Contoh Buli Siber(Cara Buat Aduan)

Apa Itu Buli Siber?

Buli siber merujuk kepada perbuatan mengganggu, mengancam, mengaibkan, mengejek, atau mengugut individu lain melalui teknologi digital seperti Internet, media sosial, aplikasi pesanan segera, atau platform dalam talian yang lain.

Bulisiber boleh berlaku dengan pelbagai cara, antaranya:

  1. Menghantar mesej atau komen yang menyakitkan hati.
  2. Mengancam atau menghina mangsa.
  3. Menyebarkan khabar angin atau fitnah.
  4. Menularkan maklumat peribadi tanpa kebenaran.
  5. Menyamar sebagai orang lain untuk menipu mangsa.
  6. Berkongsi gambar atau video memalukan tanpa persetujuan.

Perbuatan ini memberi kesan negatif yang besar kepada mangsa dan perlu ditangani dengan serius.

Langkah Mengatasi Buli Siber

Buli siber adalah masalah serius yang memerlukan perhatian dan tindakan. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi dan mengelakkan bulisiber:

1. Jangan Melawan atau Hiraukan Pembuli(Buli Siber)

Elakkan untuk melawan balik pembuli secara dalam talian. Mengabaikan mesej gangguan atau meninggalkan bilik sembang boleh membantu mengelakkan situasi menjadi lebih teruk.

2. Minta Bantuan dan Nasihat

Maklumkan kepada orang dewasa yang dipercayai atau pihak berkuasa tentang situasi yang dihadapi. Mereka boleh memberikan nasihat dan tindakan yang sesuai.

3. Beradab dalam Interaksi

Jaga adab dan sopan santun dalam talian. Elakkan mengumpat atau mengkritik orang lain. Sikap positif dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa buli

4. Simpan Bukti

Ambil tangkap layar (screenshot) mesej atau komen yang mengganggu sebagai bukti. Ini penting untuk laporan kepada pihak berkuasa atau tindakan undang-undang.

5. Jaga Kesihatan Mental

Fokus pada aktiviti yang anda gemari dan tumpukan perhatian pada aspek positif dalam hidup. Jangan biarkan bulisiber menjejaskan kesejahteraan emosi anda.

6. Dapatkan Bantuan Pakar

Jika buli siber memberi kesan negatif kepada kesihatan mental, cari bantuan daripada kaunselor atau profesional kesihatan mental.

7. Beritahu Orang Dewasa yang Dipercayai

Kongsikan pengalaman anda dengan ibu bapa, guru, atau orang dewasa lain yang dipercayai. Mereka boleh memberi sokongan dan membantu anda menangani situasi ini.

8. Lindungi Maklumat Peribadi

Elakkan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon, atau kata laluan. Pastikan tetapan privasi di media sosial anda selamat.

9. Laporkan Buli Siber

Gunakan saluran pelaporan yang disediakan oleh platform yang terlibat. Kebanyakan laman sosial mempunyai mekanisme untuk melaporkan isu seperti buli

10. Minta Bantuan SKMM

Untuk isu yang lebih serius, hubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui [email protected]. Jika terdapat ancaman fizikal, laporkan kepada pihak polis.

Ciri-ciri Buli Siber

Buli siber mempunyai enam ciri utama yang membezakannya daripada buli tradisional:

1. Berterusan

Buli siber berlaku sepanjang masa, 24 jam sehari, menyebabkan mangsa sukar untuk mendapatkan perlindungan atau rehat.

2. Kekal

Kandungan negatif yang disebarkan dalam talian sukar dipadamkan dan boleh menghantui mangsa dalam jangka panjang.

3. Sukar untuk Dikenal Pasti

Buli siber biasanya tidak terlihat secara terbuka, menjadikannya sukar untuk dipantau dan dilaporkan oleh mangsa.

4. Kesan Segera dan Meluas

Serangan boleh tersebar dengan cepat dan meluas, memberi kesan yang mendalam kepada mangsa dan meningkatkan rasa malu.

5. Dilakukan secara Berulang

Perbuatan buli dilakukan secara berulang untuk menakutkan dan memalukan mangsa, menyebabkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan mental.

6. Menggunakan Teknologi

Buli menggunakan pelbagai platform digital seperti media sosial, aplikasi pesanan, dan permainan dalam talian, membolehkan pembuli menyembunyikan identiti mereka dan bertindak tanpa rasa takut.

Artikel Lain

GUAMAN PERCUMA(Kes Syariah Penceraian Jenayah Sivil)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *