Cara Buka Akaun Zest-i Maybank Guna MAE

Apa Itu Zest-i Maybank

Biasanya kita dengar tentang akaun pelaburan menawarkan keuntungan tahunan seperti ASB dan SSPN, tapi tahukah anda bahawa Maybank telah menawarkan akaun pelaburan patuh Syariah yang terbuka kepada semua iaitu Zest-i?

Untuk buka akaun baru ini, hanya perlu mohon melalui aplikasi MAE sahaja!

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya untuk melabur sejak usia muda, syarikat perbankan Maybank Islamic memperkenalkan Zest-i yang patuh Syariah. Pelabur hanya memerlukan deposit awal serendah RM10 untuk permohonan di aplikasi MAE dan RM50 untuk permohonan di laman web Maybank2u.

Kelebihan Akaun Pelaburan Zest-i Maybank

  1. Berpeluang Memenangi Hadiah Sepanjang Tahun
  2. Kadar Keuntungan Indikatif
    • Berdasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan. Keuntungan akan dibayar setiap bulan dan tidak tertakluk kepada jumlah baki atau jumlah pengeluaran.
  3. Pengurusan Akaun Yang Mudah
    • Melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.
    • Akses ATM yang meluas tersedia di lebih 2,900 ATM Maybank dan ATM antarabangsa.
  4. Perkhidmatan Buku Cek
    • Pemegang akaun Zest-i boleh memohon perkhidmatan buku cek (caj buku cek adalah RM7.50/50 muka halaman). Perkhidmatan buku cek tidak tersedia bagi akaun simpanan (Savings).

Senarai Hadiah Pemenang Zest-i Maybank 2024

Berikut adalah jadual untuk pelaburan minimum RM200 dalam Akaun Zest-i dan peluang untuk memenangi hadiah. Sila periksa kriteria Purata Baki Harian (ADB) dan Baki Akhir Bulanan (MEB) untuk hadiah yang anda inginkan seperti yang disenaraikan di bawah:

KategoriHadiahADB Minimum untuk 1 entriMEB Minimum
Bulanan1 x Hadiah UtamaPerodua AtivaRM200
8 x Hadiah KeduaiPhone 15 Pro (256GB)RM200
8 x Hadiah KetigaGarmin Smart Watch Venu 3SRM200
24 x Hadiah KeempatTunai RM1,000 (dikreditkan ke Akaun Zest-i)RM200
24 x Hadiah Sagu HatiTunai RM500 (dikreditkan ke Akaun Zest-i)RM200
100 x Hadiah Early BirdTunai RM100 (dikreditkan ke Akaun Zest-i) – layak untuk pendaftaran melalui aplikasi MAE sahajaRM500
KategoriHadiahADB Minimum untuk 1 entriMEB Minimum
Suku Tahunan1 x Hadiah UtamaProton X70RM300
8 x Hadiah KeduaMacbook Air 13” M2 (256GB)RM300
24 x Hadiah KetigaTunai RM5,000 (dikreditkan ke Akaun Zest-i)RM300
24 x Hadiah Suku TahunanTunai RM1,000 (dikreditkan ke Akaun Zest-i)RM300
4 x Hadiah Sagu HatiBaucar bernilai RM1,000RM300
KategoriHadiahADB Minimum untuk 1 entriMEB Minimum
Tahunan1 x Hadiah UtamaTunai RM1,000,000RM1,000
1 x Hadiah KeduaMIGA-i 1kgRM1,000
5 x Hadiah KetigaMIGA-i 10gmRM1,000
100 x Hadiah Sagu HatiTunai RM1,000RM1,000

Nota Penting:

  • Perubahan hadiah berkuat kuasa dari 1 Januari hingga 31 Disember 2024.
  • Pelanggan layak untuk semua kategori pada masa yang sama, dengan syarat memenuhi keperluan ADB dan MEB.

Jumlah Pelaburan Minimum

  • Anda hanya perlu melabur sekurang-kurangnya RM50 untuk permulaan.

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Individu dalam kategori Akaun Amanah yang berumur bawah 18 tahun.
  • Individu berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemastautin Tetap Malaysia.
  • Bukan Pemastautin Malaysia (dengan permit kerja).
  • Pemegang akaun bersama.

Permohonan Akaun Zest-i Dalam Talian

I) Cara Buka Akaun Zest-i bagi Pelanggan Maybank Sedia Ada

  1. Muat turun dan buka aplikasi MAE.
  2. Pergi ke ‘More’.
  3. Tekan ‘Apply’, pilih ‘Zest-i’ di bahagian ‘Account’.
  4. Ikut arahan yang tertera pada skrin untuk melengkapkan permohonan.

II) Cara Buka Akaun Zest-i Maybank bagi Pelanggan Baharu

  1. Layari laman web Maybank2u.
  2. Klik ‘Apply Now’.
  3. Isikan butiran anda.
  4. Lengkapkan ‘Suitability Assessment Form’.
  5. Isikan butiran akaun anda dan pilih cawangan pilihan anda.
  6. Semak dan sahkan semua maklumat.

Tahniah! Permohonan anda telah berjaya. Anda hanya perlu cipta akaun Maybank2u anda dan buat janji temu dengan cawangan pilihan anda dalam masa 10 hari bekerja untuk melengkapkan pengaktifan akaun anda.

Dokumen yang Diperlukan

  • Nombor rujukan e-mel.
  • MyKad anda (bagi warganegara Malaysia) / Pasport (bagi warganegara asing).
  • RM50 sebagai jumlah penempatan awal.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila layari saluran berikut:

  • Facebook: Maybank
  • Laman web rasmi Maybank: Maybank2u
  • Baca lembaran penerangan produk: PDF

Artikel Lain

KAD DEBIT MAE (Renew Apply Card Online)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *