CARA BAYAR BIL AIR ONLINE (MAYBANK2U CIMB CLICKS MYBSN BANK ISLAM JOMPAY)
Di zaman teknologi kini, proses pembayaran bil utiliti kini menjadi lebih mudah. Cara bayar bil air juga kini berubah, anda boleh menggunakan perkhidmatan atas talian untuk membayar bil.
Transaksi atas talian membantu anda membuat pembayaran tanpa perlu berkunjung ke pejabat air. Hanya menggunakan telefon, urusan anda dapat diselesaikan.
Pembayaran secara online mungkin sukar bagi sesetengah orang, namun dengan perkongsian kami ini akan membantu memudahkan proses tersebut.
Cara Bayar Bil Air Secara Online
Pembayaran boleh dilakukan secara online sahaja dan tidak perlu lagi ke kaunter pejabat Air untuk membuat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan internet atau melalui JomPay yang lebih mudah serta menjimatkan masa, wang dan tenaga.
Pastikan telefon pintar mempunyai kemudahan internet, urusan pembayaran bil air anda pastinya dapat diselesaikan.
Terdapat beberapa medium pembayaran atas talian yang boleh anda gunakan. Berikut dikongsikan cara membuat pembayaran bil air :
Bayar Bil Air Online CIMB Clicks
- Buka laman cimbclicks.com.my
- Masukkan username dan password CIMB Clicks Anda.
- Klik Pay & Transfer
- Pilih JomPAY
- Masukkan kod JomPAYdi bahagian To (Enter Biller Code).
- From: Pilih Accountyang mahu Anda gunakan untuk bayar.
- Amount: Sila masukkan jumlah bil yang mesti di bayar.
- Accepting Terms & Conditions: Pilih YES
- Klik Make Payment
- Request TAC
- Selesai
Cara Bayar Bil Air Online BSN
- Log masuk myBSN
- Klik Bill Payment
- Pilih Utilities
- Payee Name, Pilih Air Kelantanatau sesuai kawasan Anda.
- From Account, Pilih account mana yang ingin Anda gunakan untuk bayar.
- Bill Account No, Pilih New Bill Paymentlalu masukkan no account bil air.
- Amount, Masukkan jumlah bill yang mesti di bayar. klik Submit.
- Request TAC.
- Klik Submit, selesai.
Cara Bayar Bil Air Online Maybank2u
- Buka laman Maybank2u.com
- Sila masukkan username dan password Maybank2u.
- Dalam akaun Maybank2u, klik menu Pay Bills.
- Pilih Pay Fromdari akaun yang Anda mahu.
- Paye To: Pilih Payee
- New Payment: Pilih Jabatan Air Sabahatau pilih sesuai kawasan Anda.
- Amount: Masukkan jumlah yang mesti dibayar sesuai dengan bil air.
- Account No: Masukkan no akaun pada bil air Anda.
- Effective Date: Pilih tarikh terkini.
- Klik butang Pay
- Request TAC
- Selesai
Cara Bayar Bil Air Online Bank Islam
- Log masuk Bankislam.biz
- Pilih Pay & Transfer
- Klik Pay
- Pay From: Pilih akaun bank Anda.
- Pay To: Pilih JomPAY
- Biller Code:Biller code ini boleh diperoleh daripada resit bil air Anda. Klik Enter
- Ref-1:Masukkan nombor akaun air Anda.
- Pay Amount:Masukkan jumlah duit yang mesti di bayar.
- Tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions. Klik PAY.
- Klik Requestuntuk dapatkan nombor TAC. Sila cek TAC melalui SMS di telefon bimbit Anda.
- Selesai
Bayar Bil Air JomPAY
- Log masuk ke internet banking Anda melalui komputer, laptop atau telefon.
- Cari opsyen bayaran bil dan cari Logo JomPAY.
- Biller Code (wajib) : 8144
- Ref-1 (wajib): No. Akaun air Anda
- Ref-2 (tidak wajib)
- Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.
Dengan adanya teknologi, dunia ibarat di hujung jari sahaja. Segala urusan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sebuah telefon pintar dengan jaringan internet yang baik. Tanpa perlu membuang masa, pelbagai urusan dapat diselesaikan dalam tempoh tidak sampai lima minit.
ARTIKEL LAIN
BAYAR CUKAI TANAH ONLINE (Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)
bayar bill