Bagaimanakah Cara Bayar Pinjaman TEKUN?
TEKUN Nasional, yang sebelum ini dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional, adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Agensi ini ditubuhkan pada 9 November 1998 dengan tujuan utama untuk menyediakan kemudahan pembiayaan yang mudah dan pantas kepada usahawan bumiputera. Matlamat TEKUN Nasional adalah untuk membantu memulakan serta mengembangkan perniagaan bagi memperkukuh ekonomi usahawan Bumiputera di Malaysia.Bagaimanakah Cara Bayar Pinjaman TEKUN?
Sejak penubuhannya, TEKUN Nasional terus berperanan penting dalam menyokong pertumbuhan dan kelestarian perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Dengan menyediakan perkhidmatan pembiayaan yang mudah dan pantas, TEKUN Nasional memainkan peranan yang signifikan dalam menggalakkan keusahawanan di kalangan komuniti Bumiputera.
Pada masa kini, TEKUN Nasional masih berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan terus berusaha untuk memberi sokongan kepada usahawan tempatan dalam memajukan perniagaan mereka.
Cara Bayar TEKUN Online
Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.
Cara Daftar Akaun TEKUN Nasional
- Layari Sistem TEKUN-Online: Kunjungi laman web TEKUN-Online di https://tekunfin.tekun.gov.my/login
- Klik Butang Daftar Akaun: Pilih opsyen untuk daftar akaun baru.
- Isi Maklumat Diperlukan:
- Nama Penuh (seperti pada Kad Pengenalan)
- No Kad Pengenalan
- No Telefon
- Alamat Email (pastikan alamat email sah)
- Kata Laluan
- Kata Laluan Pengesahan
- Hantar Permohonan: Tekan butang “HANTAR” setelah mengisi semua maklumat yang wajib ditandakan (*).
- Pengesahan Permohonan: Anda akan menerima Pop Up yang menyatakan permohonan telah berjaya dihantar. Klik “OK”.
- Verifikasi Emel: Log masuk ke alamat email yang didaftarkan untuk verifikasi emel dan mengesahkan pendaftaran.
- Selesai: Selepas mengesahkan emel, pendaftaran akaun TEKUN Nasional anda selesai.
Semakan Hutang TEKUN Nasional
Untuk semak hutang TEKUN Nasional, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Laman Web TEKUN-Online: Masuk ke https://tekunfin.tekun.gov.my/login
- Log Masuk: Gunakan ID Pengguna (No Kad Pengenalan) dan Kata Laluan untuk log masuk ke akaun anda.
- Semakan Hutang:
- Setelah log masuk, cari pilihan “Semakan Hutang” atau “Status Pembayaran” dalam menu akaun anda.
- Klik pada pilihan tersebut untuk melihat maklumat berkaitan hutang anda.
- Maklumat Hutang: Anda akan dapat melihat maklumat mengenai jumlah hutang, tarikh bayaran, dan butiran pembayaran lain yang berkaitan.
Isu Berkaitan Tunggakan Bayaran Tekun
Sejumlah 137,520 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mempunyai tunggakan pembiayaan melebihi enam bulan dengan jumlah keseluruhan RM1.1 bilion sehingga Januari 2024.
Artikel Lain
PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL ONLINE(tekunfin.tekun.gov.my)