Permohonan Pinjaman Peribadi BSN MyRinggit
Apakah Anda sedang mencari pinjaman peribadi yang sesuai untuk menyelesaikan keperluan penting dalam hidup? BSN MyRinggit mungkin merupakan jawapan yang Anda cari. Ia menawarkan sokongan kewangan yang efisien dan mudah untuk kakitangan sektor awam serta golongan eksekutif profesional di Malaysia.Bagaimanakah cara apply BSN Pinjaman Peribadi?
Pinjaman Peribadi BSN Sektor Awam
BSN MyRinggit dirancang khas untuk membantu kakitangan kerajaan dan organisasi berkaitan kerajaan menguruskan keperluan kewangan mereka dengan lebih cekap. Skim ini menawarkan pelbagai kelebihan termasuk kadar faedah tetap dan proses permohonan yang pantas.
Kadar Faedah:
- Kadar Tetap: Mulai dari 4.60% hingga 5.30%
- Kadar Terapung: KAS + 2.60% hingga KAS + 4.62%
Had Pinjaman: Minimum RM5,000 hingga maksimum RM400,000
Tempoh Pinjaman: Sehingga 10 tahun
Kelayakan:
- Usia antara 18 hingga 60 tahun (tertakluk kepada umur persaraan semasa tempoh pinjaman)
- Pendapatan minimum RM1,500 sebulan
- Kakitangan tetap: Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan
- Kakitangan kontrak: Berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan
Dokumen-Dokumen Diperlukan:
- Salinan kad pengenalan (depan & belakang)
- Surat pengesahan majikan
- Salinan slip gaji 2 bulan terkini
Pinjaman Peribadi BSN MyRinggit (Eksekutif-1) Profesional
Bagi mereka yang terlibat dalam bidang profesional seperti jurutera, doktor, akauntan, dan sektor lain yang serupa, BSN MyRinggit (Eksekutif-1) adalah pilihan yang sesuai. Skim ini menawarkan kadar faedah yang kompetitif dengan pelbagai pilihan had pinjaman berdasarkan pendapatan bulanan.
Kadar Faedah:
- Kadar Tetap: Mulai dari 6.00% hingga 8.50%
- Kadar Terapung: KAS + 5.85%
Had Pinjaman:
- Pendapatan RM3,000 hingga RM5,000: 5x pendapatan kasar bulanan
- RM5,000 hingga RM10,000: 7x pendapatan kasar bulanan
- RM10,000: 10x pendapatan kasar bulanan atau maksimum RM200,000
Tempoh Pinjaman: Minimum 2 tahun hingga maksimum 10 tahun
Kelayakan:
- Usia antara 21 hingga 55 tahun (tertakluk kepada umur persaraan semasa tempoh pinjaman)
- Pendapatan kasar minimum yang berbeza bergantung kepada jenis pekerjaan
- Pemegang akaun BSN GIRO/i
Dokumen-Dokumen Diperlukan:
- Salinan kad pengenalan (depan & belakang)
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata KWSP terkini
- Surat pengesahan majikan atau penyata EA / EC terkini
Permohonan Loan Peribadi BSN
Permohonan Secara Online:
- Layari laman web BSN yang khusus untuk pinjaman peribadi.
- Isi maklumat peribadi dan butiran yang diperlukan.
- Semak semula maklumat yang diisi sebelum menghantar permohonan.
- Klik butang submit dan tunggu untuk maklum balas.
Permohonan di Cawangan:
- Kunjungi cawangan BSN terdekat.
- Bawa salinan dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Dapatkan borang permohonan dari kaunter yang sesuai.
- Isi borang dan lampirkan dokumen yang diperlukan.
- Serahkan borang dan dokumen kepada pegawai BSN untuk diproses.
Artikel Lain
SSP BSN 2024 Semak Keputusan Sijil Simpanan Premium myBSN