Bagaimanakah Cara Aktifkan Semula AKPK?
Ramai yang menghadapi situasi ini mungkin disebabkan beberapa faktor.Antaranya ialah gagal membuat bayaran secara berturut-turut dan masalah lain.Persolannya bagaimanakah cara aktifkan semula akaun AKPK?
Maklumat kini di hujung jari. Urusan akaun Pelanggan Program Pengurusan Kredit boleh dibuat terus di portal pelanggan: https://customer.akpk.org.my
Cara Bayar Online AKPK
Jika anda perlu membuat pembayaran kepada AKPK secara online, berikut adalah langkah-langkahnya:
- Log Masuk Akaun AKPK
- Masuk ke dalam akaun AKPK anda melalui laman web rasmi mereka.
- Akses DMP Service
- Selepas log masuk, cari dan klik pada pilihan “DMP Service” atau perkhidmatan pengurusan hutang.
- Pilih Facility Statement
- Seterusnya, klik pada pilihan “Facility Statement” untuk melihat maklumat pembayaran yang diperlukan.
- Pembayaran Melalui FPX
- Untuk membuat pembayaran, pilih kaedah pembayaran menggunakan FPX (Financial Process Exchange) yang disokong oleh bank-bank tempatan.
- Ikut Turutan Langkah
- Ikuti arahan yang diberikan oleh sistem FPX dan lengkapkan transaksi pembayaran anda.
- Simpan Penyata Pembayaran
- Selepas pembayaran selesai, cetak atau simpan penyata pembayaran sebagai bukti transaksi anda.
- Selesai
- Proses pembayaran anda selesai. Pastikan untuk menyimpan bukti pembayaran ini untuk rekod dan rujukan masa depan.
Nota Penting:
- Tiada caj perkhidmatan yang akan dikenakan untuk pembayaran melalui sistem FPX.
- Terdapat had transaksi maksimum sebanyak RM30,000 dalam satu transaksi. Pastikan jumlah pembayaran anda tidak melebihi had ini.
- Sekiranya terdapat sebarang masalah mengenai status transaksi, sila hubungi pihak bank yang anda gunakan untuk bantuan lanjut.
Maklumat Lanjut & Pertayaan
Level 5 & 6, Menara Aras Raya (formerly known as Menara Bumiputera Commerce), Kuala Lumpur, Malaysia
03-2616 7766
akpk.org.my
Artikel Lain