CARA BUAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM(Kadar Bayaran Fi)

CARA BUAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM (Kadar Bayaran Fi Tukar Hak Milik Kenderaan)

Kepada pemilik kenderaan yang ingin menjual kenderaan, seharusnya perlu menukar hak milik kepada pemilik baharu. Tetapi anda dikehendaki untuk membuat pemeriksaan puspakom terlebih dahulu bagi proses tukar hak milik kenderaan. Bagaimana cara proses buat pemeriksaan puspakom terkini? Disini kami kongsikan caranya dengan menggunakan MyPuspakom, semoga membantu.

APA ITU MyPUSPAKOM

MyPUSPAKOM merupakan satu mekanisma untuk membuat temujanji dan bayaran pemeriksaan kenderaan atas talian dengan melayari laman sesawang atau aplikasi mudah alih. Sistem ini bertujuan menyediakan kemudahan membuat temujanji pemeriksaan kenderaan yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta amat mesra pelanggan.

BAYARAN FI TUKAR HAK MILIK

Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik akan dikenakan fi sebanyak RM30.

CARA BUAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM

Untuk membuat pemeriksaan di Puspakom terkini, anda seharusnya menggunakan MyPuspakom. Tetapi bagi kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu dan kemudian membuat temujanji. Berikut adalah merupakan caranya:

Cara Daftar Akaun MyPuspakom 

  1. Layari portal MyPuspakom https://www.mypuspakom.com.my 
  2. Tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;
  3. Kemudian pada paparan Register, anda masukkan:
    • Account Type samaada Company atau Individual.
    • email anda yang sah
    • Password dan sahkan Password tersebut.
  4. Seterusnya adalah Information, masukkan nama dan butiran alamat.
  5. Seterusnya masukkan Required Documents yang diperlukan.(pdf, jpg, png atau bmp)
  6. File yang diperlukan adalah
    • MyKad pemilik
    • Geran kenderaan.
  7. Tekan butang Register setelah anda selesai memuat naik file yang diminta.
  8. Pendaftaran anda selesai.

Cara JanjiTemu Pemeriksaan Puspakom

  1. Log Masuk akaun MyPuspakom anda
  2. Kemudian, pilih TEMUJANJI BARU;
  3. Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan
    • Kategori kenderaan
    • Jenis kenderaan
    • Kelas kegunaan dan sebagainya
  4. Kemudian, pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan adalah tertakluk pada situasi dan keadaan;
  5. Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;
  6. SAHKAN maklumat janji temu anda;
  7. SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet)
  8. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima Slip Pengesahan Temujanji. Anda dikehendaki untuk mencetak slip tersebut

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Pemeriksaan

  1. Dokumen seperti kad pengenalan, geran kereta atau sijil pemilikan kenderaan/vehicle ownership certificate (VOC) asal atau salinan yang telah diperakui;
  2. Slip Pengesahan Janji Temu semasa pemeriksaan.
  3. Sewaktu pemeriksaan, anda perlu mengisi BORANG B5 PUSPAKOM dan tunggu sehingga proses pemeriksaan selesai.

SOALAN LAZIM

Adakah semua kenderaan perlu dibuat pemeriksaan puspakom untuk proses pertukaran hak milik?

  • Menurut prosedur yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan.
  • Namun begitu, pemeriksaan Puspakom ini terkecuali untuk kenderaan motosikal.

Kenapa perlu dibuat pemeriksaan puspakom?

  • Tujuan pemeriksaan bertujuan melindungi pemilik baru kenderaan yang dijual daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung.

Bilakah saya boleh melakukan temujanji melalui MyPUSPAKOM?

  • Temujanji boleh dilakukan seawal 1 bulan dan selewat- lewatnya 12 jam sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki. (Tertakluk kepada slot yang tersedia).

MAKLUMAT LANJUT CARA BUAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM

Untuk maklumat lanjut mengenai Cara Buat Pemeriksaan Puspakom, anda boleh:

  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM: 03-5101 7000
  • e-mel: [email protected]
  • Live Chat di www.mypuspakom.com.my.

ARTIKEL LAIN 

CARA DAFTAR MyPUSPAKOM:REGISTER ONLINE(JANJI TEMU mypuspakom.com.my)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *