya buat report saya nak ambik kepastian dulu takmau bertindak melulu

  22. saye kene benda yang same. ade scammer ugut nak viralkan video saye di facebook, instagram, dan telegram. die dah mintak duit dengan saye hampir RM6000. Saye dah bayar semue yang die nak tapi die masih mengugut. tolong saya. saya masih student. saya tak tau nak cari duit dekat mane. apa tindakan yang patut saye buat ?

  23. Assalam,bolehkah majikan(syarikat perladangan) buat laporan online terhadap pekerja yang melarikan diri dari premis,untuk tujuan pemabatalan permit PLKS.

  24. sy kne scam part time shopee..mula2 tu ok dpt komisyen..sehari 100..tp the next step kne bank in utk abeskn task…ada sekali tu trsalah step detail utk continue…bg sy salah kecik je, tp dia mrh² sy…ugut sy utk byar sejumlah wang yg byk…dia pksa sy byar utk dptkn balik acc yg kne freeze sbb kesalahan salah key in tu..then ugut nk jumpa lah, da ada gmbr lah…pstu ckp sy kejam buat kje mcm ni…& doa org sekeliling sy pn kejam ngn sy jgak..pscyho gila 😭..trgerak nk check acc no tu kt ccis pdrm ni…mmg scammer…rs xsdp hti sbb kenapa dia mcm ni…sy rugi RM980, nsib baik hutang ngn adk sdri..& tak trgerak hati nk byar utk buka freeze acc RM2,885 tu..sy xbg detail ic..tp nm penuh ngn acc bank je lah..adk suggest buat report polis sbb no acc tu scam

  25. boleh buat report tak pasal jiran yang tak reti hormat jiran yang pasang lagu kuat kuat sampai takboleh nk tdo??saya dah geram sngt ni

  26. saya ada buat e-reporting online..
    tp lupa nak save..
    macam mana saya nk dapatkn balik report saya?
    sbb saya lupa nombor report..

  27. kalau kesalahan lalu lintas perlu lapor kepada pihak mana? cth rakaman video kenderaan tidak mematuhi peraturan jalan raya

  28. Boleh ke buat laporan polis if ada saudara guna alamat kita untuk segala urusan. Saudara dah tinggal dekat tempat lain 20 tahun lebih tapi degil tak mau tukar alamat dekat IC.. Pastu segala urusan bagi alamat kita.. Bill phone tertunggak, surat saman, segala surat dihantar ke rumah kita.. Lagi teruk urusan sewa beli water filter dibagi alamat kita and sdh x mampu dibayar.. Kita takut nanti wakil datang ke rumah kita.. Boleh ke buat laporan polis untuk penyalahgunaan alamat ?

  29. saya dah daftar tapi tak boleh akses..bagaimane ye?? bile tekan lupa kata laluan sampai kesudah die tak ada hantar ape2 email pun. mohon bantuan

  30. Kalau passport hilang/tercicir hilang dekat tempat kerja,tapi sudah 2 tahun sudah habis kontrek baru sekarang terfikir nak cari passport,sebab mahu kerja offshore,dapatkah buat laporan polis,

  31. Salam nak tanya. Saya ada beli kereta second. Duit dah bayar semua cash. Tapi baru tahu kereta tu ada prob dngn bank (hutang bank) lgi satu bila saya minta geran tak bagi2. Jadi saya pulang kan balik kereta tu. Tapi saya tak dpt semula duit saya. Owner kereta mcam2 alasan saya minta duit saya smula. Kereta dia dh dpt tapi duit saya tak pulang2. Boleh ke saya report untuk dptkan semula duit saya. Saya dah serabut, perlukan duit tu. Harap ada yg mmbantu. 😭

  32. Saya mintak kerja di hotel dan berkawan dengan gadis remaja.saya jugak mintak kahwin sunda dengan perempuan comel.saya jugak mintak sebuah laptop untuk main game dan kerja online.saya mintak bagi noralfarina Ishak rm1000duit saya insuran bayar hutang saya tukar badan dia.bagi noralfarina Ishak sebuah rokok vape harga rm25.dan lindungi noralfarina ishak.saya mintak lesen kerja saya dibuat semula.saya mintak saya dapat jalan seorang diri di bandar.saya mintak umur saya mati selepas 1000tahun ic malaysia.alasan saya mahu bersenang.

  33. hi, salam saya ana, nak tanya lah. dekat chat ada orang ni paksa saya terima dia. saya tak nak lepas tu ugut nak post gambar dan chat dekat sosial media pula. macam mana ni. suruh saya report lagi. kes ni macam mana pula

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *