Apa Itu Sistem STAMPS LHDN?
STAMPS membolehkan pengguna membuat taksiran dan membayar duti setem secara dalam talian, menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH), dan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Penggunaan STAMPS bertujuan untuk mempercepatkan proses pembayaran dan memudahkan akses kepada perkhidmatan LHDN.Bagaimanakah Cara Beli Setem Hasil Lhdn Online?
Pendaftaran Pengguna STAMPS LHDN
Untuk mendaftar sebagai pengguna STAMPS, pengguna perlu mengakses laman web rasmi STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my/stamps/. Selepas pendaftaran diluluskan oleh LHDN, pengguna boleh terus melakukan urusan pentaksiran dan pembayaran duti setem secara dalam talian.
Cara Guna STAMPS Untuk Urusan Pentaksiran & Duti Setem
Walaupun STAMPS adalah sistem dalam talian, individu masih perlu menghadirkan diri ke kaunter LHDN untuk proses setem dokumen. Langkah-langkah penggunaan STAMPS termasuk:
- Daftar Maklumat di STAMPS: Isi maklumat atau dokumen yang ingin di setemkan dalam sistem STAMPS sebelum ke kaunter LHDN.
- Hadiri Kaunter LHDN: Hadir ke kaunter LHDN dengan membawa dokumen asal untuk proses setem dokumen yang telah disiapkan dalam STAMPS.
- Bayaran & Pengeluaran Sijil Setem: Bayar duti setem yang dikenakan dan sijil setem LHDN akan dikeluarkan setelah bayaran diterima.
Maklumat Lanjut Cara Beli Setem Hasil Lhdn Online
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil LHDN yang berdekatan atau melalui emel kepada STAMPS di [email protected].
Artikel Lain
Semakan Keluar Negara(Sebab Disenarai Hitam)